13 December 2010

karunia





lama tidak menulis.


menjadikan otak segan merembeskan enzim.


eh.


idea makin malu.


wawa..




hari ini sudah hampir sebulan saya bergelar puan.


wow!.


saya teruja dan risau!.




dalam kelender,


banyak benda yang saya tinggalkan.


perlu tinggalkan.


perlu tambahkan.


perlu fikirkan.


perlu dan sangat perlu.




its..


mean I want to ba a perfect?.




ohh..tidakkkk.




saya malas berbicara tentang itu,


kerana saya menjadi lebih takut tentang masa hadapan.


eh..


jangan ikut cara saya ini.


saya bukan kamu..


saya bukan siapa-siapa.


saya adalah saya.


mahu menulis untuk mencetuskan sesuatu.


wooooo!!!.




bagai terasa semalam kehangatan sebuah majlis.


majlis yang penuh dengan kepenatan dan seribu senyuman.


belajar berbagai2 ilmu.


ilmu bijaksana tentunya!.




bagaimana membentuk majlis perkahwinan itu penuh dengan kesedaran.


eh..


paling tidak mampu mengikis pelbagai persepsi yang kurang-kurang manis..


lagi-lagi kalau boleh biarlah Syaitan meraung tanda kalah..


wow...yang paling utama bagaimana merasakan Allah bersama-sama kita walaupun pada sebuah majlis persandingan..


pergh!.


terlalu melangit barisan bahasa.


sedangkan pesertanya adalah diri sendiri!.




terlalu banyak pihak yang sudi memabantu.


memaknakan sebuah pernikahan hingga ke sebuah majlis persandingan.




bagaimana hiburan perlu di ajak kepada mencipta peluang kesedaran,


band tidak haram, tetapi lebih cantik jika tiada..


pakaian biarlah tercantik di muka bumi..tetapi lebih indah kalau menepati kehendak syariat..


jemputan biar bergerombolan..tetapi lebih indah jika pulang dengan sedikit kesedaran..


pengantin biar manis..tapi lebih indah jika...jikaaa..pengantin itu mengundang insaf dan sedar tentang hidup bertuhan buat dirinya dan juga orang lain.


namun...


selagi ilmu belum hebat,


masakan tindakan akan lebih hebat..


sekadar yang terdaya dilakukan..




tayangan filem Ketika Cinta Bertasbih,


mungkin hanya sebagai suatu permulaan..


anda harus berfikir sekarang untuk majlis yang akan meraikan diri anda sendiri!.








catatan ringkas untuk yang selalu bertanya, dan mungkin sedikit menyindir..:)


terima kasih kerana cakna.

09 November 2010

akukah manusi itu

ketika tiada siapa lagi yang sudi mendengar,
melihat,
semua hampir tiada,
aku ada ada siapa lagi?
melainkan sisa kekuatan yang ada.

aku mahu bantuan,
dihulurkan 'padan muka'.
aku mahukan huluran,
diberikan kemek muak dan jelingan,
manusia bosan melihat kita dengan putus asa,
dengan keadaan lemah.

aku hanya tahu,
hidup ini bukan untuk orang lain,
bukan untuk diri sendiri juga,
tetapi untuk Tuhan.

ketika kita menderita,
perut berkeroncong,
nah..dilemparkan sekeping kutukan,
terlalu naif diri,
sesempurna malaikat, itulah yang diharapkan oleh seorang insan.
sekali kita silap,
sentiasa terbayang-bayang dibayangan mata manusia,
kita sudah tercemar dan kotor,
tiada lagi indah pada manusia..
hebatnya manusia..

betapa baiknya, DIA bernama TUHAN,
masih sudi memandang disaat-saat kita sudah tiada siapa..

kembalilah merayu dan memohon kekuatan daripada DIA,
DIA tidak pernah lupa bersama kita saat apapun yang melanda,
tetapi kita saja yang mungkin terleka..

maafkan aku Tuhanku yang penuh penyanyang..
aku pohonkan terima kasih atas sedar yang KAU berikan,
atas sokongan yang masih berterabur di ruangan jiwa ini.

06 November 2010

senandung mendung




saya nampak,
ramai yang berani tulis,
berani kata,
berani cakap,
tentang kehidupan berumah tangga.
ermmm..
kadang terfikir,
betapa smartnya jangkaan mereka terhadap kehidupan rumah tangga.

ada yang mencoretnya penuh dengan kesyahduan,
misalnya;
"buat bakal imamku"
"buat bakal future husband"
"surat untuk bakal isteriku"
macam-macam lagi sebenarnya.
kagum.
terbaik.
juga mungkin pelik.

betapa semua insan dalam dunia ini,
mengharapkan indah-indah dalam sebuah alam itu,
alam yang dinamakan sebagai syurga dunia...
ermmm..
semudah madah yang kita cipta,
semudah impian yang kita lakar,
adakah kita sedar,
kita selalu menikmati fasa pra rumah tangga sebenarnya..
malah,
mungkin tanpa sedar kita sedang melalui fasa-fasa itu sekarang..




maafkan saya,
untuk semua yang berfikir kontra daripada saya....
saya cuma melahirkan rasa yang terkuak di dalam benak ini..
hehe.

saya suka membandingkan penulisan orang-orang bujang,
dengan orang-orang bukan bujang,
like macam ustaz hazrizal,
pahrol juoi,
norhayati...erk..lupa nama penuh beliau,

begitu juga dengan perkataan yang lahir dari mulut-mulut orang yang sudah merasai atau sedang menikmati kehidupan itu..

jawapan yang saya dapat ialah...
BERBEZA..

saya bukan menempelak mereka yang ingin mengeluarkan idea..
apatah lagi menyindir-nyindir,
sekadar melontarkan idea saya,
yang mungkin hanya sebagai interframe,

saya bukan tidak membaca cerita islamik,
fatimah Syarhah,
maaf,
saya hampir membacanya triple,
bukan kerana plotnya,
tetapi mencari isi penting yang boleh dikaitkan dengan kehidupan saya..

saya terduduk,
membayangkan kalau-kalau saya ...
ahhhh..
sebenarnya pointnya,
erti sebuah hidup adalah berbeza mengikut pandangan masing-masing..

erhhh..
jangan pening deh,
saya katakan begitu,
kerana kerisauan saya terhadap diri saya,
rakan-rakan saya,
dan mereka-mereka yang lain,
yang cuba menjadi watak-watak dalam sebuah plot novel Islamik,

"saya rasa, percintaan kami yang terbina ini penuh dengan kemaksiatan..saya inginkan seperti dulu yang bebas dari memikirkan dia".
satu ayat yang baik sebenarnya, daripada coretan sang penulis..
tetapi beza didefinisikan oleh pembaca,
maaf..
saya bukan menyalahkan jodoh atau takdir Allah,
tetapi..
dari kelakuan mereka yang memutuskan sesuatu ikatan, kerana mengatakn ikatan tanpa akad itu adalah HARAM.
akhirnya,
si pemutus itu, bersedih hati.
tetapi diluarnya,
dia menampakkan kegagahan dirinya,

maka, lahirlah satu sifat yang sangat saya takuti,
EGO.
lagi teruk,merasakn diri baik,
merasakan diri hebat.
kerana yakin,
ALLAH akan temukan dirinya dengan orang yang didambakan..
ohhh..
bahasa ini sedikit pusing,
terpengaruh dengan kegoncangan otak yang melanda akibat LATIHAN ILMIAH ini..

senang cerita..
kehidupan yang kita lalui sekarang, sebelum -sebelum ini,
akan terus kita lalui,
sekiranya kita masih seperti ini,

maksudnya?,
kalau sekarang kita suka sangat merajuk-rajuk dengan si dia,
nanti dah masuk alam rumah tangga,
semua tu akan ada lagi,
tidak akan terhapus,
melainkan kita mengubah sekarang..

macam makin pusing jak ayat ini..

apa yang pasti,
kita adalah kita, seperti hari ini,
asbab berumah tangga,
tidak akan melunturkan diri kita yang ada pada hari ini,

tidak percaya?..
silalah belek kisah-kisah mereka yang telah berumah tangga..

kalau tidak faham,
bacalah berulang-ulang
(heheh..amatur punya tulisan memang pening sikit).

pendek kisah,
kalau teruja baca kisah tulisan Fatimah Syarhah,
sesekali baca jugalah kisah tulisan Bercinta Sampai Ke Syurga karangan Ustaz Hasrizal,
kalau masih tidak dapat membezakan,
bacalah Permata Dari Timur..

bukan apanya..
risau-risau kita terlalu ingin menjaga sebua ikhtilat,
sehingga kita,
menutup ruang-ruang CINTA si adam, atau hawa yang berbeza dari watak sebuah cerita Islamik..
akhirnya,
beruntunglah diri,
andai berjumpa si Adam berjiwa imam, berfikiran isteri, berkelakuan ayah dan ibu,
atau berjumpa dengan si Hawa berjiwa dai'e, berfikiran imam, berkelakuan ibu..


ahhh..
sukarnya menyatakan apa yang kita harapkan buat diri yang masih belum menikmati keindahan,kepayahan, kesakitan sebuah alam yang belum pernah lagi dirasakan.

yang pasti,
bersedialah untuk melengkapkan sebuah kehidupan,
kerana kita hidup dengan cabaran setanding kekuatan yang kita ada.

nota tumit kaki:
tulisan ini, ketika otak sedang berkocak-kocak dengan Latihan Ilmiah yang sangat menakutkan..huwah2.

03 November 2010

cergas-cerdas

hari itu,
seorang pelajar dari Timur Tengah,
mengetuk pintu kelas untuk kali yang kedua,
memohon simpati.kelihatan ada.
"dia perlukan ramai sampel untuk PhDnya".
pensyarah kami menerangkan.

dia berbicara dalam tersekat broken english.
"saya perlukan dalam 900 sampel, tetapi yang datang hanya 100 lebih".
tidak kurang begitu.
kekadang ada seperti merayu.
kajianya tentang tahap kecerdasan pelajar di sini.

ada nada simpati.
saya terus menulis nama.
membuat temu janji.
untuk keesokan harinya.
sesekali menolong orang.
bukan sesuatu yang payah pun.




esoknya,
selepas tamat kelas,
saya berlari-lari ke pusat Gym.
opss..
saya berbaju kurung.

