16 December 2014

Ke Big Bad Wolf MIECC membuang rindu

bismillah.
tajuk macam minta pujik

Ahad malam Isnin, akhirnya aku terpigi juga ini BBW.
Gila aku sebab berapa kali dah dibuat, aku ndak pernah ada peluang.

Lantas aku merasa sedih. Apabila balik dari UPSI khamis tu..SS ndak mau pi sebab katanya "need rest". Padahal BBW tu buka 24 jam.

jadi kecewa juga. Beberapa hari aku pujuk diri sendiri.
jangan sentap-sentap.
marilah kita jadikan suasana bahagia dan gembira ceria.

Itu belum lagi kes-kes SS yang cakap "beli jak online".
aduduh.

kecewa bertingkek-tingkek.

jadi, apabila kekecewaan melampau. Itu suatu yang membahayakan akalku.
SS tanya "mahu kemana-mana". atau jom ke situ sinin..
aku geleng kepala.
perangai..

Bukan senang rupanya aku 'melupakan'. Memaafkan aku rasa tidak berat pon.

Jadi di petang Ahad, marilah kita ke tasik.
konon aku mahu berjalan sambil kasi keluar ini toksik melalui peluh.

Gambar di tasik Kota Puteri dalam kamera SS, jadi tidaklah aku masukkan gambarnya.
harap nanti aku rajin dan ada INGATAN untuk masukkan disini, insyaAllah.

Selepas maghrib, SS pun tanya lagi "sebenarnya mahu kemana??".
tengok sedih yang sudah 70% hilang, muncul lagi.
Tapi kena gagah juga.
Sebab BBW tu last Selasa ni. Isnin selasa konfom tidak kemana lah kan..sedihh sedih.

Itulah..usaha akhirnya sampai juga ke The Mines.
Kawasan yang aku rasa sejak tahun 1 di UKM aku mahu pijak.
Tapi tidak ada rezeki.

itupun sebelum sampai, singgah surau taman Budiman untuk solat maghrib dan singgah Kawasan rehat tol untuk ke toilet dan solat Isyak.
Fath ni la..kesian cirit-birit.


Sampai The Mines. ada kereta keluar park tepi jalan tu.
Terus hasut SS parking situ.
ikut SS dia mau park di kawasan yang lebih tersedia.

kemudian. tengok tasik yang ada kapal.
haha.
biasa saja pon.
Tengok ada DAISO...OMG kalau bukan dengan SS dah lama aku masuk Daiso cuci mata.

Konon mau cari toilet. Sebab Fath cirit lagi.
Sedihnya kamu Fath.




oleh kerana toilet The Mines ala-ala omputeh Jopun punya..kenalah cuci di kawasan toilet bayi. Tapi time tu ada orang. kami menunggulah dengan penuh amik gambar sampai meluat 

Jalan kaki sikit..eh mana ni..
padahal di bahagian depan bangunan, ada kedai mamak.
agaknya ditepi tu..sebab ramai orang keluar bawa kompek buku

aku ambik timer hp..memang gegarlah tunggu 2 saat



cantiknya bangunan ini. Tunggu lif..(dalam kepala..mana ya tempat tu..tingkat 1 kot sebab main hall)
memang dekat Main Hall. Inilah kebaikan kalau ada pengalaman, tidak payah pi tanya pak guard cakap Melayu kurang ku faham.
Sampai ke sini...ek ele..ala PBAKL saja..cumanya sini kawasan dewan luas. Main futsal sesuai ni. Selfie..tapi cam buruknya kejadian. Terus minta SS ambikkan. Ndak payah kira 123..snap jak

macam perokok pula kejadian

bawa bakul awal-awal..sebab pintu tu memang dah sedia ini benda

kesukaan si abam ni
kesana-sini..tengok buku..langsung tidak ku berkari..
tengok novel Melayu?.
aduduh..harga dalam RM3-RM5.
sah ini yang kurang laku ni.


adalah aku amik novel Dr.Azizi ni dan catatan travel.
oklah.
buku Fath dan Waafa yang lainnya.
Buku SS?..ndada..mungkin sebab dia lapar..mood bukunya pun hilang ditelan angin sepoi-sepoi.



