31 December 2014

TANAMERA Minyak Kelapa Dara


TANAMERA Minyak Kelapa Dara (100ml) = RM34.00

Minyak kelapa dara adalah minyak terbaik di dunia yang berkhasiat memulihkan dan memberi perlindungan dari berbagai penyakit. 

Minyak kelapa dara kaya dengan asid laurik, satu struktur molekul rantaian asid lemak sederhana yang unik, berciri anti-virus, anti-bakteria dan anti kulat. Asid laurik yang sama boleh didapati dalam susu ibu sebab itulah bayi yang diberi susu ibu mempunyai sistem imun yang lebih tinggi berbanding bayi yang tidak diberi susu ibu. 

Untuk mengekalkan kesihatan yang baik, orang dewasa disarankan minum 2 hingga 3 sudu minyak kelapa dara setiap hari.

Paling penting, bagi bakal-bakal ibu, minyak kelapa dara telah digunakan sejak beratus tahun sebagai penawar semulajadi untuk persediaan memudahkan proses bersalin. 

Penggunaan minyak kelapa dara amat disarankan bagi ibu-ibu mengandung untuk disapu dan urut pada kawasan perineum supaya kawasan tersebut lembap dan lembut, juga diminum beberapa minggu sebelum melahirkan. L

angkah-langkah ini untuk membantu memudahkan proses melahirkan tanpa sebarang koyakkan faraj.

 Minyak kelapa dara juga boleh diguna untuk elak rekahan kulit dan elak sembelit sebelum dan selepas bersalin. Kesannya memang menakjubkan!

Minyak Kelapa Dara TANAMERA berkualiti tinggi kerana diproses cara tekanan. Kami sarankan bakal ibu mula guna minyak kelapa dari minggu ke-30 kehamilan.

Untuk elak rekahan kulit.
Untuk mudahkan proses bersalin tanpa koyakan faraj.
Untuk elak sembelit.
Untuk pudarkan rekahan kulit (selepas bersalin).
Untuk melembab dan mencegah kekeringan pada puting dada.
Untuk elak sembelit.
Untuk urut bayi dan elak ruam lampin.


PALING utama, produk muslim.


30 December 2014

5in1 Travel Bag MURAH


5in1 Travel Bag

COLOUR: RED, MINT (BLUE), PINK, GREY


 RED, MINT (BLUE), PINK, GREY
RM25.00

PINK

RED










Travel Bag Slipper MURAH

postage:
RM 7.00- SM (
SABAH/SWAK- RM10.00

email: duhaihati03@yahoo.com
sms/wassap: 013-2001504






Travel Bag Slipper - PINK
RM24.00
Travel Bag Slipper - GREEN
RM24

Travel Bag Slipper -light blue
RM24

Travel Bag Slipper - BLUE
RM24

Travel Bag Slipper - BROWN
RM24

29 December 2014

16 Cube DIY Plain Color Wardrobe Murah


update 5 April 2105

16 Cube DIY Plain Color Wardrobe


HARGA ni memang murah bagi aku. Sebab aku pernah nampak jual kedai..harga jauh lagi mahal..lupa snap gambar..heee.

Fahamlah kan..kalau kat kedai..harga tu cover sewa kedai, gaji pekerja, bayar cukai kedai..dll.

ini jual online kan. So cover tidaklah sama cam kat kedai.


RM30- SM (ABX)
SABAH/SWAK- bergantung kepada pilihan pos pelanggan
email: duhaihati03@yahoo.com
sms/wassap: 013-2001504



SOLD OUT!!
cuma postage tu ada lebih murah..
boleh jak pilih pos biasa..
cuma lambatlah kan sampainya..

tapi jangan..cuaca kita sekarang ni kan tidak menentu juga...
cam ada seorang cust ni..duduk Kemaman..sudah seminggu barang tidak sampai-sampai..beli kat page Skirt Murah. rupanya..masalah cuaca.

bertabahlah..tu pun bila chek kat web

eh.. ini mau cerita pasal 16 Cube DIY Plain Color Wardrobe Murah. Tapi..tak pasti lah kalau tempat lain ada lagi murah...haha.