"ehh..kamu yang nak test tahap kecerdasan?".
pelajar timur tengah yang hampir botak kepalanya bertanya.
saya mengangguk.
tahu.
dia tentu aneh.
dengan pakaian begitu,

seorang pembantu perempuan,
mendekati,
"tidak mengapa, ujiannya tidak terlalu payah".
saya hanya menurut.
pelbagai tahap kecerdasan di uji.
darilah tahap lemak sehingga ke tahap kelajuan!.
wow..

setelah berpeluh-peluh.
result keluar!.
tahap kecergasan saya ditahap baik..

ngeh..ngeh..
banyak nasihat tentang kesihatan diberikan.
terima kasih.
sekurang-kurangya saya tahu,
saya sangat perlu menjaga kesihatan.!

bayangkan,
hampir-hampir tertiarap,
dengan kecergasan anggota tubuh badan,
kita mampu mengimbangi badan,
dapat mengurangkan risiko kesakitan paling tidak.

ya bersenam,
ada bermacam-macam cara,
jika setiap hari kita selalu berjalan kaki,
sambil berjalan, selain berzikir,
kita boleh menggerakkan tangan,
atau mempercepatkan langkah,
ini juga sunnah sebenarnya,

Ketika baginda berjalan tubuhnya bergoyang seperti sedang menuruni anak bukit. Saya belum pernah melihat seorang pun yang sama dengan beliau baik sebelum ini mahupun selepas beliau wafat.

Dikeluarkan oleh At-Tarmizi dan Hakim (sahih).

sedang kita berjalan,
siapa tahu,
ada orang cuba berbuat sesuatu yang tidak diingini,
mungkin tubuh kita secara langsung,
bertindak!

apa-apapun,
harga sebuah kesihatan terlalu mahal sebenarnya..

01 November 2010

betul-betul.
saya rindukan situasi itu.
dimana saya tidak perlu lagi berasa lemah.

ketika saya perlu membayar bil elektrik rumah saya sebanyak RM46.40.
saya diberikan RM50 untuk ke pejabat pos.
habis waktu persekolahan,
selepas makan tengahari dan bersiap-siap.
saya siap untuk bergerak.
saya mencicip duit kertas RM50 di kantung beg sekolah.
kosong!.

saya membongkar keseluruhan isi beg.
dan memang.
duit itu tiada!.

aneh.
saya setia berjalan kaki ke sekolah untuk memeriksa meja,
tanpa menyumpah seranah!.

saya betul-betul pingin seperti dulu.
ketika teman-teman berebut-rebut memilih pakaian pemberian guru.
saya hanya melihat.
jauh dari sudut hati ingin sama-sama memilih yang terbaik.
tetapi..saya tidak memerlukan sebenarnya.
walaupun di akhirnya..
"nah..". temanku memberikan jubah yang tidak berbutang. Santung.
tetapi..
bahagianya..saya menerima dengan redha.tanpa mempersoalkan bentuk fizikal barangan itu.



rindu ini hampir-hampir mencekik,
terhadap kekuatan diri yang pernah dilakar..
ketika ada mulut-mulut membicarakn kekurangan akan diri saya.
saya masih mampu senyum.
malah tidak segan sama-sama bergelak dengan pemilik mulut-mulut itu.


saya rindukan amar maaruf,
yang pernah menghiasi kamar hati ini,
ketika, mata masih telus memandang hikmah di sebalik segalanya.
biarlah mulut-mulut itu mahir berbicara-cara,
ketika pandangan mata manusia tajam bagaikan pedang mahaguru,
biarlah,
ketika hati ini enak dilunyai-lunyai perbuatan manusia..
saya masih mampu melihat keluasan hikmah yang tersembunyi..

saya bukanlah insan yang statik di jalan KEBAIKAN,
mungkin sesekali dua kali, saya tersasar berjalan di jalan longkang penuh busuk..
siapalah akan membantu saya kembali ke jalan itu,
jika saya JEMU berbuat baik.


ahh..
terlalu mudah mentaksir sebuah derita disebabkan orang lain,
tetapi untuk melihat kelemahan diri,
kadang kala terlalu payah,
sehingga gagal mengaku,
saya tidak harus kalah pada kelemahan diri.

mungkin saya jatuh tergolek hari ini,
tetapi ada MATA masih sudi memandang kasih.

mungkin saya luka berdarah dalam,
tetapi ada BAHU sudi menyandarkan.

apalah makna KESENANGAN,jika saya masih kaku,
tanpa bergerak seinci dua.

terima kasih yang sudi menegur dengan penuh HIKMAH disaat,
emosi seperti layang-layang putus talinya.

28 October 2010

memilih

"tudung bidang 60 ni beli dimana?".
seorang jenior bertanya.
tidak puas membelek-belek tudung kawan disebelah.
memulas-mulas pulak tudung saya.

"er..kalau di sini,beli di kedia RH Batik".
jujur.
saya tidak pasti, dia tertarik.
suka. atau menyindir.
ahh..cepat sekali akal ini membina hipotesis.

"saya mau satu, tapi mau kaler pink..,mesti mahalkan".
hehe. dia tersengih-sengih.
ikut hati.
'carilah..mau pink,hijau,merah, semua ada..memanglah mahal.Benda jarang jumpa.'

"err..boleh-bolehm cari di kedai tu..and cakap..".
saya memberikan jalan.

"tapi..kak,saya jarang-jarang ke bandar".
uit.
Saya terkejut.
dia kan orang senang.
banda dengan rumahnya adalah selangkah saja. Kereta ada. Duit tak payah ceritalah.

"biasa,ke bandar saya ke kedai butik ni..butik tu..bla..blaa".
ops.
lupa.
kedai-kedai kaki lima bukan kebiasaanya rupanya.

itu cerita lama.
semasa saya di tingkatan 6 dulu.
semasa berjinak-jinak bertudung besar.

sekarang adik itu.
dah bertudung mahal.
terbelit-belit, sehingga hanya leher dan rambut yang tertutup.

salahkah membelit-belit?
seseorang bertanya kepada si ustaz.
tidak salah.
tetapi apabila tidak menutup apa yang sepatutnya,jadi salah.

menyesal?.
ya, menyesal.
ketika orang ingin berjinak-jinak berubah.
saya pulak yang lewa menggalakkan.
bukankah manis jika saya menunjukkan jalan yang lebih baik dan menggalakkan.



tetapi,
bertudung besar,
masih tidak cukup.
kalau yang lain tidak diubah.

maksudnya?.
ya..ketika kita tidak menutup aurat lengkap,
kita mungkin seorang yang suka bergelak ketawa sehingga runtuh sarang labah-labah,
ataupun kita mungkin seorang yang panas baran,
atau juga, lebih teruk seorang yang suka melalak.
tetapi, dengan kuasa Allah, Allah sedarkan kita untuk berpakaian lebih baik dari sebelumnya.


kemudian, apabila kita memilih untuk bertudung besar,
kita sedaya upaya, mempositifkan segala kenegatifan kita.
tetapi, bukan mudah ya..membuang kebiasaan,
sedang kita terkedek-kedek,
ada mulut-mulut pula, sengaja menanam saham untuk neraka,
"wow..kau dah jadi ustazah sekarang ya".
"ehh..kau ni, tak payahlah nak belagak baik, macamlah aku tidak kenal kau camana".
"ingat tudung labuh tu..baik kah..tengok hatilah beb..."
"namanya jak tudung labuh, perangai hampeh".
"bagus lagi si Bedah tu..tidak bertudung tapi gini,gini,gini.."
pergh!.
lagi banyak sebenarnya.
bersediakah kita?.

lalu,
ada yang setahun mencuba,
kembali ke pakain kurang sempurna,
kerana malu,segan,sengsara juga mungkin,

ada juga yang sudah ke tahap memakai niqab,
tetapi kemudian memilih untuk berpakain kurang tertutup auratnya.

lagi teruk,
jika yang langung terbang tudung entah ke mana.

sebab itulah,
secara sedihnya dan kasih-anya saya simpati dengan Siti Nurhalizah,
silapnya dia tiada NAQIBAH untuk menegur,
tiada grup USRAH untuk berbincang-bincang masalah jiwanya,
dia hanya ingin berubah, tetapi untuk mengekalkan, dia perlukan MASA.
kalau-kalau sempat,alhamdulillah.

Bagaimana, jika tiba-tiba Allah memanggil?.
moga Allah memberi kesedaran.

pointnya,ialah bersedia.
sedialah dikatakan apapun,
sedialah dibanding beza,
sedialah untuk menjadi orang yang berani untuk berubah!

::bukan senang mahu senang::

25 October 2010

selepas bujang

Setelah janji dilakar.
semua persiapan dilakukan.
ada perlahan.
ada laju.
ibarat kelajuan sebuah kereta.

betulkah perkahwinan itu susah?.
seorang gadis tersipu-sipu.
"gatainya..masih belajar dah nak kahwin".
dia lagi gatal,
tersipu-sipu tetapi lupa pada hak orang lain.
lupakah dia,
siapa yang mampu, dia layak menyempurnakan sebuah masjid?.

bukan amarah yang ingin dihembur.
cuma sedikit pelik berplus-plus aneh.

"semalam..kami baru jak declare..ingat-ingat nanti dah habis paper..tunang kot".
seorang rakan terus teruja.
hidupnya akan lebih bahagia.
Begitu gamaknya dia berharap.
Hanya pandangan biasa yang terlihat.
Bukan suatu yang aneh.
tetapi jika disebut perkahwinan,
leret-leret sinis ditunjukkan.

mungkin kerana perkahwinan itu hanya untuk orang-orang tertentu.
sedangkan hubungan diluar perkahwinan itu adalah lebih 'baik'.

tiada kuasa menghalang orang berfikir,
kuasa yang ada hanyalah bertindak,
cakap-cakap orang adalah iklan yang kadang menarik, kadang memualkan.


"senanglah..lepas ni ada yang jaga kan".
seorang akhi tersenyum-senyum kepada seorang bakal Zauj.

betul begitu?.
kalau yang indah-indah ada pada perkahwinan sudah pasti,
mamat-mamat dan minah-minah yang tidak segan menunjukkan 'romantika' di kawasan awam memilih untuk bernikah!

akan terpahat amanah,
terpahat stress.
lupakah?.
kita akan mengurus manusia,
juga mengurus diri kita.
mungkin kita lupa..

dunia perkahwinan hampir sama dengan kehidupan bersama keluarga tersayang,
dunia hidup berkawan,
dunia hidup berpersatuan..

kita akan terasa terpinggir.. mungkin,
terasa hati mungkin,
sayu mungkin,
kasihan mungkin,

ibu kita, adalah gambaran 'ibu mertua' kita.
kerana ibu kita akan menjadi ibu mertua ipar-ipar kita,
abang kita adalah abang ipar orang lain kelak,
kakak kita, juga kakak ipar ipar kita kelak..

wah..
ramai yang tersipu-sipu berbicara tentang hidup selepas bujang,
hingga terkena baru terasa,
perlu bersedia,
bukan hanya pada dunia masakan,
mengurus 'keluarga baru',
lebih dari itu.
bukan juga bermakna tiada 'lonely',
bukan juga bermakna tiada lagi kecoh,

yang sekarang akan masih berlaku untuk esok, cuma suasananya berbeza..mungkin.
ayuh..
sedia menempuh aturan hidup..:)

22 October 2010

hari ini dalam hitungan

ada beberapa hari lagi.
peperiksaan akan muncul.
tesis dengan bab 2,3 belum lengkap.
beberapa hari lagi..
3 minggu!.

namun,
kawan2 tanya.
"woow..menghitung hari bahagia.."
"persiapan bagaimana?"
"bila nak tag kad?"
"apa perasaan?".

kadang terfikir juga,
selayak-layaknya mereka ini disumbat mulut dengan kaki bangku.
selayak-layak syaitan pun berganda-ganda berbisik.
"sumbat jangan tak sumbat".

namun,

sedar-sedarnya,
ada nada yang cakna dalam gurauan,
risau.
mungkin mereka membayangkan diri mereka bagaimana kelak.
ahh..
terlalu prejudis menghukum secepat kilat.

