15 February 2018

Perth- Penginapan Pertama p3


balik jak dari berjalan-jalan di sekitar CBD tu,
kepenatan jangan ceritalah 
ada anak ni, lain penatnya....
balik, rehat.
menengok kartun,di netflix.
makan nasi lauk sardin tanpa sos tu..ehe
sardin dalam tin tu hanya ikan dan minyak ya...
kena sediakan bawang dan sos sendiri.
#sardin tanpa sos itu banyak dijual. kalau mau yang ada sos, chek dulu sebelum beli.


secara kasarnya, kami hanya berjalan di sekitar situ, sekitar tasik 
eh tapi nampak macam sungai ni..
Swan Rivers pun namanya.


malam ni kita banyak rileks,rehat, lurus urat.
orang mood alahan mana ada rileks pun..
eheh.
banyak urat jadi lari-lari.

malam ni last kita stay rumah ni.
yang tak best rumah ni, bilik air untuk membuang satu sahaja.


dan bilik air dalam bilik mandi, lain pintu..
tapi boleh connect dari bilik air juga. 2 pintu bilik air tu..
leceh sikitlah memula.
walau tiada kes berebut guna..
ada anak yang baru belajar potty ni. leceh jugalah.
musim sejuk kan, kerap mereka ke toilet.

kita pun faham lah ,budaya orang sana..toilet kering kan.
jadi lepas guna kita akan lap semua,termasuk lantai.

gitu..

ada alatan gym dalam bilik mandi tu.
kotlah rajin, sebelum mandi, gym sat.
tab pun gedabak juga untuk saiz dewasa, boleh berendam pun ya.

ok, last day..barulah kita guna makanan di rumah ni.
segala beras, sardin yang ikan kecil tu. tanpa sos pastinya.
makanlah kita kenyang sikit, selera I masa ni masih ok. masih boleh telan.
masih boleh masak.
itu sangatlah bersyukur, alhamdulillah.

sebelum balik, kita basuh cadar, tuala yang Pakcik Phill sediakan.
mesin basuh, sabun semua ada.
cuma kita tidak tunggu keringlah. terutama tuala tu. kita lipat yang kering.

ni bahagian belakang rumah,
luas ok.

belakang tu ada lagi bilik untuk tetamu atau sesiapa yang mahu.
kena turun tangga lah.


tempat sidai ni best.
sebab belakang rumah.
I sangat sukaaaa.



rumah dia macam lereng, jadi dibelakang agak tinggi.

kalau misalan, ada kereta sendiri, parking jak belakang,
jadi, bahagian hadapan tepi rumah kekal bersih dan kemas.
bahagian belakang pula ada pagar tinggi, jadi terhijablah dari orang luar.


boleh main dan buat macam-macam aktiviti di kawasan belakang ni.
memang muslimah friendly.


Waafa ready untuk menghadap angin yang sejuk di luar rumah.


eh, jap..banyak lagi makanan ni.
kena makan dulu.
berat mau bawa nanti, kalau jalan kaki nanti pulanya.


simple dapur yang semua suka.
island table tu, siap ada table bar ya. macam yang kita idamkan, ndak dapat buat di rumah sendiri, dapat menikmati dirumah ni, syukur banyak daaa.

ada alat mesin basuh pinggan bawa singki.
tapi we all tidak guna,
sebab macam ah..cucilah sendiri.

dan makanya, keraplah kami perlu basuh -basuh di singki,
jadi adalah terbasah lantai semua tu.
kenalah lap.

apalah...
kenapalah lupa manfaatkan mesin tu kan...


lauk ada lagi.
makan ..makan
sotong tu beku. jadi Lidah orang alahan masak ni..jadi mual pula.
sepanjang preggy I terus loya tengok sotong.
hebat penangan sotong Perth ni.


ambil gambar bilik dulu.
simple minimalis. luass



ok, bersama buddy travel yang akan mengharungi cabaran di tempat orang.
setakat bertekak tu, biasalahh..
sabarrr banyak-banyak-banyak.
.
gambar harus kejung macam nyanyi lagu Negaraku



kalau belajar bab Iluminati ni, akan ada tiang-tiang dalam kajian tentan mereka.

i think semua ni comand la untuk rumah Inggeris yang origin.

sempat ambil gambar di laluan utama ke belakang rumah, akan lalu bilik-bilik, living room, bilik air, dapur.

gitu lah secara kasar, ruangan rumah heritage ni.
sebab boss ambil gambar, jadi kena kejung lagi..kali ni lagu Sabah Tanah Airku pula...gituu..

kalau mau gambar detail, boleh tengok di web Airbnb.
dapat host baik ni, kira rezeki.
baik ni maksudnya kemudahan semua terbaik,
itu keutamaan, 
siap ada kereta mainan tu rezekilah untuk anak, ada shampoo baby semua tu.