Size :144cm x 47cm x 144cm
16 Cube Wardrobe RED
RM196.00

16 Cube Wardrobe BLACK
RM196.00

16 Cube Wardrobe BLUE
RM196.00
16 Cube Wardrobe PINK
RM196.00

16 Cube Wardrobe GREEN soldout
RM196.00

26 December 2014

16 Cube DIY Cartoon Wardrobe- serius lebih murah

UPDATE 5APRIL 2015

sebelum ni ada jual 12 cubes DIY Wardrobe.
postage:
RM25- SM (pos laju)
untuk Sabah Sarawak..RM30++ (pos parcel dan pos biasa)


kali ni..ada juga yang

16 Cube DIY Cartoon Wardrobe

postage:

RM30- SM (ABX)
SABAH/SWAK- bergantung kepada pilihan pos pelanggan

kos pos agak mahal..sebab kan berat dalam 17KG ++

nilah cabaran pembelian barangan rumah online. Kos Pos!


25 December 2014

SHAKE N TAKE COLOUFUL MURAH

shake and take 2 botol ni..
biasanya orang guna untuk buat jus buah. Tapi ada jak pun yang belasah guna untuk blender bawang-bawangan tu ..haha.

contoh cam gambar ni. Ini untuk jus buah
sumber google

2 botol
RM57 (SM)
RM67(SS)

harga dah sekali pos

20 December 2014

monyet datang cari makanan ke tesco dan court momenth


rasanya kejadian minggu lepas ni..

tapi selalu jugalah kejadian ini berlaku..lawatan monyet sambil cari makanan.
kadang ini monyet landing atas pokok sawit sambil membelasah buah sawit tu..
sedap juga makan buah sawit yang mentah ya..aku pernah makan, bapaku yang ajarin.

hahah

dulu, depan rumah ada pokok mangga, mewah buah. Tapi kumpulan ni..ambik dan buang-buang, mungkin sebab masam kan..

lepas tebang pokok tu,
ada lah kejadian monyet ni pi ambil makanan kucing sebelah rumah ni..
enak ya kamu monyet..

dulu..ada kes kami makan durian malam. Jadi kulitnya simpan dalam plastik dan letak luar rumah, sebab semerbak kan.. populasi monyet ni..pi selongkar dan kasi koyak-koyak..wangi kan..

adeh..

tapi kali ni datang juga..makananya ialah buah sayur tu. Tawar pun rasanya. 


kebetulan kan..sebulan ke Jepun..meriahlah di pagar ni rumput..yang sayur pun sekali

asyikkk haiwan ni
Tapiiiii..
boleh aku lupa bagi roti dekat haiwan tu.
roti yang expired. Sayang mau buang kan..
gara-gara aku sakit dulu.
roti jadi bahan buangan :(

roti tu aku simpan lagi. Nampaknya sudah berkulat. Dan monyet ni masih ndak muncul. bukan rejeki kaulah monyet..


Fath dan Waafa memang teruja..tapi takut..jadi intai dari dalam rumah jaklah ya..

kesian populasi mereka, no more nature food. makanan sembarang jak untuk hidupppp


ni tido..tu pun mau susu la..sekali tempat susu jadi bahan wajib Fath ni..kesian..
tangan kanan pegang botol, tangan kiri hug bekas tu..apalah pesen..


Kan hari kejadian, Fath sakit perut kot..sebab cirit birit..malam sebelumnya kan ke BBW tu.
jadi..marilah kita ubah pemakanan. terutama SUSU. Kita ubah dan kita try susu kambing pulaknya.


kan banyak kedai di tesco..dapatlah beli. Jenama Mylo. Harga RM30 500g.
biasa 40.coba dulu nak.

aku memang gatal kaki mau masuk tesco..boikot boikot..
tapi masuk.
sebab aku berkenan dengan baju-baju.Terutama yang clerence stock tu.
potongan 50%.
sambarlah 2, baju pijama (yang lengan panjang tu kan) untuk bekalan Fath dan Waafa.
hoii..
celewet sudah Fath ni..semua kena ikut adiknya..

belikan nipple Fath yang susah ditemui tu.
dan keluar cari kek.