Aku mengaku.
segalanya berjalan dengan lambat,
layak-layak digelar mengensot.
kerana ada perkara menanti siap.
kerjaku sebagai pelajar selalu membatasi.

kadang masa terbiar free,
tapi minda ligat berkerja,
bersimpang siur menerjah alam.
DIAMku tanda mahu langkah selamat.

kita bakal berjumpa pintu yang baru,
disitu terlalu banyak pemeriksa sedang bersedia,
dengan muka yang manis dan masam mencuka,
setakat kemahiran memasak masih belum cukup,
kerana memang orangnya bukan mahir,
apatah lagi kemahiran menulis ayat-ayat canggih,
atau sahaja kehebatan mengalun Zikir dan Kalamullah,
pasport Malaysia apa barang!,
wajah mulus takda makna..


kita orang dididik agama,
meletakkan segalanya kerana ibadah,
makanya..
kita sedang diuji,
dengan teori berjuta yang selalu di diskus,
praktikalnya sangat berat.

ada adat yang perlu dikupas,
mencari resolusi tanpa ada yang terluka,
kerana Islam itu indah,
tiada melarang jika menepati syariat,
asal sahaja kita kuat dan teguh,

namun,
siapa kita jika berseorangan,
berkayuh sampan mudik entah bagaimana,

nazak..
sebelum waktunya,
ibarat perwira terkandas di lautan cetek.

apa yang ada pada diri,
sebarang yang mendatang harus menempuhnya.

Aku sedang belajar,
untuk menghabiskan baki-baki peluang.
sabarlah wahai sahabat.
sampai masa kita akan bersuara seperti yang kamu inginkan.


18 October 2010

siapalah aku


doaku,
semoga Allah meredhai segalanya,
biarlah aku sakit,
tetapi masih di dalam dalam kasihNya,
jangan aku gembira,
tetapi jauh dari sayangNya.


andai aku salah,
siapkan aku menerima kekurangan diri,
andai aku betul,
siapkan aku dengan rendah diri,
alangkah malang,
jika aku senang,
tetapi Engkau tidak memandangku


setiap kali aku menyedut oksigen,
setiap itu,
sedarkan aku,
yang aku tiada apa-apa untuk dibanggakan,
tiada apa-apa untuk dimalukan,
melainkan ketika kehendakMu aku terlanggar,


sekuat-kuat aku,
tidak mungkin dapat memikul dosaku bertimbun,
semalang-malang aku,
aku masih ada sedar untuk dibaiki,


sekali aku terjatuh,
berkali-kali harusnya aku bangkit..


15 October 2010

sensitifnya ibu

Kenapa ibu senang sekali menitiskan air mata.
sedikit dikata,
selautan dikatakan,
dia tidak penting lagi.

kenapa ibu,
mudah merasa hati,
aku katakan tidak baik berbicara hal aib kepada orang lain.
ibu katakan dia cuma ingin berkongsi cerita.

kenapa ibu,
semakin menjauh,
sedikit ditanya,
sepotong jawabnya,
katanya aku semakin gembira sekarang,
apalah perlunya dia lagi,

kenapa ibu,
semakin keras,
aku hanya berkata salah membanding-banding diri dengan orang lain,
katanya,
sebagai peringatan,
kita perlu mencontohi kehidupan si polan,

kenapa ibu,


semakin beremosi,
aku hanya menceritakan cantiknya hidup dengan Islam,
ibu kata, adat itu budaya, penyeri dalam taman,
katanya, aku melupakan darah yang mengalir dalam daging ini.

kenapa ibu,
tidak lagi seperti dulu,
sudi berborak-borak ringan dengan ku,
sekadar bertanya rancanganku setahun selepas ini,
ibu kata,
aku semakin besar, tahu membezakan yang mana intan mana permata,

aku..si anak,
silapku,
aku senang dengan ayah,
aku tidak perlu memuji ayah dihadapanku,
kerana ibu semakin beremosi,
katanya sesekali kenang-kenanglah jasa ibu,
ya Allah, ibuku terasa hati.
maafkan aku ibu.
betapa banyak kasih yang tidak terucap di hati ini.

aku..si anak,
silapku,
ketika ibu bersyarah panjang tentang ini, tentang itu,
aku hanya diam membisu,sambil tanganku mengenggam kuat,
aku sedang menahan amarah..
katanya,
cuba menjadi orang yang tangkas dan pantas,
aku cuba menjawab permintaan ibu,
bukan tidak tangkas dan pantas,
memang tidak tahu,
bagaimana mungkin boleh menjadi tangkas,
ibu diam kemudian mengomel panjang,
katanya,anakku semakin bijak,
kata orang tua tidak lagi di dengarinya,
aduhhh..maafkan aku ibu,
darah mudah ini cepat sekali mendidih.
ilmu ibu tetap lebih bernilai sampai bila-bila,

ibuku semakin berusia,
kerepot wajahnya semakin ketara,
tapi..tanggungjawabnya masih banyak,
ibu selalu penat,
ibu selalu tertekan,
ibu sering merindui,
maafkan aku ibu..
aku kadang lupa,
aku anakmu tempat ibu mencicip cerita.

ibuku semkin berusia,
pantang katanya dipangkah,
aku kata,
ibu always right!,
adikku mengeluh,
aku tahu,
mereka merindui ibu,
seperti ibu-ibu yang lain,
yan tuturnya penuh budi,
ingatan penuh pekerti,
adikku selalu kalah pada perasaan,
adikku,
diam itu sakit,
tetapi manis untuk ibu,
mereka menghentak kaki,
benci sekali pada permintaan tinggi ku itu,
maafkan aku adik-adikku..
ibu..semakin berusia..
biarkan dia dengan sikapnya,
jika kita sakit dibanding-beza dengan anak-anak orang lain,
begitulah juga ibu,
dia hanya satu di dunia,
biarlah dia berbeza dengan semua,
dia tetap ratu di hati kita.

adikku, mengangguk,
membuat jantung ini bagai tersiat-siat,
aku berkata untuk adik,
tetapi sebenarnya menembak sikap diri sendiri.

ibuku..
aku sentiasa mengharap,
suatu masa nanti,
ibu tidak akan penat lagi,
ibu sudah tibanya untuk berehat,
tetapi..
situasi selalu mengalahkan,
ibu masih perlu bertahan untuk seketika,
meneguk penat dicelah-celah rindu,

ibuku..
aku tahu,
semakin jauh aku melangkah,
sejuta risau mengigit hati ibu,
ibu..
izinkan aku berkelana lagi,
kerana rindu itu mengajar aku mencintai ibu jauh lebih dari segala cinta manusia.

ibuku,
redhakan segenap langkah kaki ini melangkah,
mencari setitik ilmu yang berterabur di luar sana,
juga mencurah sedikit cuma, kekuatan ini kepada anak-anak bangsa,
kerana apalah hidup tanpa memberi..

ibuku,
ku titipkan satu lagu cinta untukmu,
agar bisa ibu mengerti,
dalam kasar gerak dan langkah ini,
ibu tidak pernah luput dari ingatan,
percayalah ibu,
dikala kasar dan keras butir kata ini,
hati ini sedang rancak mengutuk diri sendiri,

ibuku,
baitul sakinah bukan bererti tanpa masalah dan cabaran..

Ibuku,
lagu ini untuk mu,
agar ibu tidak berduka lagi.

Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih ku zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
Tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
Melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
Tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan atur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan

-lafaz yang tersimpan by UNIC


14 October 2010

kepastian

semalam ada seorang kawan.
kami berbicara tentang perasaan.
katanya ada seorang muslimin.
selalu memberikan mesej.

aku mengangguk dalam keadaan hanya dinding yang melihat.
apa bunyi mesejnya.
aku bertanya.
aku tau mesej hanya berbunyi,tapi jarang bercakap.

"entahlah..seolah-olah..".
kawan itu mematikan ayatnya.

"dia marah ?". aku bertanya.
kami kemudian meneruskan berbicara.
dia meluahkan mengenai beberapa ayat kiriman muslimin itu.

"maksud kamu..dia seperti sukakan kamu kan". Aku cuba membuat rumusan.
dia hanya senyum. mungkin mengiyakan pertanyaanku.
ataupun dia 'tidak pasti' tentang itu.

aku tahu, dia suka kan muslimin itu,
namun, belum pasti muslimin itu mempunyai rasa yang sama.



kata Unit Baitul Muslim,
'kalau suka..juma kami..kami bantu'.
tapi, kata muslimat,
'kami segan..kami malu..mana mungkin kami mencari timba'.

hakikatnya begitu.

tetapi ada juga muslimat berkata lain.
"aku mahukan muslimin yang menjaga hubungannya dengan Allah..menjaga hubungannya dengan manusia".
"kalau dia suka kan aku..jumpa orang tuaku..bukan dok sebok nak kacau aku".
"ingat aku muslimat murahan?..boleh pulak dia mesej-mesej cakap pasal perasaan"
"ishh..muslimin ni..bolehkah dia mentadbir 'baitul' kami sedangkan dirinya tunggang terbalik".
"eeiii..tamau aku..dia tu dahlah suka usik-usik orang"

banyak lagi sebenarnya.
aku rasa aku pun dah pusing memikirkan ayat yang biasa digunakan.

kembali kepada muslimat tadi.
hidupnya dipenuhi dengan.
meeting. ajk program. ceramah. usrah halaqah.
sahabat-sahabatnya.
"ana senang dengan muslimat,ana lagi bahagia..tiada guide sangat".

adusss..
aku pun kadang naik segan berada dalam kalangan mereka. kerana aku berbeza dengan keadaan itu.

aku sengaja menyoalnya.
"kamu rasa..dah bersedia?".
dia tersipu-sipu.menghantar ikon *blushing kepadaku.

kalau kamu rasa bersedia.
kamu katakan kepada muslimin itu.
kenapa dia menghantar mesej yang pelik pada pengamatanmu.

dia sign out.
perbualan kami GANTUNG.

