Showing posts with label FUJI. Show all posts
Showing posts with label FUJI. Show all posts

20 September 2025

Jepun 17

lepas meninggalkan bumi Fuji Milk Land dengan penuh kesayuan..

seterusnya, ialah tapak viral tengok gunung Fuji!


hehe. Ini Idea SS ni, aku tiada kuasa mau bangkang. Sebab macam menarik juga.

dan satu lagi situ dekat Masjid!

Hari  ini Jumaat!.


tapi kita juga terganggu sedikit, mau kesana atau terus fokus ke Yuzawa. Risau jammed. Jumaat petang kan. Kita kalau Jumaat petang keluar KL tu boleh tahan. Ni kita, ibarat keluar KL la nanti.


setelah sesat dan terlepas beberapa simpang, kami sampai juga titik viral ni.. hahah. Puncak Fuji tidak nampak, yang kami sampai ialah simpang 4!

kami tertipu dengan pin pada maps.

itulah risiko terpengaruh dengan viral viral...keh keh.


lepas ni marilah kita pi masjid. Masjid sebelah kiri. Dah jelas nampak. Tapi parking kena belok sebelah kanan. Sekali lagi kami terlepas simpang parking.

Rezekinya, mau cari tempat letak kereta berdekatan, selepas sekali lagi terlepas mau buat pusing U-turn, akhirnya kita berpeluang mengelilingi tasik. Punca semua ni sebab tempat yang lalu ni kecil sahaja. Sampai kita hilang fokus.

dapat naik jambatan yang membelah tasik terkenal ni, rezeki rupanya. Anak-anak ada yang terlelap. Yang tidak terlelap dapatlah terkagum kagum. Kagum sebab sekarang kita berada di atas jambatan! hehe. Tasik yang terbesar ni, memang tumpuan rupanya. Yang kami pula sebenarnya mencari ruang untuk buat pusingan-U!. Kredit Google. Gambar 2015, banyak perbezaan berlaku. Tapi jambatan dia tetap sama!. ada ruang tepi untuk jalan kaki, memancing mungkin...


macam best pula memancing sambil bakar-bakar ikan. hehe. Mesti sini aa tapak camping... ya Allah, lain macam impian kita ni.

hujung sana satu, ada terowong, sebelum terowong ada ruang untuk keluar jambatan, dan tempat tempat viral. Boleh kata memang ambil kesempatan la cipta apa-apa yang boleh buat orang luar datang..


ada nampak bas yang bawa orang. ni kalau dapat 2 hari, dapat round semua tempat, eh 1 hari pun sudah cukup. Boleh tengok  SINI!

sini ni, tiada kereta sewa, tetap bebas boleh explore semua tempat pun. Itulah kelebihan negara maju. Jalan raya adalah nyawa dan nadi.

.

.

lepas pusing, marilah kita menuju ke tujuan asal.

Singgah ziarah dan mengutip hikmah


Masjid yang terletak di deretan pusat komersil. Hebat Muslim ini. biasa yang semangat juang tinggi ini adalah mereka dari Indonesia. Nampak dari senarai AJK pun ramai dari negara Indonesia. 


skebetulan rezeki sampai sahaja, azan Asar berkumandang.

macam biasa tandas yang ada paip ni, akan bermasalah.Sumbat. Agaknya terlalu ramai berwudhu dengan air melimpah limpah.

Info dekat anak-anak, wudhu air jimat. Tengok kesian AJK Masjid kena bersihkan sisa perangai orang wudhu ni.

minta stranger ambilkan gambar kami. Lepas solat, singgah luar masjid tu, makan. Ada kedai makan. Makan, nasi goreng kari Jepun. Sedap. Mau ramen Jepun. Tapi tiada. makan, macam biasa, kongsi. Lepas makan kena cepat keluar. Orang lain mau masuk. Kan sana meja kerusi terhad. Sebelah masjid ada main baseball macam selalu kita nampak dalam drama. Masukkan duit, boleh pukul sekuatnya. Kalau ada masa, memang kena try game ni. Sayang kami kena cepat bergerak ke Utara!

.

Balik tu dapatlah nampak banyak sahaja hotel, hostel, rumah ala homestay di sekitar tepi jalan. Tinggi kesabaran penduduk setempat situ hadap ramai pelancong datang.


