Showing posts with label duhai hati... Show all posts
Showing posts with label duhai hati... Show all posts

23 August 2010

heart ambulance

yang manis itu indah.
dikenang boleh menangis.
dilupakan jauh sekali.

yang pahit itu derita,
dikenang menambah luka,
dilupakan,mungkin bukan mudah.

wahai pemilik hati,
sudahkah engkau bersangka-sangka baik kepada penciptaMu?.

dalam hidup,
dunia mana yang sepi dengan tangisan?.
sepi dengan derita?.

wahai pemilik hati yang selalu derita..
sudahkah engkau berdekat-dekat dengan sangkaan baik-baik?

sukarnya engkau bersangka baik dengan manusia..
mungkin juga sukarnya engkau bersangka-sangka baik dengan PenciptaMu..

engkau mahu itu..
dan mustahil engkau mahu ini..

wahai si pemilik hati,
pernahkah engkau menunding-nunding salah itu berpunca darimu?



salah itu bukan lagi pemilik si anu,si itu,si dia..
sukarnya menunding ke arah sini..
si pemilik hati sendiri..

wahai si pemilik hati,
sudahkah hati itu diberikan cas-cas jiwa?

sering saja wajah berkerut seribu..
kerana tertindih dengan timbunan cabaran dan masalah,
kerana mungkin juga sedang kalah dengan pandangan mata..
sehingga sering merasa sakit dengan si itu,si ini, si sana, si sini..

wahai si pemilik hati..
semua itu bermula dengan hati..
kerana mungkin hati sudah tercedera..
sehingga kabur menilai,
terpedaya dengan pandangan mata yang selalu menipu..

lupa memanggil pomen,
untuk membaiki kerosakan-kerosakan tidak dirancang,
atau terlupa bagaimana cara memanggil ambulans hati..

wahai pemilik hati,
ambulans hati yang selalu mengelilingi,
melingkari di setiap inci diri..

ada masa bertemu dan berkenal-kenalan denganya..

26 July 2010

bebelan penawar

Apa aku mau dari kamu.
Aku mau kamu sayangkan aku.
pasal aku.
Aku...aku..
aku mau kau tahu..
ada waktu aku begitu sepi..
walau sekelilingku sibuk sedamai pasar malam


.

ah..
aku mahu kamu tahu..
kamu sentiasa ada dalam hati ini..
bayangan kamu selalu menjengah di dalam doa..
aku mahu kamu tahu..
aku juga mahu menyanyagi kamu..
lebih daripada kamu menyanyangi aku..
(harap2 betul)


ah..
kamu cuma..
cuma..mahu aku kisah pasal mu..
mahu aku tahu kondisi kamu..
mahu aku senang dengan kamu..

kamu..
kamu..
aku terlupa..
aku hanya ingin menjadi terbaik untuk kamu..
walau air mata ini pernah menitis untuk kamu..
cara kamu..
bahasa kamu..
mengoyak hati aku yang semakin nipis..

aku terlalu bodoh kerana memilih kamu menjadi pendampingku..
atau aku terlalu bodoh kerana menginginkan semua itu dari kamu..
aku..
aku cuma mahu..hidupku di dunia ini ada warnanya..
ada kisahnya..
ahh..kenapa perlunya semua itu?..
aku manusia biasa yang mahu berteman..

silapku mengharapa tanpa memberi..
memberi kerana mengharap..

"Ya Allah tolong aku..supaya apa jua yang aku lakukan semuanya keranaMu..bukan kerana dia.. bukan kerana sesiapa.. maafkan aku.. Ya Allah..maafkan dia..maafkanlah semua orang-orang yang pernah memberi padaku..mengharap padaku..menyakitiku..membiarkan aku.."

(bicara untuk teman-temanku yang selalu membikin aku bahagia)

23 April 2010

terima kasih bijaksana

terima kasih.
Kamu.
Yang membikin.
aku berfikir tentang kamu.Berfikir tentang diri.