Emm..
aku hanya dapat membantu memberikan pandangan.
sepanjang kehidupanku.
sepanjang ilmu yang aku dapati.

wahai muslimat sejati, muslimin itu lelaki, butir bicaranya biasa,
kerana kamu adalah wanita,
kadang juga luar biasa,
kerana kamu adalah wanita,
rayuku pada diriku, jua untuk dirimu,
usah terlalu percaya pada apa yang kamu baca,
pada kamu lihat,
selagi lelaki tidak meluahkan tentang hatinya,

mungkin kamu hanyalah KAWAN baginya,
bagaimana kamu berasa tenang meluahkan ayat dengan KAWANmu,
mungkin dia begitu juga,
kamu adalah kawanya,
tempat dia berbicara hal-hal,
walau dia dulu seorang pemalu,
sekolahnya sekolah dipenuhi golongan 'agamawan',
atau juga seorang pemimpin persatuan ISLAM,
apatah lagi, jika dia dulu, hanya seorang pelajar yang biasa couple di sekolah,
atau lelaki yang biasa berborak kedai kopi dengan perempuan,
mereka lelaki normal,
yang terbiasa budaya sekeliling,
hingga bersaing antara peraturan dan keinginan berkawan,
wahai muslimat, kesayanganku,
bukan aku menggalakkan kau mengasari lelaki,
atau berbicara kasar,
santuni lelaki,
sebagaimana kamu menyantuni adik lelaki atau abangmu,


ahhh..ideaku terPAUSE.
nanti ku sambung ..ku GANTUNG dulu ek..

11 October 2010

jatuh-bangun

aku suka.
suka sekali.
sekali suka.

bila aku datang ke sekolah.
aku dapat sesuatu.
aku tidak peduli kawan kata apa.
sebab aku bukan suka itu.
rupanya, aku memang rajin ke sekolah.

aku suka.
suka sekali.
sekali suka.

bila aku pesan donat.
dorang angguk.
'nanti bayar'.
aku tunggu dan aku dapat 15 minit kemudian.
rupanya, kawan aku ada begini.

aku suka.
suka sekali.
sekali suka.

bila aku baca.
aku sedang khusyuk.
aku lupa kiri kanan sedang bertanya macam.
lepas itu.
cikgu akan kata.
"kamu tidooo jak kejanya".
kemudian aku diam.
lalu senyum.
mataku selalu menipu orang kadangnya.
rupanya, aku dijangka sedang tidur.

aku suka.
suka sekali.
sekali suka.

bila aku sakit badan.
sakit tangan.
sakit mata.
sampai aku tengok kelender.
"eh..dah hari isninlah".
rupanya,aku lupa banyak benda.

aku suka.
suka sekali.
sekali suka.

bila orang,
lupa aku,
aku masih relaks-relaks.
sebab aku tiada apa-apa untuk orang.
kemudian, orang cakap.
"kamu kenapa tidak hadir lagi?".
rupanya aku perlu bagitau,aku malas.


aku suka.
suka sekali.
sekali suka.

baca buku,
kemudian terbang.
kemudia mencipta plot-plot baru.
kemudian,
"kamu baca bukan baca buku pelajaran kan.."
rupanya, ada orang tau.


aku suka.
suka sekali.
sekali suka.

beli ini, beli itu.
lepas itu aku ingat.
duit dalam poket ada syiling-syilang jak.
kemudian,
"eh..ini beli kah tidak?".
rupanya, aku selalu berfikir-fikir dompetku jarang kosong.


akusuka.
sukasekali.
sekalisuka.

aku sudah bermotivasi untuk bermula sekali lagi. Setelah jatuh terduduk-duduk,sambil tercium lantai.

"ahhhh..aku bukan manusia sempurna..selalu juga tersasar miring".

cadang-cadang

Ok.
kamu suka apa?.
ayam golek + nasik panas+ikan bakar.

haha.
tergolek-golek diketawakannya aku.
bagai lupa aku ada hak mengcadangakan kemauanku.

ari ini kamu buat apa sayang?
aku dtegurnya.
suka betul aku dengan soalanya cepu risaunya.
diingat aku suka.

aku sedang makan biskut kering.
kering kontang dengan teh tarik sendiri.
wah..wah..
dia bilang itu sudah menu istimewa.
tahap cipan aku senyum.
nampaknya ada orang senang dengan menu tiada pilihanku.

aku juga aneh,
apa cipan,dewa, itu tahap terrtinggi. Sampai orang senang faham dengan maksudnya.
kuah2..aku rasa macam mau letak Bahasa Melayu di taraf makin ke bawah.
rugi-rugi cikgu aku ajar Bahasa dulu.

kenapa aku menukil,nukilan sadis?.
kerana aku tau.
kamu tidak dapat merasai bagaimana serabut telampau yang aku sedang rawat.
huh!.
trep perawat handalan, kadang aku rasa.

aku memikir-mikir.
bagaimana aku harus menyiapkan kerja-kerja otak itu?.
sedangkan aku belum memulakan.
masa..aku belum bisa memulakan..sedang biskut kering..sudah berkeping-keping ku cicah-cicah tadi.

Asif dong,
perutku masih berlagu..
aku masih mahu mencari sesuap dua nasik putih yang panas dicicah kicap paling-paling tidak,
itupun kalau ada..

tidak sudah-sudah aku mencadang-cadang,


sedangkan masaku sedang enak menghiris-hiris.

"masa itu pedang..kalau kau ketinggalan..bermakna kau mengizinkan dirimu dihunus".

wah..
kelambatan aku sedar,akau sedang dihiris-hiris.

patutlah selalu pilu dihujung ulu hati ini.

(*_*).

puisi HAMKA

Biar Mati Badanku Kini

Biar mati badanku kini
Payah benar menempuh hidup
Hanya khayal sepanjang hidup
Biar muram pusaraku sunyi
Cucuk kerah pudingnya redup
Lebih nyaman tidur di kubur

(Puisi Hamka, 1945)

08 October 2010

kaunselor

Semalam.
saya bertemu dengan kaunselor.
Sudah lama bercita-cita menemui.
Tetapi keyakinan untuk berkongsi dengan kaunselor selalu ditindan dengan ketidak yakin.
Tetapi oleh sebab mengenali sedikit sebanyak.
Saya cuba berasa yakin dengan beliau.
Saya berharap saya akan bebas mengunkapkan apa yang ingin saya ungkapkan.

saya bukan tidak tahu menyelesaikan masalah atau apa yang sedang berlaku dalam kondisi saya.
cuma saya berpegang.
"jika kita mahu,kita akan boleh dan dapat membuat apa jua".

Permasalahan yang membelenggu ialah
bagaimana mahu mencetuskan MAHU.
bermacam-mcam idea boleh dijumpa.



Jumpa sahaja sesiapa.
berborak sahaja dengan sesiapa.
Tetapi..
jarang sekali kita akan tercetus perasaan MAHU itu.
Hanya TAHU yang akan tercetus.
Right?.
blank..blank

Saya setuju.
Kerana berdengung-dengung orang kiri kanan memberikan semangat.
Memberikan kata-kata peransang.
Cetusan MAHU masih belum tercetus-cetus.

Kita perlu berusaha lebih.
Kerana setiap kita ada 'stail' yang berbeza.
Mungkin ada yang senang untuk menerima dan memperbaiki kelemahan diri.
Tetapi perlu disedari ada juga yang seperti saya.
yang kadang-kadangnya,
setiap amaran yang diterima hanya umpama angin lalu dan terus berlalu.

Alhamdulillah,
saya masih diberi kekuatan untuk mencari konklusi terhadap kelemahan saya.
"Allah masih sayangkan kita..sebab itu Allah bagi kita sedar".
Tergiang-ngiang ayat kaunselor itu.
Saya juga selalu mengunkapkan.
Selalu mendengarnya.
Tetapi saya juga selalu 'terlupa'.

Untuk semua.
Saya berpesan untuk diri saya.
Untuk anda.
jangan segan berjumpa kaunselor.
Jangan malu bermula dari lantai.
jangan malu mengaku silap dan salah..mungkin juga dosa.
itu lebih baik,
daripada kulit-kulit ini nanti terkoyak di depan Allah, dek kerana malu dengan dosa-dosa di dunia.

"jangan lupa..balik nanti solat taubat nasuhah".
Kaunselor memberi ingatan lagi.
Terasa tertampar diri ini, bila beliau mengingatkan.
Selama ini kita sibuk memberi peringatan.
Bukan bermakna kita terlupa dengan diri kita,
tetapi;
Bumi mana yang tidak ditimpa hujan, manusia mana yang tidak melakukan silap.
Bukankah baik, ada orang memberi peringatan yang sama.

Jumpalah kaunselor,jika rasa kita terlost control.
Mereka bukan mengubah kita,
melainkan kita yang mengubah diri sendiri.
Tetapi mungkin mereka akan mencetuskan MAHU kita.
Siapa tahu..

06 October 2010

1.

aku berikan namanya Apon.
Atau senang-senang dan malas-malas boleh juga disebut Apung.
Seorang wanita!.
Sejak tadi duduk menunggu bas di hentian itu sendirian.

"kenapa namamu begitu buruk sekali?". Seorang lelaki menegur,bertanya,mungkin juga sedang mencari pasal.

Apung memandang sekilas ke arah lelaki berhidung mancung dan separa hodoh perangai itu.
"encik dah kehabisan zikir untuk dilantunkan?..atau encik dah banyak stok pahala untuk mengharap syurga Allah nanti?"

Lelaki itu terdiam.
Apung bukan menjawab soalanya.
Apung bukan merasa rendah diri dengan soalanya.
Tetapi Apung membalas dengan peringatan yang cukup membuat hatinya malu semalu-malunya.

Ahzam. Si lelaki malang saat itu. Berlagak biasa dengan kata-kata Apung.
Dia menahan-nahan perasaan membuak.
"alaa..Aponnnn..ponnn..awak ni memang sesuai menjadi penceramah bebas tau..".

Apung hanya diam. Artikel percuma berwarna unggu berkali-kali dibelek-belek. Seperti sedang mencari harga dan jenis kertas yang digunakan.

"Apung..marilah..kita ke lebri..kau kan nak siapkan kerja-kerja kau yang banyak tu..aku dah siap..tinggal tunggu lecture bagi A jak ni". Sepenuh ego Ahzam melontarkan ayat-ayat pedas kepada Apung yang terkenal dengan sikapnya yang memang lewa dalam soal menyiapkan kerja-kerja. Pelik juga Ahzam melihat. Bukan sekali dua dia diberi amaran, malah berkali-kali terdengar bisikan umpatan rakan sekelas terhadap sikapnya itu.

Apung tersenyum.
Bas Zon A sudah mendekat.
Sebentar lagi Apung akan balik ke kolej.
Meninggalkan Ahzam yang sejak tadi menunggu buah hatinya pulang dari kelas.
Ahzam hanya melihat Apung berbaris menunggu giliran menaiki bas.
Kadang terdetik lucu melihat sikap penumpang-penumpang bas yang selalu bersepit-sepit.

"Untungnya aku..ada motor kapcai ini". Ahzam sedikit sedar. Dia perlu bersyukur.