KELEBIHAN bila suami pegang duit..kita boleh tunggu sambil layan anak di luar kaunter

tu diaa..kita mau makan kek..Fath ada misi lain..siap tunjuk "harus ke sanaa duluuu"

Waafa kasi peluang jalan dan jakun-jakun tengok orang. Siap perhatikan orang sampai orang terpaksa senyum.
"ok..Waafa ikut abi ya".terkedek-kedek si kawan ni follow. Siap mau tersembam pun ada.
nampak sangat jarang kasi peluang berjalan sendiri cam Fath dulu.. :(

Inilah misi beliauuuu..
 
suruh yang boleh muat 2 orang..biar jimat
benda Wajib Fath sekarang ni. Waafa pun terthegeh-hegeh juga mau kalau tengok bama main..



Lepas makan kek dan beli air tembikai bungkus. Share 4 orang.
maka marilah kita pulang.

eh bukan..
marilah kita ke DIY dekat CM tu.
sampai dah tutup..eh baru mau tutup.
tapi kirim salam la kan..klo SS mau masuk.
katanya dia faham perasaan seorang pekerja kalau mau tutup kedai..LEGAAAAAA dan TIDAK SABARNYAAAAAAAAA.

maka mari kita naik CM yang macam mau tutup juga ni..
tengok sofaaaa...set bilik tidur..
mak aiiii..tantek-tantek.

tapi aku berkenan tengok katil yang kayu tu..tapi harga 400++.
ok. kirim salam sejalah.
Fath pun terujaaaaaaaaa.

Ni berkenan betullll..harga dalam RM80..kan jualan akhir tahung atau dalam bahasa kasar.."kami dah tidak mahu...belilahhhh dengan harga yang murahhhhhh".
tapi SS kata..blaaaa..bla...
ikut aku aku bawa balik malam tu juga.
sabarrr..istighfarrrrrr.

SS pula sejak tahun lepas mau beli kerusi untuk dia senang buat kerja kan..
jadi dia pun windows shopping jugaklah bermacam-macam kerusii disitu.

yang harganya pun ko rasa..baik aku cari kedai lain..



kemudian..mau beli sikit barang masakan kan.
harus ke Mini Mydin.
tapi lagi best kalau pasar.
sudah jam 10 lebih ni..

beli barang..
dan ais krim bekas kecil tu..

sudah lama ku nampak ni banting..
bila la aku ada peluang masuk kannn..


18 December 2014

perkembangan Fath 2tahun 10bulan

cantiknya tajuk.

pertama.
perkembangan Fath

sekarang umur sudah 2 tahun 10 bulan.
- cakap mari, jangan, bising sangat, kot, no-no-no (aku pernah guna, tapi jarang..melekat juga rupanya), nak susu, nak nasi, nak sirap, nak roti, basikal, kereta , merah (lagu kereta kecil warna merah).

- suka menyanyi..siap apa benda boleh jadi mic. Handle basikal, kayu penyapu, katu penyedok, apaa-apalah yang releven baginya (contoh SS baru beli basikal..letak basikal..pengayuh hadap mulutnya, terus jadilah micnya)

saja suruh buat peace..tapi hasilany  r.a.w.k juga..bila kita betulkan..dia kembali juga

Harta Fath, basikal merah tu dah menjadi milik 'Waafa'


- ya boleh diharap. Contoh.." abam..tolong umy..ambikkan penyedok".) boleh je. Kalau dia buat dono. ulang lagi. tapi ayat umy kena cantek sikit.."abam..tolong ya...abam kan rajin..laju lari".

- suka cerita, dulu Fath main "oo abi..abi..abi". Sekarang "umy..umy". Lepas tu sambung ceritanya. Mau umy dengar. Contoh "umy..umy..tadi abam gi masjid". "umy..umy..mana katak??"
sebutan umymi. sebab repeat laju kan.