Mencari kelemahan bukan untuk kembali lemah,
kamu,biarkan aku,
mencari kamu,
disaat aku sedang biul,
disaat otakku sedang marak,aku ajak dan ajar supaya aku sentiasa mencari kamu,

tapi,
aku sudah penat mencari kamu..
letih menyusun pesimis yang sering menembak tepat,
letih membina kalungan jiwa yang kebal,
mungkin aku termakan dengan ayat-ayat kamu yang pedas bagai cili,
atau mungkin aku sedang belajar,
bahawa kamu hanya ada hanya untuk sedetik,

biarkan aku disini,
berkeloborasi dengan spirit yang masih bersisa,
aku bukan benci,
mungkin cuma sudah letih,
mencari,
dan menjejak kamu,
kamu dekat,tetapi selalu jauh,

rehatku bukan selesa,
kerana bayang-bayang kamu mencucuk memori nakal dalam tawa,
ah..
puisi ku selalu melanggar bahasa jiwa bangsa.
aku selalu ada untuk kamu,
walau kamu,
tidak melihatnya.


ahh..karektor CINTA di dalam AADC sudah mendesak jariku mencoret.
Terima kasih bijakasana.
Kerana selalu ada untuk aku.




ku lari ke hutan kemudian menyanyiku
Kulari ke pantai kemudian teriakku
Sepi sepi dan sendiri

Aku benci
Aku ngin bingar
Aku mau di pasar
Bosan aku dengan penat

Dan enyah saja kau pekat
Seperti berjelaga jika ku sendiri
Pecahkan saja gelasnya
Biar ramai
Biar mengaduh sampai gaduh

Ah...ada malaikat menyulam
Jaring laba-laba belang
Di tembok keraton putih
Kenapa tak goyangkan saja loncengnya
Biar terdera
Atau aku harus lari ke hutan
Belok ke pantai .........


(~sedang berkira-kira membedah puisi AADC)

24 October 2009

sangka-sangka



kongsi2!
Saya, (bukan nama sebenar).
...........................



"eiiii....ko ni....lambat pick up..".

"pekak apa budak ni...dah berkali cakap..masih tidak faham"

"eeee...dahlah tidak cantik..lembab pulak"

Ini bukan ayat.Ini bisikan hati. Mujur tidak di dengar oleh saya. Cuma terdetik dihati saya, inilah yang sedang difikirkan. Kerana, cara saya yang diluar kebiasaan bertanya. Berkali-kali saya meminta penerangan tentang subjek yang saya langsung tidak faham.

Salahkah saya berfikir begitu..?
Saya tahu, ketarbatasan pemahaman saya, memaksa saya perlu menebalkan muka untuk bertanya.
Daripada riak muka, saya mentafsir begini.
Mungkin dalam situasi yang lain, saya akan terus berfikir sesuatu yang negatif terhadap orang lain.


betul-betul ini gambar hiasan


Saya tahu, inilah bisikan syaitan untuk mengajak saya menjadi temannya. Bestfriendnya.


NO!. Saya takut. Saya tidak mahu!

Saya tahu, saya bukan manusia yang baik. Apatah lagi untuk mengelak diri dari bersangka buruk dengan orang lain.
Sakit melawan kehendak nafsu ini.

Tetapi..jika ia sudah dibiasakan, rasanya tidak menjadi masalah.
Sebagai contoh jika saya perlu berjalan kaki untuk ke sekolah. Pada permulaanya, sungguh saya akan penat.
Tetapi jika inilah rutin harian saya,
lama kelamaan ia menjadi sesuatu yang biasa.



Lalu Islam mengajar umatnya.
Allah berfirman yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka
memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” Q.S Al-Hujuraat : 12





Setelah melihat keindahan ayat-ayat Allah ini.
Betapa CANTIKNYA garis panduan yang disediakan oleh PENCIPTA kita.
Betapa DIA menjaga setiap detik bisikan dan langkah kita HAMBANYA di alam sementara ini.
Tinggal kita sahaja untuk kita memilih.







........................
nota I:
~be husnuzon. Tetapi bukan untuk musuh-musuh Islam yang nyata.

02 May 2009

ketika Dia menjadi ilham..

DIA sedikit cengkung.
hanya dua sebab dia berkeadaan begitu.
mungkin makannya sering tidak cukup. Atau mungkin teramat aktif. Bergelumang nota-nota atau sering mengeluarkan peluh.

nadanya perlahan. Persoalan diaju.
DIA hanya senyum. Seperti senyuman pahit. Ahhh... sukarnya menilai apa yang tersirat.
Hanya mampu menilai yang tersurat.

DIA mahu bercerita. Tetapi masa sering kali mencemburui. Lalu hanya cerita kosong yang menemani. Mungkin juga DIA benci melihat emosi lemah.

Ahhh.. Berbezanya Adam dan Hawa.
Emosi seorang wanita memang lebih dari seorang lelaki.