Apung sudah selamat menaiki bas.
Syukur!
Tetapi dia terpaksa bersepit-sepit.
Dengan aroma wangian yang sangat menyusuk hidung.
Lagi-lagi diwaktu matahari sedang meninggi.
Artikel Unggu tadi disisip di kocek baju kurungya.
Terbayang-bayang wajah penuh hampeh Ahzam tadi. Siapa tidak kenal Ahzam. Bijak. Selalu mendapat pujian oleh pensyarah-pensyarahnya.
"kalaulah aku menjadi kawan Ahzam,mesti aku juga boleh skor tinggi-tinggi,tidaklah asyik mendapat ayat-ayat sinis".
Apung mengeluh sedikit.
Tiada siapa ingin berbincang-bincang denganya.
Mungkin juga kerana sikapnya yang masih belum pernah dipuji oleh sesiapa.
"woooi Apung..ko nak manusia puji sangat kah?".
Apung tersedar.
bas melalui selekoh. pakcik pemandu berbaju biru memandu bagaikan sedang membawa bas Ambulas ke kawasan kemalangan.

"aku memang nak berubah,..tapi..".

Creeeeet!.
bas berhenti mengejut. beberapa pelajar terdorong ke hadapan.
Apung hanya mengurut dada. Hilang semangat mahu berubah sebantar tadi.

01 October 2010

Aku Terima Amanahnya

( usaha untuk perlahan-lahan bangkit dan menyapu-nyapu pasir yang melekat)

malam ini,
aku mengurut-ngurut tulang,
sengal-sengal.
mungkin tandanya tulang ini sudah berkerja keras hari ini.
menjeling-jeling sayang si nyamuk bingit bunyinya.
seekor sang nyamuk yang kecik suka betul menganggu.
ah..tidak pasal-pasal nyamuk dikutuk.

betulkah aku berkerja keras hari ini?
aku menghitung-hitung kemana kaki dibawa hari ini.
eh..eh..
jika dibanding-banding dan dtimbang-timbang agak keras juga,
sampai-sampai terlelap sebentar semasa duduk-duduk menunggu bas.
tapi,
jika dicompe dengan orang-orang lain,
sepertinya,aku kebaruan berkerja begini.
apalah sangat ke kelas, ke perpustakaan, menaip-naip sedikit kerja, menunggu-nunggu bas.
sedangkan mereka lebih dari itu, menghadiri masyuarat,menjadi juruacara, menghendap-hendap otak berfikir bagaimana untuk membentuk dan membantu manusia.
huwah..
itu belum lagi pergerakan fizikal seperti memandu, menunggang, berjalan kaki, ke sana sini dengan tujuan kerana tugasan sebagai Pengarah Program, Ajk pelaksana..er YB ..juga mungkin hanya orang-orang yang alergik dengan sebarang taklifan.
huwah..aku memang sibuk dan penat..
tetapi jatuh di ranking paling-paling corot.

PM ada 24 jam.
Ketua Menteri ada 24 jam.
Menteri Besar ada 24 jam.
YB ada 24 jam.
Mahasiswa ada 24 jam.
Pengarah Program ada 24 jam.
Ajk Pelaksana ada 24 jam.
er..err..
aku?..
pung sama jugak kan.

Belakang sakit lagi.
Tilam empuk juga tempat untuk berlepak-lepak.
Bukan simen tanpa tikar pun.
Mungkin teknik tidur yang kurang sihat.
Atau kerap bertiarap.
eh..ehh..bukan sebab hari ini sibuk kah?.

Idea aku mati,
mati dan menemui jalan mati.
kemalasan berganda-ganda perlu diterjah.
layak-layak seperti wartawan MELODI yang tidak serik-serik menerjah artis-artis.

"aku bukan malas,cuma kurang rajin"
"aku perlukan masa untuk menjadi rajin".

Rajin dan malas bukan 2 pilihan.
Tetapi 2 perkara yang selalu ada dalam diri.
Kadang menjadi-jadi, rajinnya sampai semua benda ingin dibuat.
Malas sampai kalau boleh makan pun sambil berbaring.
Teruk sekali.

Hari ini,
aku bersunyi-sunyi sambil menjeling-jeling jam.
Dah hampir Subuh.
aku perlu berehat. Untuk kembali menjadi lebih baik daripada hari ini.

Ada kerja menanti tanpa putus,
ada harapan menunggu tanpa jemu,
ada kasih mengalir tanpa rimas,
ada rindu sedang berjalan,
ada cita sedang tenggelam timbul.

Sikit-sikit dan satu-satu,
mungkin sebagai langkah seterusnya terhadap pelbagai amanah yang terlalu mahal untuk dinilai.

Amanah itu berat dan sakit.
Jika kita tidak merasa senang dengannya.
Mungkin senang dan ringan,
jika kita ada optimis dalam diri.
Tetapi selalu melupakan dan menghindarkan,
jika kita jarang memuhasabahkan kembali.

Maafkan aku Tuhan,
ada waktunya Aku Terima Amanahnya,
tetapi aku sering melupakan mengawal stering perjalananya yang kadang hampir membabaskan diri.

25 September 2010

"akak risau..nanti akan tiada..macamanalah nasib di sini".
seorang kakak mengeluh.
seperti sengaja membiarkan aku berfikir sama sepertinya.
betulkah kehadiranku memberi kesan kepada gerakan di situ?.
aku bertanya-tanya.
cuba menghitung-hitung kerat sumbangan yang pernah dilakukan.

pelbagai kemungkinan menyusul.
aku seperti takut menghadapi pelbagai kemungkinan.

"kamu perlu tahu..kamu adalah hasil tarbiyyah di sini..maka kamu harus ingat kamulah yang wajar berkhidmat untuk di sini".
ada suara-suara seperti mengegarkan jiwa.

"di sini..kita kekurangan tenaga..di sana sudah terlalu ramai".
suara itu juga kadang menjenguk.

ada masa aku seperti termakan dengan kata-kata itu.
akulah harapan.
akulah yang akan menyinarkan kawasan ini.
aku dan akulah yang akan membiakkan kawasan ini seperti kawasan di sana.
tetapi..
'kalau takdir aku pergi sebelum sempat mengeyakan semua ini?'
apalah maknanya.

"mati itu lain..pergi dan ke sana itu lain".
ada suara-suara halus mempersendakan.

aku cuba mencari releven dan asbab aku mengeyakan 'aku harus ke sana', bukan kerana terpaksa,bukan juga kerana suka, ada pelbagai kemudahan, tetapi aku MAHU ke 'sana'.

aku merenung garis-garis kenangan yang terlukis.
aku akan meninggalkannya.
kawasan yang telah mula berputik.
kemudian,juga mungkin akan berbuah.
atau tidak sempat berbuah langsung terus mati terkubur. nauzubillah.

"insyaAllah akan ada mata-mata rantai yang akan menyambung..asal saja kamu ingat kamu bukanlah pemula..atau pengakhir".
terima kasih penyebut ayat ini.

kenapa perlu kita berdebat tentang itu.

sedangkan tempat jatuh lagi dikenang,
inginkan tempat 'bertatih'.

terima kasih wahai Tuhan.
yang memiliki sifat Maha Penyanyang

20 September 2010

pemahaman emosi

mata air tumpah dan tumpah.
jika terlihat,
ia bukan suatu perkara yang mungkin bukan suatu masalah.
maksudnya, tidak semestinya kita menangis kerana sedang bermasalah.

kondisi kita bila bertemu sesuatu yang berat,
selalunya merunsingkan.
adakah kita bersedia menerima situasi yang berat?




well..ada masanya kita bersedia.
tetapi ada waktunya juga,
kita seperti kekurangan kekebalan.
pendek kata belum bersedia.

lantas..
kita mula berbahasa lemah,
cesss..macam teruk sangat.

tapi..itu lagi bagus,
dari kita berbahasa kasar dan memedihkan telinga orang yang mendengar.
kita sebenarnya tidak mahu berbahasa kasar,
tetapi apabila emosi terlalu menang,
maka,emosi kita akan mengalahkan rasional.

kita akan menyesal kemudian,
baik juga kalau menyesal,
ataupun sempat menyesal,
lagi bagus kalau sempat memohon maaf.

ketika kita dalam keadaan kurang stabil,
mungkin kita ada pilihan untuk berjauhan dengan manusia-manusia yang lain.
tetapi ada waktu kita terpaksa berdekatan dengan manusia-manusia juga.
akan menjadi kerunsingan apabila manusia-manusia memarahi kita,
mungkin kerana silap kita,
tetapi alangkah malang, apabila kesalahan orang lain,
kita yang dimarahnya.

pergh..

jangan risau mendengar cercaan orang lain.
tapi risaulah jika kita mencerca bersama.

"ya Allah..lembutkanlah hati ini dan hati-hati orang-orang yang bersamaku".

"kenapalah mereka ini tidak memahami aku?"
"tidak tahukah,aku kurang stabil?"
"kenal lama..tapi, macam masih tak faham-faham juga aku macamana".


aduhh..
mustahil kita boleh memaksa orang memahami emosi kita.
biar kita yang memahami diri kita sendiri.
bila mana kita lemah..apa yang wajar kita buat.
mungkin bukan terus kuat.
sekurang-kurangnya kita tidak menjadikan orang lain mangsa kita.

oh..

23 August 2010

heart ambulance

yang manis itu indah.
dikenang boleh menangis.
dilupakan jauh sekali.

yang pahit itu derita,
dikenang menambah luka,
dilupakan,mungkin bukan mudah.

wahai pemilik hati,
sudahkah engkau bersangka-sangka baik kepada penciptaMu?.

dalam hidup,
dunia mana yang sepi dengan tangisan?.
sepi dengan derita?.

wahai pemilik hati yang selalu derita..
sudahkah engkau berdekat-dekat dengan sangkaan baik-baik?

sukarnya engkau bersangka baik dengan manusia..
mungkin juga sukarnya engkau bersangka-sangka baik dengan PenciptaMu..

engkau mahu itu..
dan mustahil engkau mahu ini..

wahai si pemilik hati,
pernahkah engkau menunding-nunding salah itu berpunca darimu?



salah itu bukan lagi pemilik si anu,si itu,si dia..
sukarnya menunding ke arah sini..
si pemilik hati sendiri..

wahai si pemilik hati,
sudahkah hati itu diberikan cas-cas jiwa?

sering saja wajah berkerut seribu..
kerana tertindih dengan timbunan cabaran dan masalah,
kerana mungkin juga sedang kalah dengan pandangan mata..
sehingga sering merasa sakit dengan si itu,si ini, si sana, si sini..

wahai si pemilik hati..
semua itu bermula dengan hati..
kerana mungkin hati sudah tercedera..
sehingga kabur menilai,
terpedaya dengan pandangan mata yang selalu menipu..

lupa memanggil pomen,
untuk membaiki kerosakan-kerosakan tidak dirancang,
atau terlupa bagaimana cara memanggil ambulans hati..

wahai pemilik hati,
ambulans hati yang selalu mengelilingi,
melingkari di setiap inci diri..

ada masa bertemu dan berkenal-kenalan denganya..