Macam pacik P ni kami siap tanya mana kedai, sebab dia kan duduk tempat lain.
dan memang pun dia bukan ada masa layan kita mau tanya pasal kerja apa, atau yang bukan berkenan.

memang puas hati. 

cuma risau, dia yang tidak puas hati pula dengan kita ..hee

.
.

Fath Waafa bila mood tengah baik dan indah.


masa untuk bertolak ke rumah tumpangan lain.

uhu.

plan awal, kita stay sini untuk lawat kawasan CBD,
dan next kawasan seberang Swan River.
tapi, lawat beberapa tempat di CBD saja yang dapat.
Masjid Perth, tidak dapat dilawat dan bersolatan di situ,

sambil tolak beg.
jalan ke pondok bas,
jumpa mamat Arab ni. bukan Arab Saudi la..tidak ingat negara mana, negara dunia ketiga juga
sebelum ni sudah jumpa juga, masa hari kedua.

dia mahu ke Masjid Perth!
untuk solat Jumaat.
dan hanya jalan kaki.

bermakna rumah ni dengan masjid tidaklah jauh.
huhu lah kami.



borak sat.
jumpa saudara seakidah kena menyebarkan salam.
jangan berat lidah.
hehe.


teruskan tolak luggage.

I juga tertarik dengan pagar kayu ni.

jarang kot jumpa pagar yang besi.
pagar sekadar pagar jaklah.
paras dada..
kalau hang nak latihan lompat tinggi, boleh saja.
letak tilam. lompat..gitu


sambil jalan, anak buat perangai tu memang hadap jaklah.

deal dengan Fath..rasanya Fath nak main luggage ni.


kita mahu ke penginapan kedua.
juga sewa bilik rumah orang..kali ini melalui Booking.com


cara ke sini, kami tanya mamat Arab tadi.
dan kita semestinya guna Google map jugalah.
dan tanya lagi di kaunter kereta api, selepas turun dari bas tadi

memang kena banyak tanya,
biar confident lebih

untuk ke situ, kita perlu naik kereta api saja.


naik kereta api dihari Jumaat, lengang banyaklah.


mau ambil gambar stadium Perth yang tengah dalam pembinaan.
tapi kamera kurang sharp.
ah biasalah, pakai hp kan.

hp pula, mp sikit.

kesimpulan.
hari 1- 4. kita berada sekitar CBD Perth
dan sini banyak tempat menarik sebenarnya..
tapi sebab kami rasa kami nak rileks, jadi banyak berjalan dikawasan yang biasa local lalu sahaja.
ada tu kami naik CAT bas untuk tengok sekeliling situ.

naik bas, sampai bas tu U turn balik ke tempat asal.

CATATAN SEBELUM :

hari pertamaCBD 1,

06 February 2018

Perth- Penginapan Pertama II

siap makan kita macam mau buat apa ya..

emmm..

kita masih dalam situasi kejutan budaya.
jadi kita lepak laa..kita mau menikmati suasana.

alhamdulillah SS sudah bermesraan dengan mamat Perth yang stay di rumah ni., macam kami juga.
muka bollywood.
katanya dia kerja di USA, balik kampung la konsepnya sekarang dia tuu.
tapi, kenapa stay rumah orang?..kenapa bukan rumah parents?. eh lupa apa jawapan dia.

kurang minat cerita hal tu. sebenarnya buka I pun yang borak dengan mereka. so..

tapi, dia bagi ni..



actually ni buku kecil..promosi pasal Perth. Belakang tu ada iklan sewa kereta.

ya memang kita tengah cari natang ni. Kalau sewa dari Malaysia secara online, untuk budget kita, harga semua kejam-kejam dan haha..I pula waswas nak sewa. Waswas sebab harga tu lah..
dan yakin mesti ada syarikat lain yang boleh sewa walk in. gitu sangkaan baik kita kepada negara orang.