Hanya melihat sudah mengalirkan air mata.
Bertahanlah..
Dirinya bagai betul-betul dipaksa untuk berlagak selamba. Seperti lagu OAG..'slumber'.




DIA masih disisi walau georafi memisahkan.
Itulah tubuhnya. Secengkung mukanya.
Rambutnya juga mengikuti riak mukanya

Berlagaklah... Kerana DIA tidak mungkin mampu meluahkan keluhannya.

Moga itulah menjadi batu loncatan untuk DIA terus bertahan.
Bermunajat kepada Khaliq.
Dan menjadi penghalang untuk DIA kalah pada kondisi dirinya.




DIA melambai sambil mempamerkan matanya yang letih.
moga letihnya dicatat oleh malaikat yang setia sebagai saham di alam yang lain.

"aku bukan seperti mereka". DIA masih berkeras.

Hidayah milikNya. Usaha Hak kita..


26 April 2009

paksaan menangis..





"setiap yang hidup pasti akan merasai mati.." (quran said)

............................................


kerana kubur telah memanggil lebih dari berjuta kali..


"70 kali sehari"
setahun?
...........


kepada yang kematian kekasih..paksalah diri berhenti menangis..kerana Allah takdirkan jodohmu..bukan untuk dirinya







kepada yang kematian ibu, bapa, adik beradik, sanak saudara.. paksalah dirimu berhenti menangis..kerana Allah takdirkan 'mereka'lah sempadan diri..











kepada yang bakal merasai MATI..paksalah diri menangis..kerana mungkin itu juga membantu MENCUCI HATI..










15 February 2009

sykrn Rabb memberikan nikmat air mata..




Resah..
yg ku ubah dlm kata
melukiskan ksunyian
tanpa ENGKAU aku tak mgerti..




Meski...
Bagi itu indah
Tapi,
Akan sunyi tanpaMu
Menemani aku… sepi
Tanpa.. cintaMu aku resah
Tanpa... kasihMu aku hampa
Tanpa.. diriMu aku mati


Tanpa ..cintaMu aku resah
Tanpa ..kasihMu aku hampa
Tanpa ..diriMu aku mati
Ini…
Benar2 kurasakan
Dlm relung hatiku
tanpaMu.. aku tak mngerti...



TAKUT..

aku jauh dari diriMu dah Kau tingglkan aku sendiri
TanpaMu... aku mati

Resah...yang aku ubah dlm kata..
melukiskan kesunyian


tanpa Engkau

aku tak mengerti
tanpa cintaMu aku resah

tanpa kasihMu aku hampa

05 February 2009

keranamu ku jadi begini...


Forum Perdana yang mempersembahkan beberapa panel hebat; Ust. Wan Sohor Bani Leman.. Dr. Hayati...dan tidak ketinggalan ARTIS sensasi ABBY Abdi...dibiarkan sekejap..








hampir seluruh akbar perdana menyiarkan berita yang sama..




"PAKATAN TUMBANG".

lalu, hati yang berjiwa 'rakyat' ini masam mencuka.
Jiwa membentak. Mahu mengoyak2 semua akbar yang menyiarkan.

Berapa lama aku harus tertipu???


Dulu...

"jangan ambil kos undang2......kaki kiri di neraka, kaki kanan di syurga".


Tapi, kini?


"jadi wartawan pun tak selamat... salah siar berita...siar yg betul..editor tolak...JAWABlah di akhirat nnti.. "

Mujur Allah mengizinkan kaki berada di bumi Bangi..

"mata sudah dibuka...boleh menilai mana kaca..mana permata".


Jiwa berkecamuk. Mungkin sedikit BENGANG dgn ayat kecil di bawah skrin TV#.

"Sultan Perak arah MB Perak letak jawatan..."

Mudahnya.

"berhati2...". Hati mengingatkan.




"ya Allah sejahterahkanlah negaraku...pemimpinmu yang ingin menunaikan syariatMu...Jangan biarkan keamanan yang dikecapi ini diROBEK oleh musuh2Mu yang sejak dahulu menunggu2 saatnya bertindak..

"....sejahterakanlah para Raja-raja kami yang MAHU menjaga kedudukan bangsa yang menjadi terus terpelihara...dan tidak hilang di muka bumiMu...."




01 February 2009

Sedikit rasa......

Sejak 12 Jan until 30 Jan...

masa seperti hya untuk berjalan, berfikir dan mentafsir..

Kuliah 3 minggu ditingglkan..






KL ke Bangi begitu dekat..

Keretapi Tanah Melayu dan Rapid KL bagai 'kamceng' baru..