14 August 2010

bila dah tiada..

lokasi: Kelas Foundation English.
Untuk Orang-orang yang terror dalam english.

my future life;
"saya mahukan 4 orang anak lelaki"
(I want four son's).

why?.
Sebab saya mahukan. Merekalah yang akan menguruskan saya kelak.
Bila saya tidak bernyawa nanti.
Saya mahukan merekalah yang aka memegang setiap penjuru keranda saya kelak.

saya bercita-cita begitu.
saya berharap begitu.
tidak salahkan..



namun,
jika saya belum sampai ke garisan itu,
pintu dunia saya telah tertutup.
saya cuma mohon.
sesiapa yang pernah saya sakiti,
saya berhutang,
saya ada meminjam barang-barangannya,
mintalah dengan keluarga saya,
tolong..
saya sudah berpesan dengan mereka,
jika ada sesiapa yang meminta sesuatu kerana saya,
selepas saya tidak bernyawa nanti..
tolong diberikan..
saya jarang meminta dengan mereka,
tapi insyaAllah permintaan semua akan dilayan.
jika tidak..
saya pohon,janganlah diungkit di akhirat kelak.
saya risau saya tidak tertanggung.

maafkan saya.
saya meminta sesuatu yang bukan menjadi kesenangan anda.

11 August 2010

Pisang Goreng Di Bulan Puasa

Rajinnya.
Pergh!.
Saya malas betul bila orang puji-puji ni.
Walau hakikatnya hidung dan hati berbunga-bunga dan terkembang-kembang.

Permulaan puasa,
adalah suatu yang seronok apabila merasa nikmat berbuka.

Oleh kerana mak sudah memuji.
Akhirnya saya akur.

Saya harus ke masjid!
waaaaa..
takda pilihan.
mandatori!

Kecantikan yang dimiliki oleh masjid ini ialah jadual penghantaran makanan etc untuk berbuka.
erkk..
saya memberontak.
bapa memang gantleman.
sehabis baik saya dipuji.
dipusing-pusing.
akhirnya saya akur.

bekas besi diisi dengan pisang goreng.
maklah yang menggorengnya.
mesti sedap.
tapi..
mak cakap jangan makan sebelum berbuka.
saya akur.
bekas itu dibungkus dengan satu kain sarung.
saya tidak ingat bagaimana gaya saya.
yang pasti..
saya terlambat.




untuk ke masjid,
saya perlu berjalan kaki
selama lebih dari 20 minit.
tapi jika kelajuan bertambah masa boleh dikurangkan.
dan..

saya memilih untuk berlari.
berlari bagaikan seorang wira.
tanah kuning dan berdebu bagaikan trek merah hati.
selipar jepun buatan Malaysia bagaikan
spaik yang tajam mencacak..

kemudiaa..
saya...

tummmmmmmmmmmmm..
dushhhhhh..

terjatuh!!!

habislah..
berterabur goreng pisang gorengan mak!!!
dan..
aku kalut+++++..
bagaimana ni?.
mak akan marah..
dan..

akhirnya saya memungut dan memasukkan ke dalam bekas semula.
kini perjalanan menjadi lebih lama.
kaki saya longlai.
takut..
tetapi melihat kubah masjid yang agak lusuh membuatkan saya sedikit bersemangat..

oohhhh..
apalah saya hari ini..
kalau saya tidak berlari tadi kan..
kalau saya perlahan-lahan..
kalau-kalau-kalau..
akhirnya saya tiba juga..

seorang makcik menyambut bekas saya..
isinya dikeluarkan..
diisi di pinggan..

dan..
bagai hendak pitam rasa diri..

"kenapa ada rasa pasir-pasir ni?".
seorang makcik mengomen.

dengan berbantukan cahaya pelita.
tiada siapa perasan..
saya juga sudah sehabis baik menghilangkan pasir dan debu-debu yang melekat tadi..

saya sudah lupa,
apa komen-komen mematikan dilemparkan..

"pisang ini jatuh?".
saya mengangguk.
bulan puasa tidak boleh bohong.
saya juga merasainya goreng pisang itu.
termasuk pasir-pasir halus yang masih melekat..

cuma saya sangat suka komen seeorang pakcik..
"takpalah...nanti lain kali datang lagi..bawalah lagi..yang ini pakcik makan..tepungnya pakcik buang..pisangnya pakcik makan".


Sepulang dari tarawih.
Bekas besi saya kosong.
senang hati saya membawanya balik.

sampai di rumah.
saya membuat pengakuan jujur.
mak tidak marah.
tetapi menggosok-gosok kepala saya.
"takpalah..budak-budak mana tahu..lain kali hati-hati ya..".

natijahnya,
jangan marah-marah dengan budak-budak.
mereka bukan seperti kita..

jangan perlekehkan budak yang ingin berbuat kebaikan..
raikan dengan hanya sedikit pujian,
jiwa kanak-kanak suka dipuji..

dan..
ajar kanak-kanak melakukan apa jua dengan ikhlas..

09 August 2010

hadiah

saya orangnya belum pernah memberikan hadiah-hadiah yang menarik kepaa adik-adik saya.
saya cuba berfikir-fikir apakah hadiah yang terbaik.
saya membina beberapa sebab keperluan memberikan hadiah itu.

1.kenapa?
-saya ingin memberikan hadiah.

2. hadiah bagaimana?
-yang mampu saya belikan.

3. apa point dalam hadiah itu?
-kesedaran dan kemahuan berubah.

4. berubah bagaimana?
-solat..taatkan agama..tahu peranan diri

5.Bagaimana dengan pakaian adikmu?
-ehh..kalau boleh biar menutup aurat.

Konklusinya,
saya perlu memberikan hadiah yang paling terbaik.

saya menghadiri perbincangan halaqah.
saya menanyakan tentang hadiah.
soalan saya membuatkan beberapa ahli halaqa tersenyum.Sinis dan tajam!.
ah mereka..

"lebih banyak persoalan yang lebih besar perlu ditanyakan".
sang pengerusi menyindir tajam.

pergh!.
saya sengaja senyum. Senyum tanda bengang dan sindir.
Halaqah membuat saya malas.
Malas untuk bertanya.
Malas untuk memberikan pendapat.

saya cuba mendekati beberapa sahabat.
Saya suka maksud sahabat.
saya yakin mereka tidak akan menjawab seperti apa yang saya inginkan.
ehh..kenapa saya merasakan begitu?.
kerana..
saya tahulah..saya kan juga digelar sahabat oleh mereka.

"kalau saya ingin memberikan hadiah yang terbaik untuk seorang muslimah..apakah hadiah yang terbaik ya?".
bermacam-macam idea yang diberikan.

Buku.
tafsir.
Tudung 60.
stoking.

"ehh..kalau buku..buku tajuk apa yang terbaik?".
macam-macam idea juga yang keluar.
Ketika Cinta Bertasbih.
Ayat-Ayat Cinta.
bla...bla...bla...
Cinta selepas Allah dan Rasul.

Saya berterima kasih dengan tajuk-tajuk yang menarik itu.
dan saya putuskan semua tajuk itu kurang sesuai untuk adik saya.

"akak..cadangkan buku Cinta Selapas Allah dan Rasul.."
Seorang kakak senior mencadangkan. Serius riak wajahnya.

"erkk..kenapa dengan buku itu?".
Bodohnya. Saya sudah membaca 3 kali. Juga Mungkin lebih dari itu.
Kenapa perlu bertanya lagi.

"banyak faedah...untuk dijadikan bahan dalam usrah juga bagus..".
kakak itu bercerita.
Dan.

"saya ingin membeli buku itu..tolong belikan untuk saya".
Seorang sahabat muslimat mencelah.

wow!
semua merasa seronok dengan buku itu.
Bagus2!.

"kenapa diam?"
Kakak itu bertanya. Mungkin dia heran.
Atau..apakah..

"kak..jiwa saya bukan ke arah buku itu."
saya menjawab jujur.

"aik...takkan belum ada yang sangkut".
Seorang lagi mencelah.

huhu.
saya mematikan perbualan..
dan berfikir ayat-ayat yang sesuai untuk menerangkan hakikat yang saya inginkan dari sebuah penulisan.

Buku Oh Buku.

"saya membaca sudah buku itu..
saya menemui satu ketumbukan, satu penamparan,satu ketendengan..pada peringkat pertama pembacaan".

"seterusnya..saya menemui kesedaran..kekuatan..kejakunana..keinsafan..dan..eh..malu".

Kakak dan beberapa sahabat muslimat tersengih-sengih.
Mungkin kerana laras bahasa yang saya gunakan terlalu tinggi dan mungkin juga terlalu rendah.

"Cinta Selepas Allah dan Rasul..bermaksud..siapa lagi?..tentulah sang Zauj kan.."
Sudah ramai yang terspu-sipu.
Ek ele.
Macam tidak pernah berborak pasal itu.

"yang saya tahu..bila membaca buku itu..saya seperti melupakan diri saya..tidak secantik watak utama di dalam buku itu..tidak selemah lembut..tidak sepintar..dan tidakkkk..terlalu banyak yang tidak-tidaknyua.."

"makanya...dipembacaan kali ketiga saya memutuskan..untuk tidak membaca kali keempat..hehe".
Hampir semua tidak berpuas hati dengan penerangan saya.
Lantak lah kamu.
hee..


kan..betu..percanggahan idea dan pandangan amat perlu dalam pembaikan sesebuah idea.
saya menemukan satu konklusi.
Tidak semua faham apa yang kita fikirkan.
Terserah kita bagaimana mengatasi situasi sebegitu.
ehh..

hadiah untuk adik saya?.
saya perlu mencari lagi..

07 August 2010

malas si malas

pandai malas.
atau memang malas.
juga mungkin sengaja bermalas-malasan.

kain-kain sengaja dibukitkan.
nota-nota sengaja di hambur-hamburkan.
pokoknya,segala jadi tumbang terbalik.

malas?.
kadang di lihat bajunya biasa-biasa sahaja.
tidak bergosok halus dan tajam.
tandanya dia malas.
tetapi..mungkin keadaanya sibuk dan penat sekali.
sehingga terlupa menggosoknya.
Atau juga kerana
itulah yang dimalasnya.
yang lain tiada malasnya kecuali itu.

ada juga yang sentiasa segak bergaya,
sedikit masa lagi ada;
"gaya,mutu dan keunggulan.
"
rupanya itulah sahaja yang dirajinnya..
yang lain dimalasnya.

macam-macam sebenarnya contoh-contohnya..
ada yang terlalu rajin di dapur..
sehingga terlalu malas di ruangan lain..
diruangan membaca misalnya..
atau diruangan diskusi..


ada juga yang sentiasa malas
walau dimana-mana,
kecuali saat untuk tidur dan makan..
bukan bererti hidupnya senang..
mungkin kerana jiwanya tidak sentiasa tenang..

ada dan ada bermacam-macam lagi malas yang ada..
ada yang aneh,
yang biasa..
juga yang bukan aneh atau biasa..

ada juga yang dahulunya begitu malas..
namun malasnya berubah menjadi tidak malas lagi..
mungkin malasnya dahulu
hanya pada benda yang tidak di sukainya,
misalnya dahulu dia tidak suka bersolek,
tetapi kemudian kita berjumpanya lagi
dalam keadaan kita seperti tidak mengenalinya..
kerana wajahnya sudah berubah..
lebih aneh..
atau lebih cantekk..

ah..
terlalu banyak kisah tentang malas dalam hidup manusia..