- binatang ditakutinya katak dan belalang. Sebab takut..cara aku intorduce dia.." naaa...belalang". padahal daun sayur yang layu jatuh dari peti ais.
katak tu aku rasa sebab selalu dia nampak landing depan pintu. Kalau misalan kami keluar malam, adalah sang katak tu..melompatlah juga takut. Kadang katak tiada pun, tempat landing katak tu, diingatnya. Misal seliparnya disitu..disuruhnya kita amikkan.
*kami guna kasut- seliparr tidak guna. Kasut baru (kasut beli dekat Jepun..clearan stock punya..hahah)

- kalau boring, siaplah Waafa. Kadang dibalunnya, kadang ditolaknya sampai cium simen, kepala benjol jadikany. sabar jelah Waafa.
Kalau dia naik kereta mainanya, kadang saja dilanggarnya adiknya yang duduk-duduk.

- masih suka melukis. Hari tu aku tunjuk huruf ba dekat Waafa, huruf tu kan besar. Terus dilukisnya..walaupun ndak sempurna..tapi memang ada rupa ba. Umy kena push lah kalau begini. Selalu suruh lukis benda-benda yang dia nampak, kucing baring, bola, umy, abi, adek.

- Isnin baruni Fath cirit birit kan..aku suspek susu tu kena ubah. Jadi belikan susu kambing. Depan kotak tu ada gambar kambing. Jadi dikenalnya..terus tanya "abam nak susu kambing"
umy: Fath ini apa?
Fath: kambenggg
Fath : ini apa
umy: ini susu
Fath : ini apa
umy: ini tanduk
Fath: mana rambut kambing?? (sambil tunjuk celah-celah tanduk)
umy: kambing tiada rambut, ada janggut saja
Fath: mana rambut kambinggg (repeat)
umy: kambing ada buluh jak Fath


- selalu sangat kata dia "ini Dahin la"
- kenal juga macik paciknya..

17 December 2014

cara makan daging dengan selamat.

sebab kan..jarang makan ayam.
sebab kan cerewet..mau makan ayam kampung atau organik.

marilah kita makan daging..
biasa..masak sup saja...sumbat sayur..tomato..halia..lada hitam..lobak..daun supppp..heaven!


tapi kan daging jenis yang lambat cerna.

jadi, kadang ada kes 1 bulan, daging yang kita makan ni masih dalam perut. sebab lambat cerna :(.

jadi..marilah kita cari solusi.. kalau tidak akan terjemputlah  tekanan darah naik, sakit kepala, kolesterol meningkat...

1. Makan Omega Guard Shaklee- DHA & EPA dari ikan
SM: 136
SS: 140



- tahan 3 bulan
- cara selamat, makan lepas makan daging SAHAJA. 
– menurunkan kadar kolesterol dalam darah
– melancarkan perjalanan darah, elak punca sakit kepala
– memelihara kesihatan jantung
– meningkatkan fungsi otak, membekalkan DHA
– sebagai pelincir kepada sendi
– menjana tenaga
– mengelakkan tekanan darah tinggi
– mengemulsi lelemak yang masuk kedalam badan
– mengelakkan keradangan


boleh:
email : duhaihati03@yahoo.com
sms/wassap : 0132001504

16 December 2014

Ke Big Bad Wolf MIECC membuang rindu

bismillah.
tajuk macam minta pujik

Ahad malam Isnin, akhirnya aku terpigi juga ini BBW.
Gila aku sebab berapa kali dah dibuat, aku ndak pernah ada peluang.

Lantas aku merasa sedih. Apabila balik dari UPSI khamis tu..SS ndak mau pi sebab katanya "need rest". Padahal BBW tu buka 24 jam.

jadi kecewa juga. Beberapa hari aku pujuk diri sendiri.
jangan sentap-sentap.
marilah kita jadikan suasana bahagia dan gembira ceria.

Itu belum lagi kes-kes SS yang cakap "beli jak online".
aduduh.

kecewa bertingkek-tingkek.

jadi, apabila kekecewaan melampau. Itu suatu yang membahayakan akalku.
SS tanya "mahu kemana-mana". atau jom ke situ sinin..
aku geleng kepala.
perangai..

Bukan senang rupanya aku 'melupakan'. Memaafkan aku rasa tidak berat pon.

Jadi di petang Ahad, marilah kita ke tasik.
konon aku mahu berjalan sambil kasi keluar ini toksik melalui peluh.

Gambar di tasik Kota Puteri dalam kamera SS, jadi tidaklah aku masukkan gambarnya.
harap nanti aku rajin dan ada INGATAN untuk masukkan disini, insyaAllah.