yes. boleh book online sebenarnya..jangan risau. Harga sama lagi tu..macam hari tu
ni web dia. no birds #keretasewamurahperth
setakat 3 syarikat, I rasa yang ini lagi murah.
dengan kereta yang harga paling rendah, biasa nampak orang sewa Toyota Yaris.
tapi di syarikat ni, kereta lebih up lagi,


harga bandar dengan unlimited KM ada beza ya.
Sebab kita akan guna ke bahagian lain WA Australia selain Perth.
Jadi sewa unlimited dan  juga sewa baby car seat untuk 2 orang. WAJIB..
ada insurans untuk sebarang hal, macam orang selalu risau bab langgar kanggaroo. tu.
kami tempah dengan call saja disana.
awal 2 hari kami tempah. risau juga kalau lambat sangat, nanti habis kok yang murah-murah

sambil SS bertaarufan dan bermasyuarah dengan mamat muka bollywood di living room. sambil tengok Netflix. Rumah ni pakai tu jak, senang pilih siaran. (tapi takkanlah datang sana, semata mau buang waktu tengok benda yang boleh tengok di tempat sendiri kan..)

kita masak ,sambil susun barang dalam peti ais.
banyak barang makanan di rumah ni. kami je yang segan nak guna.

#guna barang makanan yang disediakan oleh host. Diorang memang sediakan untuk kita pun.

pi Aus ni, susu adalah suatu kebahagian.
Fath masih teruja dengan susu dalam gelen besar yang kita beli dengan jalan kaki tadi...pula ada cookies tu..memang memahami perut diwaktu lapar pagi ini.


sopan anak I makan dan minum dengan baik.



ah tudung bukalah..sebab sejuk boleh tahan da.
budak ni memang ikut suka dia jak



komputer tu, meja kerja pacik Phill pasal rumah ni..so memang tidak akan sentuh area tu. jeling jak sikit sikit.

bagus ni, meja kerja di dapur. lapar pi cari makanan depan situ.


lepas macam badan dah ok. perut kenyang.. marilah kita melihat tempat orang.
dah itu kan tujuan kita datang.

jap, depan bilik kita ni ada cermin ni...belakang tu bilik jiran yang katanya kerja di USA tu..
cantik ahh cermin ni...vantage gitu

eh tempat orang yang pertama yang kita lawat ialah...
garaj..

hehe.

jiran sebelah ni tanam oren tu.
dah masak pula tu, kalau ada orang, boleh kita minta sebiji dua..buat merasa


anak-anak pun yakin macam rumah diorang, jadi pakai ikut suka diorang la


puas dan dah sejuk...marilah masuk balik..

kita melukis la pula..
kalau main lari-lari pakai tenaga pula..


ok lets go.
tenaga anda diperlukan sekarang.


sila betulkan kasut anda wahai anak-anak soleh wa musleh.





jap, kita kunci rumah dulu..

Waafa pakai tudung keluar rambut.ala mak daten.
konsepnya untuk tutup telinga angin tiup sejuk.


cadangannya mau ke CBD Perth saja.
tapi sebelum tu..mari kita berusaha cari bas free.

jumpa bus stop.
dekat lah jalan kaki dari rumah pacik Phill ni ke jalan besar iaitu Newcastle Road.


macam panas, hakikatnya sejukkkk oleh angin dan suhu Mediterranean Perth.
ni membuatkan langit tu ada awan, tetiba awan tadak...gitu
kami pi bulan oktober musim bunga katanya.
ada orang kata musim panas tuu..
kami yakin musim bunga..haha. musim panas biasa berlaku pada Krismas, itulah Australia.


laluan ni sama jaklah.. Jalan Newcastle.
CAT BUS, tidak lalu sini ya.
mari kita naik bas berbayar. mau ke pusat hentian bas. sana boleh cari bas yang kita mahu..


muka masih kejutan budaya.. belum adapt tempat orang.
suhu masa ni memang bawa 20'c.


sebab macam susah faham CBD ni mau kena naik bas apa. kita cuba turun di hentian keretapi sebelum stesen bas utama.
dan
kita keluar dari  kawasan stesen keretapi.
keluar jak, terasa berada di Masjid Jamek KL saja perasaan itu...

jalan kaki dan lihat suasana. orang macam dah start pulang dari kerja.
ah bandar Perth..
macam yang selalu jumpa dalam tulisan orang.
bandar cepat sunyi.