Daripada Abu Hurairah r. a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda : “jika ada seseorang berkata: “orang ramai (sekarang ini) sudah rosak”, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka”. H. R. Muslim

Keterangan
Iman Nawawi ketika menulis hadis ini dalam kitab Riyadhus-Shalihin beliau memberi penjelasan seperti berikut: “Larangan semacam di atas itu (larangan berkata bahawa orang ramai telah rosak) adalah untuk orang yang mengatakan sedemikian tadi dengan tujuan rasa bangga pada diri sendiri sebab dirinya tidak rosak, dan dengan tujuan merendahkan orang lain dan merasa dirinya lebih mulia daripada mereka. Maka yang demikian ini adalah haram”.

kembali kepada malas-malas tadi.
alangkah sengsaranya pengisian hidup,
kita yang sememangya mempunyai sikap malas
dan masih lagi suka menunjuk kepada orang lain,
"mereka lebih malas daripada saya".


moga kita tergolong dalam kalangan malas..
malas melakukan kejahatan,
malas melakukan maksiat,
malas menyakiti hati orang lain,
malas menjadi jahat,
malas menjadi malas.
insyaAllah.

06 August 2010

Subuh di KLIA

saya berjalan.
ke kaunter chek in.
membawa beg yang berat.
Mujurlah tulang bahu lagi kuat.
Kalau tidak mungkin sudah miring bahu ini.

"kamu pelajar?".
seorang wanita menegur.
Tangannya penuh dengan beg.

"ehh..".
saya jadi ragu.
perlu atau tidak menjawab soalannya.

"kamu orang mana?".
Tanpa salam.
saya membalas pertanyaanya.

"saya orang Lahad Datu..". Dia menjawab.

"umur berapa?"
saya bertanya lagi.
kenapa ada rasa senang sahaja?
mudah untuk berbual.
sedangkan bahu dan sejuk melingkari diri.

"ehh..baru 18".
Dia sudah tersenyum.

cute!.
secara jujur itu yang saya katakan.
walau tidak di dengarinya.

saya mencuri-curi pandang.
di tangannya sehelai kertas.
mungkin tiket flight yang diprint.
di trolinya.
sebuah beg beroda.
beg diisi dengan nestum.
sedap!

saya ingin bertanya lagi.
Tetapi dia sudah bergerak ke kaunter.
menyerahkan kertas putih di tangannya kepada petugas berbaju kebaya biru ketat.
saya menurutnya di belakang.
dengan kad pengenalan dan pass chek in. Urusan saya lebih cepat.
Dia memandang aneh.
mungkin tidak tahu,ada mesin tersedia hampir sepuluh di KLIA itu untuk memproses pass chek in.
atau..
dia .
ahh..




Dia berdiris senang di tiang.
entah apa yang menarik untuk saya dekati.
namun,
yang pasti saya memerlukan teman berbual.

"kakak?".
dia bertanya apabila saya mendekati.

saya menganggukkan kepala.

"cuti?".
saya bertanya pula.
dia mengangguk.
loghatnya mula bertukar.
mungkin sedar bahasa daerah lagi memudahkan perbualan kami. Atau lagi menjadikan kami lebih mesra.
ahh..
yang penting bahasa itu adalah pemudah cara untuk kami.

"cuti raya..macam tidak mau balik sini lagi..".
dia mula bercerita.
Tiba-tiba saya meletakkan beg yang di trolinya.

"tumpang sekejap ya..".
saya tahu dia terkejut.
tetapi saya mahu kami cepat mesra.
dengan cara begitu.
ehh..

"penatlah..lagi-lagi rindu dengan orang rumah..".
Saya senyum.
Alasan yang terbaik.

"kerja di sana gaji murah..tetapi dekat dengan orang tua".
saya angguk.
betul.
murah.
1/3 dari gaji di sini.
itu agakan saya sahaja.
saya juga tidak pasti berapa gajinya sebenar.

"kerja dimana?"
saya bertanya.
sejuk semakin berkurang.
waktu subuh sudah masuk.
seharusnya saya beredar.
ahh..

"kilang NESTLE..".
patutlah macam-macam makanan jenama NESTLE di beg nya.

"ini nestum yang tidak di jual...peking tidak sempurna..".
Dia seperti perasan gerakan mata saya ke arah bungkusan nestum yang besar itu.
saya senyum.

"murah ya?".
Saya mencari soalan mengelat sebenarnya.

"a'ah kak..murah..".
Perbualan kami mula melebar.

dia mula tidak segan berborak-borak.
sehinggalah kepada masalah yang menghentikan nawaitunya untuk belajar.
dia mempunyai masalah dokumen.
pengajiannya hanya sehingga di tingkatan 2.
Dia memperolehi kad penduduk tetap baru 3 bulan yang lepas.

"takdir dik.."
saya tahu. Cerita itu berat.
Namun,kesudiannya bercerita seperti sengaja memberi satu ketumbukan kepada saya.
kepada pemimpin Islam yang lain.
kepada sesiapa yang berpeluang belajar ke peringkat lebih tinggi.

"alhamdulillah...insyaAllah tidak lama lagi MYKAD kan".
saya sebenarnya ingin mengundurkan diri.

"aminnn kak".
dari lirih bahasanya itu. Itu adalah cita-cita yang diidam sejak dulu.

"jom gi solat dik..Subuh dah mau tamat..".Hehe. Saya sengaja memberikan senyuman nakal.
Dia senyum.
Dan dia statik.
dan tunduk.

saya mengira sehingga 5 di dalam hati.
dia masih seperti itu.

"cuti ya..?".
dia tidak menjawab.
Saya mengambil beg dan bergerak meninggalkan dia.
kesian dia
dan kesian saya.
saya mampu menarik untuk dia bercerita.
Tetapi tidak mampu menarik dia untuk sama-sama bersolat di subuh itu.

semoga saya akan bertemu dia lagi.
saya harus malu.

mengajak orang lain menunaikan tanggungjawab bukan sesenang mengajak orang lain berborak tentang dunia.

bukan senang mahu senang.

01 August 2010

keroncong hilang

Saya telah hilang.
hilang dalam dunia saya.
saya mencari jalan keluar.
mahu mencari semula pintu yang pernah saya lalui.

saya telah hilang!!!!
saya menjerit sepuasnya.
namun, halkum saya memberontak.
kotak suara saya merajuk.
suara saya tersekat di celah-celah rongga leher.

Saya menangis.
bodoh!.
saya memarahi air mata yang tidak tahu mengontrol.
keluar tanpa di suruh.




Saya masih berjalan-jalan.
kalau-kalau bertemu pintu yang mampu membawa saya ke dunia luar.
saya..saya..
ah..
kaki saya disekat.
perut saya sedang berpesta.
pesat berbunyi-bunyi.
sesak.
gastrik datang bertandang.
maafkan saya perut.
saya terlupa di mana kedai.

kedai?.
kenapa perlu mengaitkan lapar dengan kedai?.
saya memarahi diri saya.
saya mencari kotak2 simpanan makanan.
kalau-kalau ada makanan untuk perut saya yang rancak berbunyi.

alhamdulillah.
ada 200g beras.
ada 20 g udang kering.
ada sedikit garam.
saya..


kan saya sudah hilang..
tapi..
saya menjumpai beras dan semua itu..
bermakna telah menjumpai sesuatu.

telefon saya bergetar hebat.
wahhhhhh..
ada 3 mesej peringatan.
"kamu telah hilang...!kenapa kamu hilang hah?".
wow garang seh..
saya ingin membalasnya begini;
"bagusnya kamu...tahu saya hilang...kamu tahu..saya tidak mahu hilang..tetapi saya sudah hilang..saya mencari jalan keluar..tetapi yang saya temui ialah beras,udang kering,sedikit garam..".
saya hampir menekan butang send.
tetapi...
saya jangka.
itu tidak akan menjawab soalan.

ah..
saya berehat sebentar.
kemudia otak saya berada di luar sini.
Entah kemana dia merayau.
saya tiada tenaga untuk menghalang.

ohh..
otak saya ke rumah saya.
membelek-belek penghuni rumah saya.
membelek-belek segala macam-macam.
kenapa rumah saya suram?.
mana semua orang?.

ehh..
saya kan sedang hilang..
kenapa saya menjumpai rumah saya pula??.
saya memicit-micit kepala saya.
tetiba ada rasa sakit di urat-urat kepala.

hp saya bergetar lagi.
"woiiii..kenapa kamu menghilangkan diri??..kamu tahu...banyak kerja kamu yang kamu biarakn terbungkang??.
saya membaca berkali-kali.
oooohh..
rupanya kehilangan saya menyusahkan orang lain.
kerana saya membiarkan kerja-kerja terbungkang.
maafkan saya.
saya ingin membalas;
"saya sedang berjumpa dengan rumah saya...saya sedang hilang..saya mencari jalan keluar..tetapi otak saya merewang hingga ke rumah saya".
Ahhh..
saya melarang diri saya menekan butang send.

jawapan itu tidak akan memuaskan hati sesiapa.Walaupun saya sendiri.

saya sedang hilang.
ya...
saya sedang hilang.

saya berjalan-jalan lagi.
kenapa saya hilang???.
apa yang saya temui semasa saya hilang???.
siapa yang mencari kehilangan saya??
kenapa mereka mencari saya???.

ah..
saya mencari internet.
hah!
saya menjumpai
Facebook.
saya menaip.
"saya hilang".
ada ramai yang menyukai kehilangan saya.
wah..
nampaknya kehilangan saya mendatangkna 'suka' orang lain.

saya sedang hilang.
saya mencari clue kepada kehilangan saya.

"saya hilang..dan saya ke mana?"
"saya hilang..tetapi kenapa saya menemui sesuatu?"

ohhh..
walaupun saya hilang.
saya menemui bermacam-macam.
biarkanlah saya hilang lagi.
mana tahu saya akan bertemu banyak lagi.

soksek

belum berjiwa pejuang.
1 pengakuan yang baik.
pengakuan yang memerlukan kesedaran.
tiada guna mengaku.
tetapi tidak ambil peduli.

jangan tunggu.
jangan tunggu sampai besok.
hari ini,
tidak akan menjadi hari esok.
hari esok tidak akan sama hari lusa.
lusa tidak akan sama hari tulat.

hidup cuma 3 hari.
semalam alias kelmarin.
hari ini.
esok.
3 hari akan bertimbun menjadi 23 tahun.
kemudian akan bertambah lagi.
kemudian bertambah.
sehinggalah waktunya akan berhenti.

makanya,
sebalum waktu belum berhenti,
bergeraklah bersama-sama waktu.
jangan dibiarkan waktu bergerak sendiri.
tanpa jasad dan rohmu.

kalaupun jasadmu tidak mampu,
cukuplah rohmu,
atau keduanya saling berganti2.

supaya jiwa pejuangmu terbina,
kejarlah masa bersama jiwa dan rohmu.
supaya jiwa pejuangmu terus subur,
jauhkanlah dunia kecewa,
dunia penuh kesedihan dan ketidak mampuan.

berpijaklah pada kaki yang selalu
membawa ke alam yang lebih bererti.
berhenti membina imiginasi kesempurnaan.

biarlah kesempurnaan yang menjejakmu.

