Showing posts with label Bayi 18 bulan- 1Tahun 6 Bulan. Show all posts
Showing posts with label Bayi 18 bulan- 1Tahun 6 Bulan. Show all posts

14 January 2021

perkembangan bayi 18 bulan -- Perkembangan baby 1tahun 6 bulan (BAHASA DAN KOMUNIKASI)

 bismillah.

.

untuk perkembangan bayi 18 bulan, bagi SOSIAL DAN EMOSI, saya ada tulis  secara asas di SINI.

mari kita periksa untuk perkembangan bahagian komunikasi dan berbahasa. Ini pun perkara yang kita mesti ambil tahu dalam melihat sejauh mana perkembangan budak itu.

.

B. BAHASA DAN KOMUNIKASI

ini contoh bahasa dalam English, dalam bahasa kita pun lebih kurang, berpandukan benda yang selalu budak ini nampak dan pegang, mungkin.


1. Budak dah mampu sebut beberapa perkataan. Perkataan itu seketul-ketul. Misalnya dalam video INI  Budah comel Albita ni dah pandai sebut benda-benda yang dia selalu nampak dan pegang...misalnya remote TV, kucing, bola, dan nama -nama orang lain yang mungkin dia selalu hadap seharian.

kredit gambar SINI

ok, untuk mengasah kemahiran berbahasa yang mudah. Boleh kita tanya, anggota badan budak. Kaki, tangan, mulut, kepala, rambut. Ada juga yang rajin dah mula bagi alat mainan dan sebut setiap masa nama alat itu. SYARAT utama, tentulah kita sendiri menyebut perkataan itu dengan bahasa yang BETUL dan tepat.

.

apa yang utama, budak faham.

.

ada yang sudah galakkan gunakan sign language sebagai teknik berkomunikasi. Ini cantik sebenarnya, mereka akan serap kemahiran berbahasa dan menggerakkan tangan sebagai tanda berkomunikasi.


paling utama, budak tidak kecewa bila bahasanya dapat difahami.
- bagi kekuatan hubungan antara  mak ayah dan budak
- bagi peluang budak itu belajar 'bercakap' sebelum bercakap dengan betul dan orang boleh faham.
- boleh memperbanyakkan perkataan yang bermakna

.

2. Boleh angguk dan menggeleng, sebagai tanya 'ya' dan 'tidak'.

boleh tengok video INI.

- untuk perihal kepada boleh angguk-angguk dan geleng-geleng ni, ada juga petanda lain yang menunjukkan budak 'berkomunikasi',yang bukan semata 'ya' 'tidak'. Nanti, kita bincang perihal angguk-angguk dan geleng kepala ni.

.

3. Boleh tunjukkan barang yang dimahu, kepada orang lain.




.


13 January 2021

perkembangan bayi 18 bulan -- Perkembangan baby 1tahun 6 bulan (SOSIAL DAN EMOSI)

 bismillah.

.

.

Oleh kerana ada kajian dibuat, yang kata usia 18bulan, autisme boleh dikesan. Cara untuk mengesan, langah awalnya, kerana ada budak yang pada usia ini, mereka tidak dapat capai tahap itu. Bukan vf  semata-mata fikir BMI anak. Hal yang harus kita cakna ialah ciri-ciri yang sepatutnya budak itu kuasai dari beberapa aspek. 

ok, aspek ini hanya berbentuk umum ya..untuk lebih faham, tentulah mereka yang hari-hari jumpa benda ni. Mereka yang terpaksa telan kenapa perlu dipelajari yang benda yang perlu dipelajari, dan benda yang tidak perlu. Berbeza dengan orang awam, kita hanya mahu belajar benda yang kita rasa kita 'mahu', dan sangatlah jarang mahu belajar benda yang 'perlu' dipelajari.

.

ok, next. Perkembangan budak di usia ini ada beberapa bahagian.

.

A. SOSIAL DAN EMOSI

1. Suka bagi barang dan ambil barang kepada kita atau orang lain, sebagai tanda dia sedang bermain dengan kita.



kredit gambar : Solis Images

perbuatan ini nampak remeh, namun ia adalah kayu ukur untuk tahu budak tahu otak budak sedang digunakan. Budak ini sedang membuat satu petanda atau skema, sebagaimana menurut Piaget (1952).

Skema apa tu. sejenis pengetahuan tentang 'sesuatu'.

i. Skema, tentang sensimotor budak sedang membangun

-sensimotor merujuk kepada motor kasar dan motor halus.

.

2. Kemungkinan ada sifat pemarah dan buat perangai

- budak kan sedang mengenal dunia, mereka cuba 'deal' perasaan yang mereka mula dapat rasakan. Misalnya, bila 'frust' sebab keinginan untuk main sesuatu tidak tercapai, bagaimana budak urus perasaan itu. Sudah pasti ada deal dengan cara 'marah' atau hempas barang dan menangis sambil memukul, atau tidak mahu disentuh. Pokok pangkal, buat perangai yang biasa kita nampak. Ala selalu kita nampak. Malah, mungkin perangai ni boleh nampak jugalah pada orang dewasa ni. Bukan main kalau orang dewasa, bila dia kena hon sikit, sebab memandu slow sambil bawa fon...dia punya amukan...kalau bukan tunjuk jari tengah, dia kejar orang yang hon tu...ehhhh , melalut dah ke dunia orang dewasa.

.

3. Kemungkinan ada perasaan takut atau tidak selesa dengan orang asing.

biasa budak yang 24 jam duduk dengan mak misalnya. Senang boleh nampak perangai ni. Orang nak pegang, dia tidak senang.

.

4. Mudah menunjukkan kasih sayang kepada orang orang yang budak tu biasa

misalnya, mak ayah dia atau penjaga dia. Ini mungkin juga kerana budak rasa selamat dan selesa

.

thank CDC
.

untuk penerangan hal 2,3 dan 4 ..kita boleh tengok di sini.. video ni pendek, dan berbaloi kalau kita tengok, 2minit yang berfaedah,  gitu...



.
5. Bermain dengan meniru perbuatan atau bunyian.
.
boleh tengok sini
budak boleh meniru kita. Misalnya seorang ibu yang menyusukan bayi.



kredit gambar:pinterest  :  
Patricia Törngren
.
6. Budak itu akan lebih manja kepada penjaga dia dalam situasi yang baru untuk budak  itu.


kredit gambar SINI


7. Suka menunjuk sesuatu yang baru kepada kita
.

fasa ni banyak benda yang kita kena prihatin apa yang ditunjuk. Benda tu biasa bagi kita, tapi untuk budak ni, dia rasa itu adalah sesuatu yang menarik dan baru dia tahu kewujudannya.

8. Suka explore berseorangan, tapi ibu ayah mesti rapat dengan budak pula...


nampak gaya kenalah mendekat dengan budak, jika nak bagi banyak explore...kena teman dia, biar budak rasa selamat untuk terus mencuba sesuatu yang baru bagi mereka.

Jepun 23

 bismillah. Ya sebenarnya tadi tu, SS jalan-jalan sebab dia menyiasat... saya pula layan Ainul di tingkat atas, sebab situ saja ada tempat d...