SS bawa pi makan kebab.
eh eh.

hari pertama sudah makan kebab, apa cerr..
Waafa sentiasa ok kalau makanan.
walaupun muka nampak blurr di situ..


kebab ni di sekitar CBD. senang jumpa.

berdepan dengan subway.
mari kita jalan-jalan lepas makan. Ok ni bus, tunggu di bus stop untuk laluan CAT bas, dekat kedai kebab ni jak.
warna biru CAT bas ni.
jadi bus stop dia pun ada warna biru dan gambar kucing.


jalan-jalan sambil tengok bandar yang kurang orang, sebab weekdays kan.
lagi bukan musim orang datang.

ni laluan bas dan kalau kereta, sangat tidak berbaloi bawa sini, sebab susah mau parking jugalah
lepas jalan-jalan,
marilah balik.
sungguh tidak tahu apa yang terbaik.
selain pulang.
sebab kita risau bas akan stop kalau malam.
gitu..ketakutan bukan traveller sejati.mbahah
padahal patut tanya bas yang tadi bila last dia kerja..

balik mandi, makan..tengok kartun.
control suara ya anak-anak,
nanti jiran dengar..mau kena kondem kita nanti.


sejuk satu hal.
angin lagi..

heater ni, kena duduk depan baru rasa hangatnya.



esoknya, kita bangun awal sikit. Cadangan mau ke masjid Perth la kan..manatau jumpa orang Malaysia yang katanya biasa jumpa orang...kalau biasa tu, fahamlah.
Dapat salam tu kira rezeki..
budaya kita memang begitu kan..
melainkan kita rasa ada keperluan atau mahu minta pertolongan..barulah kita sedikit mesra.
emm.

almari buruk ni, pacik P buat tempat drop kunci bilik
ni jiran sebelah kanan pula..sorry jiran ambil gambar rumah kome.
kami jakun tengok garaj belakang rumah tu..
dalam garaj boleh letak alat menebas rumput, sabun cuci kereta..dan lain-lain barang yang 3 tahun sekali digunakan..

diorang ni rumah memang muslem friendly kan...
belakang luas,
sebab belakang diorang letak garaj.

kita?, garaj depan rumah...

Uncle P pun garaj belakang rumah. nantilah I kongsi ruangan belakang rumah pacik P


hari ini selain cadang ke Masji Perth.
kita ke kawasan yang macam laluan utama orang tempatan bershopping.

ni pun tau, bila lalu..
untuk expert laluan sini..
tidak perlukan masa yang lama.
2 hari dah cukup.
dengan persediaan #bawa MAPS!

kami tidak tahu sangat tempat ni masa ni.
uhu.
main jalan jak.


orang sini, macam teruja bila ada matahari.
sebab kejap-kejap jak muncul,
diorang akan berjemur ok.

ada jugalah orang buat persembahan.


sebab weekdays kan..
orang agak kuranglah,

kita datang bukan mau shopping pun,
walau banyak juga perkataan SALE tu.
duit kita untuk makan dan pengankutan saja.

tengah jalan-jalan meronda nampak orang berbaris.
eh ada epal free.
terus kita berbaris.

SS macam..epal kot. yang kau macam ndak pernah makan kah apa ni.

no la..kita mau feeling tu.
feeling tu yang kita beli dan kita mau
panggil Fath Wafa berbaris.

pilih 2 biji epal. lepas tu dia ajar cara guna alat tu..
alat ni biasa nampak orang yang jual kentang putar guna..

tajam mesin putar tu..
epal tadi cepat jak terhasil.
gambar tiada, sebab macam sedang menikmati kan..lupa la mau snap.


lepas tu..jalan-jalan dan lihat dan fikir, jangan lupa zikir beb.

masuk mall ni, apa ni nama mall ni,
dalam deretan kedai sini juga. mall biasa nampak di Australia ni.

banyak SALE kan..

kalau personal shopper..memang menarik juga.
sambil travel, belikan barang orang, dan ya.. boleh cover cost fly..heheee

macam sterika wap ni..
harga tu dah cantik da.
beza 300-400 juga kalau di tempat kita.

sebab harga sterika ni hampir sama dengan kos kereta sewa yang kita dah book..
jadi, terlepaslah peluang menikmati kemudahan alat ni.
walau ini sejenis bibik yang tidak perlukan visa di rumah kita ni..