Selepas maghrib, SS pun tanya lagi "sebenarnya mahu kemana??".
tengok sedih yang sudah 70% hilang, muncul lagi.
Tapi kena gagah juga.
Sebab BBW tu last Selasa ni. Isnin selasa konfom tidak kemana lah kan..sedihh sedih.

Itulah..usaha akhirnya sampai juga ke The Mines.
Kawasan yang aku rasa sejak tahun 1 di UKM aku mahu pijak.
Tapi tidak ada rezeki.

itupun sebelum sampai, singgah surau taman Budiman untuk solat maghrib dan singgah Kawasan rehat tol untuk ke toilet dan solat Isyak.
Fath ni la..kesian cirit-birit.


Sampai The Mines. ada kereta keluar park tepi jalan tu.
Terus hasut SS parking situ.
ikut SS dia mau park di kawasan yang lebih tersedia.

kemudian. tengok tasik yang ada kapal.
haha.
biasa saja pon.
Tengok ada DAISO...OMG kalau bukan dengan SS dah lama aku masuk Daiso cuci mata.

Konon mau cari toilet. Sebab Fath cirit lagi.
Sedihnya kamu Fath.




oleh kerana toilet The Mines ala-ala omputeh Jopun punya..kenalah cuci di kawasan toilet bayi. Tapi time tu ada orang. kami menunggulah dengan penuh amik gambar sampai meluat 

Jalan kaki sikit..eh mana ni..
padahal di bahagian depan bangunan, ada kedai mamak.
agaknya ditepi tu..sebab ramai orang keluar bawa kompek buku

aku ambik timer hp..memang gegarlah tunggu 2 saat



cantiknya bangunan ini. Tunggu lif..(dalam kepala..mana ya tempat tu..tingkat 1 kot sebab main hall)
memang dekat Main Hall. Inilah kebaikan kalau ada pengalaman, tidak payah pi tanya pak guard cakap Melayu kurang ku faham.
Sampai ke sini...ek ele..ala PBAKL saja..cumanya sini kawasan dewan luas. Main futsal sesuai ni. Selfie..tapi cam buruknya kejadian. Terus minta SS ambikkan. Ndak payah kira 123..snap jak

macam perokok pula kejadian

bawa bakul awal-awal..sebab pintu tu memang dah sedia ini benda

kesukaan si abam ni
kesana-sini..tengok buku..langsung tidak ku berkari..
tengok novel Melayu?.
aduduh..harga dalam RM3-RM5.
sah ini yang kurang laku ni.


adalah aku amik novel Dr.Azizi ni dan catatan travel.
oklah.
buku Fath dan Waafa yang lainnya.
Buku SS?..ndada..mungkin sebab dia lapar..mood bukunya pun hilang ditelan angin sepoi-sepoi.



Pusing 2 kali.
Jom...lapar. SS sudah 3 kali bagi amaran.
aku buat lekk la..

tengok ramai Cina bawa buku dalam 2 bakul..rajin mereka ni membeli dan membaca.
kalau aku..baik pinjam di lebri..ha ha ha.

lepas tu kita pun baris bayar..dalam RM30 untuk semua buku (aduhh, ndada gambar buku ni..nanti rajin aku snap dan masukkan sini)
aku memang malas amik gambar. Tapi untuk ingatan kepada anak-anakku yang ibumu ini gila buku. pffftt. Padahal pinjam buku lebri 10, satu pun belum dibaca sempurna..ha ha
kaunter kan banyak..Fath pegang buku kecik..jadi semangat dia mau membayar yang buku


aku nampak ini benda di kawasan Sign In untuk jadi member BBW..ramai lah golongan jakun mau amik gambar. SS ni mesti datang penyakitnya. Disuruhnya aku ambik. Tapi guna hp beliau. Oklah..hp beliau tu ndaklah kali gegar cam ni.
Fath tu setia pegang buku tu sejak dari dalam lagi.

