24 August 2011

Ijok,Kuala Selangor

sejak duduk Kuala Selangor ni.Rasa bagai hidup di kampung juga.Cuma bezanya orang disini kebanyakan senang sikit.Sebab tu ramai budak-budak umur belasan tahun sudah lincah bawa motor.Ada juga yang buat ala-ala rempit itu.Ishh..

alhamdulillah, duduk di kawasan ni,adala sedikit pengisian-pengisian jiwa, kebanyakan dapat daripada hadir di masjid-masjid.Lagi-lagi bulan ramadhan yang mulia ini.

Sejak Zauji berkawan dengan orang kuat Dr Dzul,ada juga beberapa kali menyertai 'majlis tazkirah' Dr. Cuma sedikit kurang puas hati, bila Dr ni bagi tazkirah guna laras 'lecture' dia.Mesti payah nak dekat dengan hati. Apapun usaha Dr sebagai MP Kuala Selangor,memang jauh beda dengan Datuk Bung Muktar, MP Kinabatangan yang memang saya tidak pernah jumpa menjadi 'pentazkirah'.

Paling lucu.Bila 'menjoin' solat witir di sebuah surau di kawasan perumahan yang terletak di dalam kampung.Rasanya kawasan orang-orang sederhana. Bila saja habis tarawih, semua macik-macik makmum, dalam 10 orang gitu, pakat senyum-senyum salam tangan saya dan memeluk. Tidak lama kemudian sambil-sambil dengan Dr Dzul bagi tazkirah pasa psikologi ramadhan, seorang macik menegur.
"datang dengan YB ka?"
Aduh..indak pasal-pasal.Mungkin sebab saya yang agak muda, kebetulan muka baru,disangka begitu

Keadaaan surau taman itu agak usang,tapi jauh lagi bagus banding dengan Masjid Al-Muhajirin kampung saya yang selalu mengumpul banyak duit sumbangan itu.

Satu ketika, ketika saya memang agak lembik diwaktu petang, zauji mengajak berbuka puasa diluar.Katanya di kampung.YB mahu bagi sumbangan kepada orang kampung agaknya.Saya memang agak malas bersiap dalam keadaan lembek.

Sampai-sampai saja, ingatkan di masjid, tapi rupanya di kawasan pejabat.Siap ada khemah,dan katering. Teringat majlis berbuka puasa yang saban tahun diadakan oleh PERKIM Kebangsaan.

Sudahlah sampai agak lewat.Pulak dijemput duduk dengan 'macik-macik', termasuk isteri Dr.Dzul.Rupanya saya duduk di meja VIP.

Walau baru duduk berhijrah di sini.Rindu kampung sendiri mesti selalu terasa. Walau Baik mana pun wakil rayat di sini.




09 August 2011

si Cute 15 minggu

Tepat pukul 9 kami sampai klinik.
Alahai lamainya mama-mama dan papa-papa.
mesti kena tunggu lama la lagu ni.

paling dikesiankan zauji la.Mesti lewat masuk kerja dia kasi'na.Saya dah poning-poning sebab kurang titoq.Dia pun sama.Tapi atas dasar kerja,dia pun dapat menyiapkan beberapa kerja sambil-sambil menunggu-nunggu saya chek urin&darah.Kira keja jugaklah,walaupun indak masuk opisnya.

Punyalah lama nunggu.Dalam termual-mual.Ada juga rasa mau muntah.Tengok telatah beberapa budak-budak yang belum lurus cakap.Tidak mau ditimbangla.Menangisla.macam-macam dorang ni.

Sampai pukul 11.20 baru nomor dipanggil.Dr mau scan untuk tetapkan due datenya.Maklumlah saya yang tidak ingat tarikh period.Indak pasal-pasal kena scan 3 kali baru tau.InsyaAllah dalam bulan Januari 2012.InsyaAllah.

Comel tengok bila di scan.
Dr cakap tengok tu..pala dia,besaq dari abdomen.
Tu tangan kaki dia,tu tangan dia.
Dr ukur-ukur semuanya berdasarkan gambar-gambar.
dia cakap ikutlah due sama macam yang sebulan lebih lepas.

Zauji pun mesti berbung-bunga hati,macam saya.Walaupun dia terpaksa masuk keja mengalahkan TNC yang kecoh-kecoh di TV tu.

9 masuk klinik.11.35 baru keluar.itu baru urusan bulanan seorang ibu janin.

04 August 2011

Ramadhan Ke 4

petang ini mendung.Hujan sejak tengahari tadi.
patotla rasa enak saja tidor.

sejak mual dan mestinya rasa mau muntah ini.Ubat yang mujarab tetapi tidak sihat tentulah tidurrr.

semalam muntah juga.kemarin pun.dan sebelum-sebelum ini.dengan sahur sambil mengenyit-ngeyit mata makan kurma.tiba disiang hari.muntah tanpa kesian.kesiann diaa..

itulah namanya hidup.Kalau Allah rasa kita mampu.Maka itulah Allah uji.Moga ini hadiah untuk mengubati diri.Aminn.

Setelah Masjid Shah Alam,Masjid Hasanah Bangi,Masjid Kampung. Mau juga terus merasa nikmat berjemaah di masjid itu.

MASTER Pendidikan Awal Kanak-Kanak

salam. ramai tanya, camana eh nak sambung belajar dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak? soalan kan, nampak mudah. ok, saya share pengalam...