SS cari apa ntah. macam alat untuk telefon

kedai dia sama jak macam mana-mana mall,
harga tu kalau ikut duit sana, memang banyak yang murah lah.

tapi, kita bukan ada kepeluang untuk beli pun..
kemahuan tu adalah..jangan cakaplah
sebab UTAMAKAN KEPERLUAN dari kemahuan..

jadi datang sini sekadarnya.

muka manusia yang teringin belikan anak sesuatu..
kemudian, ahhh beli ditempat sendiri sajalah..


anak-anaklah teruja main lari-lari.
luas kan,
pula bertingkat..


datang sini, pi beli stokin yang tengah SALE.
stokin cotton ni sedap pakai.

lepas bayar..kita selpie..
sambil di-tunafoto orang belakang nunn.


gigih ambil gambar sendiri..sebab SS urus anak, lupa ambil gambar I...

ok sini...ada visitor centre. jadi manfaatkan saja,
diorang memang kerja kerja bantu visitor.
cuma time kita pi,
kita lupa manfaatkan. kah

jumpa kedai kecil
ni kedai serbaneka
macam kedai pacik-pacik bollywood di tempat kita.
barang ada mahal sikit.
tapi kalau mau cepat, beli sini saja.

I saja kasi kedai ni tunafoto..
menunjukkan sini pun suasana biasa lah untuk kita ni



perhiasan kedai pun menarik untuk ditengok.
terutamanya manusia macam kita ni ya Waafa..


jalan dan jalan..
laparrrrr.

mari cari kedai kebab....hahaha.
ni namanya kurang rajin  mau tengok menu di kedai orang tempatan.

sebenarnya, kita cari nasi dan tomyam kah..

nasi arab pun boleh la..



sementara anak masih kecil ni, kita layan baik
manja la tu, sebab penat layan mak pak yang kerja dia jalan kaki dari tadi.


lepas makan..kita jalan lagi tempat semalam..
cuma kawasan lain.
I cari betul kedai barangan terpakai..
ada tu..menghala ke arah tasik besar di Perth ni.

jalan-jalan, ternampak orang menunggu lampu hijau dengan basikal..

BASIKAL adalah budaya orang sini,
jadi biasalah pemandangan ini.
siap ada laluan khas yang tidak perlukan berbilion untuk dibuat. Dah keperluan mereka kan..siap basikal OKU pun ada jak lalu dikawasan sini. Jalan pun bagus...kereta pun tahu mereka wujud..

bro, balik kerja ka?



gigih kan gambar tiang tu..
sebab mau tunjuk 2 manusia belakang tu.
diorang pekerja kontraktor, uniform diorang tu dapat di cam.


budak ni berjaya dibelikan juga jaket ni di kedai dikawasan laluan visitor di area CBD ni.
laluan ni, laluan CAT bas.


sebab satu keperluan, belikanlah Waafa,
bila Waafa dah belikan, kenalah abang dia sekali


jumpa kedai barangan runcit korea..
masuklah tengok barang apa yang mungkin boleh buat makanan kita.


tiada apapun, semua macam bukan yang kita mahukan.
dan kita pun rasa, kita boleh dapat barangan yang runcit yang kita mahu dikedai lain.


masuk lagi kedai cenderahati di kawasan sini.
aah benda-benda made in China kebanyakan.
yang made in Australia tu ada juga, cuma harga tu fahamlah takkan sama murahnya


cubalah anakku..
kalau mau beli tu..kita kena fikir 24 kali..
heee.
sebab cadang akan ke Freemantle nanti, jadi...mungkin akan beli disana saja.



letak banyak banyak gambar kamu



ok, marilah kita semua mencuba..
heehehe.
comel pula topi ni.
buat main pementasan sesuai ni.

keluarga Kangaroo...toink..toink

keychin dia harga ok juga.
kot kalau malas sudah atau tidak sempat ke Freemantle beli..sini pun ok jugalah.


topi ni pun I tertarik..



aneka pilihan ni, biasa kawan-kawan balik Perth akan bagi..hargai tau pemberian orang. Mahal tuu.



ni harga dia..memang murah kannnn.
tu pun kalau kita penduduk sini la.
kalau bukan...anggaplah, bukan selera kita


cawan-cawan ni, kalau ada BFF memang baik bagi. sebab memang barang sini


Waafa, mampu tengok  jaklah.
umy bukan nak beli pun kan..

jalan dan jalan kaki,
jumpalah kedai barangan terpakai ni..
eee--hakkkk..



tapi barangan dia sangatlah tidak menepati yang kita mahu..
jadi janganlah bazir tenaga di sini.

