15 February 2018

Perth- Penginapan Pertama p3


balik jak dari berjalan-jalan di sekitar CBD tu,
kepenatan jangan ceritalah 
ada anak ni, lain penatnya....
balik, rehat.
menengok kartun,di netflix.
makan nasi lauk sardin tanpa sos tu..ehe
sardin dalam tin tu hanya ikan dan minyak ya...
kena sediakan bawang dan sos sendiri.
#sardin tanpa sos itu banyak dijual. kalau mau yang ada sos, chek dulu sebelum beli.


secara kasarnya, kami hanya berjalan di sekitar situ, sekitar tasik 
eh tapi nampak macam sungai ni..
Swan Rivers pun namanya.


malam ni kita banyak rileks,rehat, lurus urat.
orang mood alahan mana ada rileks pun..
eheh.
banyak urat jadi lari-lari.

malam ni last kita stay rumah ni.
yang tak best rumah ni, bilik air untuk membuang satu sahaja.


dan bilik air dalam bilik mandi, lain pintu..
tapi boleh connect dari bilik air juga. 2 pintu bilik air tu..
leceh sikitlah memula.
walau tiada kes berebut guna..
ada anak yang baru belajar potty ni. leceh jugalah.
musim sejuk kan, kerap mereka ke toilet.

kita pun faham lah ,budaya orang sana..toilet kering kan.
jadi lepas guna kita akan lap semua,termasuk lantai.

gitu..

ada alatan gym dalam bilik mandi tu.
kotlah rajin, sebelum mandi, gym sat.
tab pun gedabak juga untuk saiz dewasa, boleh berendam pun ya.

ok, last day..barulah kita guna makanan di rumah ni.
segala beras, sardin yang ikan kecil tu. tanpa sos pastinya.
makanlah kita kenyang sikit, selera I masa ni masih ok. masih boleh telan.
masih boleh masak.
itu sangatlah bersyukur, alhamdulillah.

sebelum balik, kita basuh cadar, tuala yang Pakcik Phill sediakan.
mesin basuh, sabun semua ada.
cuma kita tidak tunggu keringlah. terutama tuala tu. kita lipat yang kering.

ni bahagian belakang rumah,
luas ok.

belakang tu ada lagi bilik untuk tetamu atau sesiapa yang mahu.
kena turun tangga lah.


tempat sidai ni best.
sebab belakang rumah.
I sangat sukaaaa.



rumah dia macam lereng, jadi dibelakang agak tinggi.

kalau misalan, ada kereta sendiri, parking jak belakang,
jadi, bahagian hadapan tepi rumah kekal bersih dan kemas.
bahagian belakang pula ada pagar tinggi, jadi terhijablah dari orang luar.


boleh main dan buat macam-macam aktiviti di kawasan belakang ni.
memang muslimah friendly.


Waafa ready untuk menghadap angin yang sejuk di luar rumah.


eh, jap..banyak lagi makanan ni.
kena makan dulu.
berat mau bawa nanti, kalau jalan kaki nanti pulanya.


simple dapur yang semua suka.
island table tu, siap ada table bar ya. macam yang kita idamkan, ndak dapat buat di rumah sendiri, dapat menikmati dirumah ni, syukur banyak daaa.

ada alat mesin basuh pinggan bawa singki.
tapi we all tidak guna,
sebab macam ah..cucilah sendiri.

dan makanya, keraplah kami perlu basuh -basuh di singki,
jadi adalah terbasah lantai semua tu.
kenalah lap.

apalah...
kenapalah lupa manfaatkan mesin tu kan...


lauk ada lagi.
makan ..makan
sotong tu beku. jadi Lidah orang alahan masak ni..jadi mual pula.
sepanjang preggy I terus loya tengok sotong.
hebat penangan sotong Perth ni.


ambil gambar bilik dulu.
simple minimalis. luass



ok, bersama buddy travel yang akan mengharungi cabaran di tempat orang.
setakat bertekak tu, biasalahh..
sabarrr banyak-banyak-banyak.
.
gambar harus kejung macam nyanyi lagu Negaraku



kalau belajar bab Iluminati ni, akan ada tiang-tiang dalam kajian tentan mereka.

i think semua ni comand la untuk rumah Inggeris yang origin.

sempat ambil gambar di laluan utama ke belakang rumah, akan lalu bilik-bilik, living room, bilik air, dapur.

gitu lah secara kasar, ruangan rumah heritage ni.
sebab boss ambil gambar, jadi kena kejung lagi..kali ni lagu Sabah Tanah Airku pula...gituu..

kalau mau gambar detail, boleh tengok di web Airbnb.
dapat host baik ni, kira rezeki.
baik ni maksudnya kemudahan semua terbaik,
itu keutamaan, 
siap ada kereta mainan tu rezekilah untuk anak, ada shampoo baby semua tu.

Macam pacik P ni kami siap tanya mana kedai, sebab dia kan duduk tempat lain.
dan memang pun dia bukan ada masa layan kita mau tanya pasal kerja apa, atau yang bukan berkenan.

memang puas hati. 

cuma risau, dia yang tidak puas hati pula dengan kita ..hee

.
.

Fath Waafa bila mood tengah baik dan indah.


masa untuk bertolak ke rumah tumpangan lain.

uhu.

plan awal, kita stay sini untuk lawat kawasan CBD,
dan next kawasan seberang Swan River.
tapi, lawat beberapa tempat di CBD saja yang dapat.
Masjid Perth, tidak dapat dilawat dan bersolatan di situ,

sambil tolak beg.
jalan ke pondok bas,
jumpa mamat Arab ni. bukan Arab Saudi la..tidak ingat negara mana, negara dunia ketiga juga
sebelum ni sudah jumpa juga, masa hari kedua.

dia mahu ke Masjid Perth!
untuk solat Jumaat.
dan hanya jalan kaki.

bermakna rumah ni dengan masjid tidaklah jauh.
huhu lah kami.



borak sat.
jumpa saudara seakidah kena menyebarkan salam.
jangan berat lidah.
hehe.


teruskan tolak luggage.

I juga tertarik dengan pagar kayu ni.

jarang kot jumpa pagar yang besi.
pagar sekadar pagar jaklah.
paras dada..
kalau hang nak latihan lompat tinggi, boleh saja.
letak tilam. lompat..gitu


sambil jalan, anak buat perangai tu memang hadap jaklah.

deal dengan Fath..rasanya Fath nak main luggage ni.


kita mahu ke penginapan kedua.
juga sewa bilik rumah orang..kali ini melalui Booking.com


cara ke sini, kami tanya mamat Arab tadi.
dan kita semestinya guna Google map jugalah.
dan tanya lagi di kaunter kereta api, selepas turun dari bas tadi

memang kena banyak tanya,
biar confident lebih

untuk ke situ, kita perlu naik kereta api saja.


naik kereta api dihari Jumaat, lengang banyaklah.


mau ambil gambar stadium Perth yang tengah dalam pembinaan.
tapi kamera kurang sharp.
ah biasalah, pakai hp kan.

hp pula, mp sikit.

kesimpulan.
hari 1- 4. kita berada sekitar CBD Perth
dan sini banyak tempat menarik sebenarnya..
tapi sebab kami rasa kami nak rileks, jadi banyak berjalan dikawasan yang biasa local lalu sahaja.
ada tu kami naik CAT bas untuk tengok sekeliling situ.

naik bas, sampai bas tu U turn balik ke tempat asal.

CATATAN SEBELUM :

hari pertamaCBD 1,