penat aku suruh ..tapi tidak Fath bersemangat. Jadi kita snap hantam-hantam sejalah. Nanti menangis orang lain mau juga bergambar

padahal aku pun..haha..alang-alang ada masa 2 minit..pun cukup untuk ambil gambar ini macam
oleh kerana SS sudah berzikir lapar sejak masuk The Mines. Haruslah pemikirannya kacau bilau. Jadi aku bilang kita makan di Down Town depan tu. Sebelah jalan yang sibuk macam apa..
tapi taulah..mesti kawasan tu payah mau fikir parking.
SS memang..kirim salam sejalah.

jadi..marilah kita ke Bangi.
ok.
teringat Tom Yam BBB.
kredit


tapi jauh pulak..orang ni kelaparan tahap 10.

jadi ke SOHO siring jalan tu.

sampai tengok..kurang bersihnya. di lantai ada tisu..

aduduh.

order nasi goreng, mau daging, tapi ada ayam sahaja kan.
jadi kita order yang seafood lah paleknya.
SS ni boikot ayam cina..
aku ikut-ikutan jak.

lepas tu aku nampak ada gerai lekor situ..ada abc.
orderlah..SS warning, jangan makan abc.
tapi aku ni kan sudah beliur-liur.

jadi diam jaklah.

service tidak terasa lama, sebab 2 budak ni feel macam-macam, mau duduk kerusi bayi lah..kejap mau turunlah.

sampai-sampai dulu.. ini
Lekor RM3. rasa oklah sebab panas-panas. cuma sikit juga untuk 4 mulut kan.. (meja ni merah, bersinar mataku makan hadap merah)
lepas tu nasi..ABC dan air buah..
memang sekali harunglah..
patutnya satu-satu..abc dulu ka..jadi sempat siap hantam ABC baru membedal nasi.
tapi..jangan banyak bunyi.

si Fath yang kurang baik mood sebab cirit birit, penat..pun terliur tengok ABC itu..

last sekali..SS pun hantam ABC sekali.

ABC memang sedap..kalau jarang makanlah..heheheh

pengajaran:
1. rancang perjalanan..sebab pemandu pun mahu merancang masanya
2. jangan cepat sentap..dan kalau sentap..sehari cukuplah untuk pujuk diri sendiri
3. ingat..sentap ka..sakit ka..tanggungjawab kepada anak kena jalan..
4. cepat cari penawar kalau rasa down, jangan biarkan kecewa yang menguasai segala otak dan fizikal.

5. ucap terima kasih dan terima kasih kerana kesudian membantu, kurang buat perangai dan Allah izinkan tercapai hasrat.

15 December 2014

ABC MARKER murah

harga: RM35.00
pos: ABX, Pos Laju, Amber, Ultimate : 
semenanjung: RM8
Sabah/Swak: RM10

pos biasa: IKUT KADAR syarikat kurier

Description:
 
Makes snow cones, icy slushes and fruity drinks at home with this Mini Snow Cone Maker.
 
 
 
Easily makes delicious Snow Cones with this Manual Ice Shaver.
Helps beat the heat by making cool tasty treats. Fun,
fast and easy to use with a manual crank handle. 
 

HighLight:
 
 
 
Material Plastic 
 
 
 

Size 14.0(W) * 19.5(L) * 26.5(H) cm
Measuring Cup 9.0(Diameter) * 4.5(H) cm
Weight 600g

rak kasut online murah

diedit pada 26 MAC 2015

kenapa eh murah?.

sebab kos sewa kedai, kos pekerja kurang kot.



 POS CURIER
SEMENANJUNG- RM25
SABAH/SWAK- RM 50

Kalau nak pos biasa pun boleh..cuma lambatlah sampainya..berat sangat kan dalam 9KG.
saiz dalam:

Size (L x W x H) 74x35x107
Weight 9kg


G6 Diy shoes rack green flower
RM143.00

Shoes Rack Green G6
RM143.00

10 Cube Green Shoe Rack G5
RM143.00


Shoes Rack Red R6
RM143.00

Shoes Rack Black B6
RM143.00

10 Cube Black Shoe Rack B5- RM143

Diy shoes rack blue flower
RM143.00





MASTER Pendidikan Awal Kanak-Kanak

salam. ramai tanya, camana eh nak sambung belajar dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak? soalan kan, nampak mudah. ok, saya share pengalam...