mari kita ke kawasan tasik.


jalan  dan jalan kaki..
kemudian, Waafa pun penat..
dan sementara tunggu lampu hijau..
pacik tu tegur kita.."bagusnya cuaca Perth hari ini".

kita pun terus senyum.
memang bagus,
tapi angin ni membuat kita tarik hidung jugalaa.


jalan- dan jalan..
jumpa taman awam ni..

sebab Fath kagum dengan gaya dia...mari kita letak lebih gambar beliau berposing



bunga-bungaan pun dah keluar..
bunga tanam pun, bukan liar



memang nampak cantik dan bersih..
sebab bersih tu, maka nampak cantik yang amat.




bangunan sini masih tidak tinggi tinggi dan tidak juga padat sangat.
jadi masih nampak cantik disitu..



rumput karpet ni memang cantik dimata kan..
jagaan pun kena rajin maintainance potong dan potong.

dan janganlah duduk sembarangan ya..
risau ada basah...anjing kan main kencing merata jak..hee


kasi puas anak lari-lari di sini

rasanya ni bangunan kerajaan.
waktu ni diorang dah pulang.
mana ada orang kerja lebih masa kot.


ok, suasana sesuai buat masuk dalam Salam Perantau di akhbar harian..






susahnya mau buat gaya dengan budak seorang ni.. bajet dia instafamous ka, mau buat OOTD disini.


ah siap buat posing dia lari-lari


jauh kita ditinggalkan..

cepat kita kejar diaa..



ah tak payah kejar..
pandailah dia nangis nanti kalau orang tidak dinampak.


jumpa toilet..
mari kita menggunakannya,
botol air kemana saja kita bawa.

macam Waafa ni jenis susah mau cakap awal kalau mau poo..
kita siap-siap minta dia membuang segalanya di sini.
semua kena manfaatkan toilet ni, malas buang masa cari toilet lepas ni.

tandas bersih.
bau yang kurang menyenangkan, tiada

ambil air di sini buat membasuh,
dan kita wudhu la untuk solat jamak.

solat kawasan yang kita yakin bersih dan suci.


terjumpa laluan berpasir ni.

ah anak-anak memang suka pasir..banyak masa kita stay jap sini








Puas main pasir, mari..
kita mahu ke tepi tasik kan..

ah nampak bangunan tinggi berkaca hijau dibelakang sana.



jommmmmmm..
sudahlah main pasir tu..
kalau pasir dimana-mana boleh jumpa



main pula diorang ni..biarkan laaa..


jalan kaki..
sampailah kita sini...Elizabeth Quay
dekat dengan

ooh bangunan ni..macam menaralah ya..Swan Bell Tower
sekarang dah tutup..
walau baru OPEN.
buka 10 AM-4 PM (last entry 3.45 PM)





biasalah, bila kita gagal menaiki tower..mari kita ambil gambar..dan anak-anak pun mesti mau juga


 
depan tower ni lah banyak gerai gerai kecil untuk visitor,
dan sini ada jeti...






ah dia ni, kalau bergambar...mood pula tengah baik..



jeti ni ada untuk boat yang akan round tasik.
kalau mau tengok boat ni..kenalah datang hari jumaat.
kita dah lambat, mampu tengok jaklah..





dekat sini pun ada bus stop untuk CAT bas, jadi sangat senang mau ke sini dengan bas.
selain jalan kaki macam kami nii... capekkk.



sebab capek, marilah kita meluruskan kaki...



kedai makan ada jak di tepi tasik ni..mau makan fish and chip jaklah sesuai..
mungkin ada menu lain yang halal..macam wafle kaaa..
tapi malas la kami mau menengok..
lagipun perut udah kenyang makan nasi arab di kedai kebab tadi.




alang-alang sampai sini..mari kita hug sikit bangunan ni..


Elizabeth Bridge!
Kalau ke towe ni cari jambatan ni, sebelah tower ni
jambatan ni boleh nampak CBD Perth.
cuma kami tidak tahu bab tu, tidaklah kami piginya..uhu


sebab masih belum master laluan CAT bas,
mari kita baca sekali lagi dan lagi maps ni.


orang baca maps..
mari kita periksa sekali lagi view sini..

cantiklah pula..
subhanallah


sunset pun sudah..
mari kita balik la..






sampai rumah, alhamdulillah..aha , menikmati fanoroma sekeliling semata-mata hari ini konsepnya