Pusing 2 kali.
Jom...lapar. SS sudah 3 kali bagi amaran.
aku buat lekk la..

tengok ramai Cina bawa buku dalam 2 bakul..rajin mereka ni membeli dan membaca.
kalau aku..baik pinjam di lebri..ha ha ha.

lepas tu kita pun baris bayar..dalam RM30 untuk semua buku (aduhh, ndada gambar buku ni..nanti rajin aku snap dan masukkan sini)
aku memang malas amik gambar. Tapi untuk ingatan kepada anak-anakku yang ibumu ini gila buku. pffftt. Padahal pinjam buku lebri 10, satu pun belum dibaca sempurna..ha ha
kaunter kan banyak..Fath pegang buku kecik..jadi semangat dia mau membayar yang buku


aku nampak ini benda di kawasan Sign In untuk jadi member BBW..ramai lah golongan jakun mau amik gambar. SS ni mesti datang penyakitnya. Disuruhnya aku ambik. Tapi guna hp beliau. Oklah..hp beliau tu ndaklah kali gegar cam ni.
Fath tu setia pegang buku tu sejak dari dalam lagi.

penat aku suruh ..tapi tidak Fath bersemangat. Jadi kita snap hantam-hantam sejalah. Nanti menangis orang lain mau juga bergambar

padahal aku pun..haha..alang-alang ada masa 2 minit..pun cukup untuk ambil gambar ini macam
oleh kerana SS sudah berzikir lapar sejak masuk The Mines. Haruslah pemikirannya kacau bilau. Jadi aku bilang kita makan di Down Town depan tu. Sebelah jalan yang sibuk macam apa..
tapi taulah..mesti kawasan tu payah mau fikir parking.
SS memang..kirim salam sejalah.

jadi..marilah kita ke Bangi.
ok.
teringat Tom Yam BBB.
kredit


tapi jauh pulak..orang ni kelaparan tahap 10.

jadi ke SOHO siring jalan tu.

sampai tengok..kurang bersihnya. di lantai ada tisu..

aduduh.

order nasi goreng, mau daging, tapi ada ayam sahaja kan.
jadi kita order yang seafood lah paleknya.
SS ni boikot ayam cina..
aku ikut-ikutan jak.

lepas tu aku nampak ada gerai lekor situ..ada abc.
orderlah..SS warning, jangan makan abc.
tapi aku ni kan sudah beliur-liur.

jadi diam jaklah.

service tidak terasa lama, sebab 2 budak ni feel macam-macam, mau duduk kerusi bayi lah..kejap mau turunlah.

sampai-sampai dulu.. ini
Lekor RM3. rasa oklah sebab panas-panas. cuma sikit juga untuk 4 mulut kan.. (meja ni merah, bersinar mataku makan hadap merah)
lepas tu nasi..ABC dan air buah..
memang sekali harunglah..
patutnya satu-satu..abc dulu ka..jadi sempat siap hantam ABC baru membedal nasi.
tapi..jangan banyak bunyi.

si Fath yang kurang baik mood sebab cirit birit, penat..pun terliur tengok ABC itu..

last sekali..SS pun hantam ABC sekali.

ABC memang sedap..kalau jarang makanlah..heheheh

pengajaran:
1. rancang perjalanan..sebab pemandu pun mahu merancang masanya
2. jangan cepat sentap..dan kalau sentap..sehari cukuplah untuk pujuk diri sendiri
3. ingat..sentap ka..sakit ka..tanggungjawab kepada anak kena jalan..
4. cepat cari penawar kalau rasa down, jangan biarkan kecewa yang menguasai segala otak dan fizikal.

5. ucap terima kasih dan terima kasih kerana kesudian membantu, kurang buat perangai dan Allah izinkan tercapai hasrat.