26 July 2010

bebelan penawar

Apa aku mau dari kamu.
Aku mau kamu sayangkan aku.
pasal aku.
Aku...aku..
aku mau kau tahu..
ada waktu aku begitu sepi..
walau sekelilingku sibuk sedamai pasar malam


.

ah..
aku mahu kamu tahu..
kamu sentiasa ada dalam hati ini..
bayangan kamu selalu menjengah di dalam doa..
aku mahu kamu tahu..
aku juga mahu menyanyagi kamu..
lebih daripada kamu menyanyangi aku..
(harap2 betul)


ah..
kamu cuma..
cuma..mahu aku kisah pasal mu..
mahu aku tahu kondisi kamu..
mahu aku senang dengan kamu..

kamu..
kamu..
aku terlupa..
aku hanya ingin menjadi terbaik untuk kamu..
walau air mata ini pernah menitis untuk kamu..
cara kamu..
bahasa kamu..
mengoyak hati aku yang semakin nipis..

aku terlalu bodoh kerana memilih kamu menjadi pendampingku..
atau aku terlalu bodoh kerana menginginkan semua itu dari kamu..
aku..
aku cuma mahu..hidupku di dunia ini ada warnanya..
ada kisahnya..
ahh..kenapa perlunya semua itu?..
aku manusia biasa yang mahu berteman..

silapku mengharapa tanpa memberi..
memberi kerana mengharap..

"Ya Allah tolong aku..supaya apa jua yang aku lakukan semuanya keranaMu..bukan kerana dia.. bukan kerana sesiapa.. maafkan aku.. Ya Allah..maafkan dia..maafkanlah semua orang-orang yang pernah memberi padaku..mengharap padaku..menyakitiku..membiarkan aku.."

(bicara untuk teman-temanku yang selalu membikin aku bahagia)

17 July 2010

open mind


kalau tidak bersedia berlapang dada.
rasanya janganlah jadi orang yang peramah.
apatah lagi jadi orang yang menjaga kepentingan orang lain.
contoh muda..jangan jadi YB..jangan jadi wakil rakyat..jangan jadi naqib/naqibah.

jangan dan jangan..
jadilah orang yang hidup untuk diri sendiri.
itu cara yang buruk. Tetapi selamat.
Selamat sat.


Aku masih ingat.
Menjadi orang yang kaki program.
Bersedia untuk diprogramkan.
Bersedia untuk memprogramkan.

Apa baiknya menjadi kaki program?.
Aku akan kenal macam-macam ragam orang.
Kalau duk kelas.
Aku akan kenal muka,perangai,sikap kawan-kawan kelas aku.
Boleh kenal muka,sikap,tabiat pensyarah aku.

Tapi kalau duduk program.
Aku akan dapat 'more' dari tu.
like;
"more chips..more keriangan".



masalah besar dalam program-program ini ialah..
duit!.
Kalau duit cukup makan..
memang payah sikitlah..
tetapi pepatah Melayu kata,
"dimana ada kemahuan..disitu ada 'jalan".

Kenapa duit?
Yuran.
Kos pengankutan.
Ko makan otw sebelum sampai.
Kos perhubungan.Kot-kot tersesat jalan.
paling penting.
masa ni lah nak menyumbang.
(walau dah memang cukup makan jak duit tu).

Alahai.
Kisahnya bukan duit.
tapi berlapang dada.

Aku sangat suka sikap seorang tokoh ulama ni.
Ah..kalau alergik sangat perkataan ulama.
Its probleml!.
hidup di alam ni.
takda ulama,tidak selamat maa..
Ulama ni pewaris nabi.
Kalau masih tak faham keperluan ulama kepada dunia.
Cuba fikirkan.
Kalau Nabi takda.
Kita akan jadi macamana?.
Macam masyarakat Jahiliyyah tu.
Yang kisahnya tertulis dalam buku sejarah Tingkatan 4.
Ada ingat?

Nabi takda. Kita hilang arah. Masa depan kita kelam. Sebab yan
g mencatur persekitaran tanpa ada memasukkan unsur-unsur spritual.
Ah.Aku main belasah.comform makin tidak faham jadinya.
yang utama. Ulama itu adalah rukun untuk jadi negara maju.
Ada bingung?.
Bacalah buku.Tanyalah pakar.

Balik to kisah lapang dada.
Kalau mak marah kita.Bebel kita.
Kita kena lapang dada.
sebab mak marah tanda sayang.
but..
kalau kekawan marah kita?
apa kes?
itupun tanda sayang?
emmm..

Yang sakit adalah berlapang dada.
maknanya kita harus husnuzon kepada orang lain.
Ya. Bersangka baik. Lantaklah apa pun niat dia. Kita kena usahakan berlapang dada.
Usaha sehabis tenaga dan jiwa.



kalau yang menghadirkan diri dalam mana-mana kolum.
inilah saat teruji tahap kelapangan dada.
bagaimana,kita menghadapi orang yang kurang setuju dengan pandangan kita dengan kata-kata kita.
Ala..macam kitalah..kita masuk seminar.
Pas tu terserempak dengan orang yang memberi pandangan tentang yang dekat dengan kita.
Misalnya,
dia kata,
Malaysia ni..lebih teruk dari Libya.
kononya kita ni belajar tak guna meja,guna kalam batu.


Kita memang terasa..apalah punya bengong pandangan orang itu.
tetapi oleh sebab kita ni jiwa gantle.Kita pun buat-buat tidak dengarlah ayat-ayat itu.
Atau lebih baik. Kita bagi pandangan kita yang kontra. TETAPI sebaiknya. Kita janganlah pi serang dia.
Dia berhak memberi pandangan dia.

MASALAHnya.
Kebiasaanya..(menurut pandangan sisi pengelaman sejengkal ni).
Kita membidas pandangan orang lain.
Kemudian memasukkan sekali hal-hal pribadi dia.
Hal-hal yang seperti sengaja menjatuhkan dia.
Kemudian,kita tersenyum.
Tanda kemenangan.
Padahal kita sudah di asuh.
Supaya menghormati pandangan orang lain.

sebagaimana kita tidak mau diperlakukan begitu.

Semasa ingin mengadakan program.
Program kekeluargaan.
Namanya sahaja kekeluargaan. Namun, tiada seorang pun keluarga aku yang terjoin dalam program itu.
Itulah anehnya Islam. Janji dia Islam. Kita adalah keluarga. Dia kulit putih,sawo matang,kuning langsat atau gelap. Selagi bertuhankan Allah SWT, berasulkan Rasulullah SAW. Dia saudara kita.
Ini PASti tiada dalam mana-mana agama lain.

Kaitannya dengan berlapang dada?
Semasa ingin mengadakan program ini.
Kami..(beberapa orang).
Mengadakan perbincangan.
Semuanya berkaitan dengan program ini.
Tentang siapa yang terlibat.
Bagaimana mengisi program itu.
Siapa dan siapa yang perlu ambil bahagian.
Ketika ini, perbincangan tidak ada kaitan sangat dengan berlapang dada.
Sehinggalah ke peringkat.
"solat".
Kedudukan tapak program yang agak jauh dari masjid. Adapun surau,terlalu kecil. Berkongsi untuk perempuan dan lelaki. Itu, merupakan satu masalah.
Ya. Masalah bagi sesiapa yang merasakan itu adalah masalah.

Aku cuba memberikan pandangan.
Supaya solat dilakukan berjemaah.
Dilakukan di tempat itu.
Di kawasan itu.

Ramai membantah.
macam-macam alasan dikemukakan.
Akhirnya.

"orang pandang lain..kan itu kawasan terbuka".
"tidak pasal-pasal kita dikaitkan dengan ajaran sesat".
"a'ah..lagi-lagi sekarang isu JI semakin kuat meniup"
"bla..bla..bla..".

Aku cuba membacking diri.
Ku katakan.
Selama ini.
Hampir setiap program yang diadakan.
Modul solat dimana-mana ada dibuat.
Dengan sebotol air mineral.
Kita mengajar,bagaimana menggunakan ia untuk solat selain di masjid,surau, rumah.

pandangan aku ini.Hanya umpama angin lalu.

Mereka membidas.
"masyarakat kita belum terbuka dalam hal-hal ini".
"lagipun kawasan itu kawasan terbuka...bla..bla..blaa"
"nanti ada peserta-peserta yang tidak membawa telekung".
"macam solat minta perhatian pulaknya.."

Ah..
Sukarnya.
Mereka seperti menidakkan amali yang dipelajari selama ini.
Aku tidak sedih dengan alasan itu.
Tetapi kecewa.
Aku hanya membatukan diri.
Aku tidak kisah dengan ketidak mahuan mereka.
Cuma kecewa.
kecewa,kerana mereka sendiri mengalergikkan diri dengan perbuatan 'solat dikawasan terbuka'.

Kesimpulanya,
walau ada ketidakpuasan.
Perangai dan sikap berlapang dada mesti di amalkan.
Kadang bagi kita,pandangan kita itulah yang betul. tetapi sebagai manusia biasa. mungkin kita terlupa.
Kita juga manusia biasa,
ada kemungkinan,
pemikiran kita tidak menjurus kepada benda yang difikirkan oleh orang lain.
hak kita?
Bersuara selagi mampu. Terutamanya pada ruang yang memerlukan keputusan dibuat.
Kita kehilangan hak di depan Allah SWT.
selepas kita memberikan pandangan kita. Soal orang lain menerima atau tidak. Itu semua diluar kemampuan kita. Lebih-lebih lagi jika kita masih belum pro dalam membentangkan idea.

Sekadarnya,
berlapang dadalah kita dalam apa jua hal,selagi tidak berkait dengan hal yang memberikan kemudaratan besar.
biarpun kita berbeza, tapi tidak bertentangan"(Us Pahrol Mohd Juoi)






bahasa kita

banyak peribahasa kita yang bermaksud tersirat.

kalau kail panjang sejengkal.
Lautan Dalam jangan di duga.

~kalau kail panjang sejengkal..itu bukan kail..itu pensel..
lautan ahli georafi pun payah nak duga..macam-macam ada dalam tu..

Bagai melepaskan batuk di tepi tangga.

~orang lepaskan batuk kat mana-mana pun boleh,atas tangga,bawa tangga..jauh dari tangga pun boleh.

MASTER Pendidikan Awal Kanak-Kanak

salam. ramai tanya, camana eh nak sambung belajar dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak? soalan kan, nampak mudah. ok, saya share pengalam...