06 August 2010

Subuh di KLIA

saya berjalan.
ke kaunter chek in.
membawa beg yang berat.
Mujurlah tulang bahu lagi kuat.
Kalau tidak mungkin sudah miring bahu ini.

"kamu pelajar?".
seorang wanita menegur.
Tangannya penuh dengan beg.

"ehh..".
saya jadi ragu.
perlu atau tidak menjawab soalannya.

"kamu orang mana?".
Tanpa salam.
saya membalas pertanyaanya.

"saya orang Lahad Datu..". Dia menjawab.

"umur berapa?"
saya bertanya lagi.
kenapa ada rasa senang sahaja?
mudah untuk berbual.
sedangkan bahu dan sejuk melingkari diri.

"ehh..baru 18".
Dia sudah tersenyum.

cute!.
secara jujur itu yang saya katakan.
walau tidak di dengarinya.

saya mencuri-curi pandang.
di tangannya sehelai kertas.
mungkin tiket flight yang diprint.
di trolinya.
sebuah beg beroda.
beg diisi dengan nestum.
sedap!

saya ingin bertanya lagi.
Tetapi dia sudah bergerak ke kaunter.
menyerahkan kertas putih di tangannya kepada petugas berbaju kebaya biru ketat.
saya menurutnya di belakang.
dengan kad pengenalan dan pass chek in. Urusan saya lebih cepat.
Dia memandang aneh.
mungkin tidak tahu,ada mesin tersedia hampir sepuluh di KLIA itu untuk memproses pass chek in.
atau..
dia .
ahh..




Dia berdiris senang di tiang.
entah apa yang menarik untuk saya dekati.
namun,
yang pasti saya memerlukan teman berbual.

"kakak?".
dia bertanya apabila saya mendekati.

saya menganggukkan kepala.

"cuti?".
saya bertanya pula.
dia mengangguk.
loghatnya mula bertukar.
mungkin sedar bahasa daerah lagi memudahkan perbualan kami. Atau lagi menjadikan kami lebih mesra.
ahh..
yang penting bahasa itu adalah pemudah cara untuk kami.

"cuti raya..macam tidak mau balik sini lagi..".
dia mula bercerita.
Tiba-tiba saya meletakkan beg yang di trolinya.

"tumpang sekejap ya..".
saya tahu dia terkejut.
tetapi saya mahu kami cepat mesra.
dengan cara begitu.
ehh..

"penatlah..lagi-lagi rindu dengan orang rumah..".
Saya senyum.
Alasan yang terbaik.

"kerja di sana gaji murah..tetapi dekat dengan orang tua".
saya angguk.
betul.
murah.
1/3 dari gaji di sini.
itu agakan saya sahaja.
saya juga tidak pasti berapa gajinya sebenar.

"kerja dimana?"
saya bertanya.
sejuk semakin berkurang.
waktu subuh sudah masuk.
seharusnya saya beredar.
ahh..

"kilang NESTLE..".
patutlah macam-macam makanan jenama NESTLE di beg nya.

"ini nestum yang tidak di jual...peking tidak sempurna..".
Dia seperti perasan gerakan mata saya ke arah bungkusan nestum yang besar itu.
saya senyum.

"murah ya?".
Saya mencari soalan mengelat sebenarnya.

"a'ah kak..murah..".
Perbualan kami mula melebar.

dia mula tidak segan berborak-borak.
sehinggalah kepada masalah yang menghentikan nawaitunya untuk belajar.
dia mempunyai masalah dokumen.
pengajiannya hanya sehingga di tingkatan 2.
Dia memperolehi kad penduduk tetap baru 3 bulan yang lepas.

"takdir dik.."
saya tahu. Cerita itu berat.
Namun,kesudiannya bercerita seperti sengaja memberi satu ketumbukan kepada saya.
kepada pemimpin Islam yang lain.
kepada sesiapa yang berpeluang belajar ke peringkat lebih tinggi.

"alhamdulillah...insyaAllah tidak lama lagi MYKAD kan".
saya sebenarnya ingin mengundurkan diri.

"aminnn kak".
dari lirih bahasanya itu. Itu adalah cita-cita yang diidam sejak dulu.

"jom gi solat dik..Subuh dah mau tamat..".Hehe. Saya sengaja memberikan senyuman nakal.
Dia senyum.
Dan dia statik.
dan tunduk.

saya mengira sehingga 5 di dalam hati.
dia masih seperti itu.

"cuti ya..?".
dia tidak menjawab.
Saya mengambil beg dan bergerak meninggalkan dia.
kesian dia
dan kesian saya.
saya mampu menarik untuk dia bercerita.
Tetapi tidak mampu menarik dia untuk sama-sama bersolat di subuh itu.

semoga saya akan bertemu dia lagi.
saya harus malu.

mengajak orang lain menunaikan tanggungjawab bukan sesenang mengajak orang lain berborak tentang dunia.

bukan senang mahu senang.