Kisah nama yang tiada dalam senarai sejak awal sudah menganggu ruang saraf otak..

Kuliah yang tertinggal menyesakkan 'barakah'..


antara itu syukur sekali..Allah mentakdirkan 3 orang 'mahaguru' yang seolah2 menerima takdir itu biasa2..

Paling merisaukan 'hidrogeomofologi'..
entah apa benda ...tup tup...terus ke 'fieldwork'..


ke PEKAN.. CHINI..
pengalaman seribu kepenatan..

bukan tidak pernah berjemur..
tapi,
berjemur sejak 10 - 4 petang..mana tidaknya wajah yang sememangnya 'gelita' bertambah 'jelita..

bagai nak rak belakang..

dari ilmu yang kosong...tangan perlu mengira..mencatat..

syukur ketua kumpulan tidak emosi..


tidur pukul 3 pagi bagai perkara biasa..

penat berjalan sebelum ini, bagai tidak berlaku..

kaki perlu memijak pantai yang panass..entah berapa darjah celcius.

ombak yang ganas..sesedap rasa memukul badan yang sememangnya 'sihat' tahap GABAN..



27 Jan..

baru sebentar menutupkan mata di bas berwrna BIRU dan PUTIH..

'packing' perlu dilakukan..

walau penat dan segan..tgn digagahkan menaip 'msj'..

semua beralasan..

kaki rdha..

Batu 9?..

kalau di Bukit Garam mungkin tiada masalah..tapi disini?

jam menghampiri maghrib..

mana U40?

"uncle...saya nak turun di....."
"ok.."

Biasa sahaja bicara jurupandu memakai serban Singh menjawab.

Di luar sudah gelap.

Arah tuju masih kabur.

"ok...adik..."
"tengkiu uncle". Kaki menuruni bas.

Malam yang gelap.

'tunggu...akak on the way..'.

"macam pernah ke sini.."hati berbisik.

"perempuan tak baik jalan malam". Terdengar ayat2 larangan orang2 tua.

"ya Allah tolong jadikan aku IKHLAS.." segunung pengharapan di dambakan.

kaki direhatkan sambil menghirup air coklat Dutch Lady. Nyaman.

'jam mo dkt isyak sudah ni..'

MP4 ditelinga diMKSIMUMkan.

"kalau nak tumpang solat...sbb waktu dah nak abis..........."
"err..kedai tgh renobet...."

Haru. Trpksa dsmpurnakn dlm duduk.

Tiba malam. Wah Somot,Ar,kak Snti konco,Rita,Syle,Nur...beberapa yang lain menerpa.

"wah ramai peminat..." SUA cuba menegur. Walau badan letih tahap UNGGU, tapi HATI bahagia.

"tu..akh.. ada". Kak tu cuba bermain.

"knapa kak?.." Hah. Dia sengih.

'tenanglah HATI'. Hati memujuk diri.

"bersolek kah?" si Amira bertanya.

Ni semua angkara Pantai.

byk cerita walau hya 3 hari. Moga Allah mengikhlaskan.

30 JAN..

'ALUMNI?...' Tahu diri bukan tergolong disitu.

'datang atas dasar 'ahli..'. Aytnya menyentak.

"tolong IKHLASkan ya Rabb".

Walau diri disitu, tapi hati melayang ke Bangi..

"macamana...?"
"sibuk kat situ.."
"wei marilah bantu.."

Entah berapa patah ayat mengnggu. Sahabat yang malu dan meluah.
huhu...

"ni baru cibai2...". Memang itulah REALITInya.

1 FEB.

"syukr sgt...dah settle." Mereka meluah.
"tak cukup tido 2 ari ni..nnt nak toup.."
"esok kuiz..nak jawab apa?"

'laporan bila nak atr?'

Berjejer ayat dilontar di merata bumi.

'........hah..gan limau mandarin sekali...'.

Biar betul insan ini.

teringat ayatnya.

'nanti ku belikan..'.

Memang tidak tergolong dalam geng 'munafik'..

"Ya Allah byk perlu ku catat. Tapi takut jiwa tidak kuat..".

Hati meratap sayu.

"Ikhlaskan aku, mereka...siapa sahaja yang melakukan perkara untuk redhaMu ya RABB"









Jepun 23

 bismillah. Ya sebenarnya tadi tu, SS jalan-jalan sebab dia menyiasat... saya pula layan Ainul di tingkat atas, sebab situ saja ada tempat d...