Singgah sekejap supermarket tepi jalan, SS beli jacket. Dia turun sorang saja. Kalau ramai-ramai berjam kita nanti dalam tu. Murah murah sahaja jaket tanpa jenama ni. Berbanding beli bundle di negara kita...hehe.. lepas ni kalau mau shopping baik pi supermarket sahaja. Walau ramai orang syor kedai gempak sana sini, rasanya untuk menikmati hidup, tengoklah penduduk sana, yang sama level dengan kita. Mereka pun ada tempat membeli belah...ehh.

.

yang sedih, dalam kita sibuk round ni, kita terganggu dengan kucing kita yang hilang di Malaysia. SS bagi kita sedar, sedih macamana pun, kita bukan boleh balik sekarang cari dia!.


perlahan lahan fokus tujuan kita datang.


Mata kantuk tapi sayang kalau tutup. Banyak pemandangan yang indah, yang kita mungkin tidak akan nampak lepas ni. Melainkan Allah izin datang lagi..


Balik ni kita naik ikut maps sahaja. Ada banyak jalan untuk ke utara ni.


Kita lalui lebuh raya sama. Cuma akan connect lebuh lain untuk sampai tujuan.

Lebuh Chuo Line ni, kita akan lalui banyak terowong. Teringat buku Geo dulu, betapa Jepun ni melobangkan gunung ganang untuk membuat jalan raya. Terowong mereka ada pendek, ada panjangggg...

Mesti menjadi rakyat Jepun kagum di dalam stress, sebab rekod kerja nenek moyang mereka ni, power. Setakat berbangga atok nenek power, harus berbangga mempertahankan sekali...waduh kerja berat.


perjalanan petang yang sayu ke utara, menuju kawasan yang bersalji


sama saja lebuh raya kita. cuma tiada tol yang kena perlahankan kenderaan tu. Satu lagi lebuh ni, terkenal kerana lebuhraya yang lebih mahal...rezeki la, dapat naik jalan ni. Kalau kita jenis rajin servay, ermmm...memang tidaklah akan naik lebuh ni...hihi


jajan sakana, yang kita beli di Fuji Milk Land. Ni patut beli banyak, anak-anak suka.



 

17 September 2025

Jepun 16

 bismillah.


Lepas kita sarapan, mandi, kemas-kemas. Makanan yang banyak, tidak dapat habiskan, kita tapau. Kita mahu chek out dah. Sebab kita mahu ke tempat yang sahih ada salji.

Gunung Fuji ni, ada salji kalau turun salji, kalau tidak turun, salji betapuk di kawasan hutan hutan sahaja.

anak-anak kena kerah, kena marah, haha. Jadi ketua begitulah, semua kita mau kawal. Itu yang senang mau marah, malah gagal menahan diri dari marah-marah.

Umy sini, kurang marah-marah, sebab umy turun pangkat jadi penolong sahaja... hihi.

.
umy jenis tidak kisah makan, dengan makanan yang berterabur. Sebab umy dah banyak kali buat, makan dengan baik tanpa tumpah-tumpah. Yang stress, umy juga. Makan tidak terasa, kemas tidak kelihatan.

Baik umy fokus makan sahaja. Lepas makan kita kemas sama-sama.

tidak payah bazir masa marah-marah, makanan sedap jadi kelat di leher.

.
Lepas kemas, rasa sayu pula tinggalkan rumah ni..


.
lepas hantar kunci. Marilah kita pi kedai depan ni. Dengan adanya image translate, memang betul-betul membantu.

Umy roaming Digi sahaja. Dapatlah guna internet.


lepa round semua kedai. Kedai-kedai dia kecil sahaja kan. Ada jual pop corn, kopi, ada kedai makan, ada jual kek. Umy beli yang diyakini halal. Termasuk ais krim. senang sahaja tanya, dalam aiskirm ni ada alkohol? ada sumber haiwan?. Kalau tiada, insyaAllah halal.



sebelum tu parking dulu kawasan depan ni. Masa ni masih tidak ramai lagi orang.

lupa abi beli apa ni, rasanya bukan makanan. Kredit kamera Fath

inilah aiskrim. ada 2 pilihan, strawberi atau coklat. Anak ni, tidak suka coklat. Kredit, Fath


abi siap call kawan dia, untuk sahkan halal ais krim ni.. hehe.

ikutlah abi. Janji puas hati

Makan ais krim dibawah matahari terik, tapi sejuk beku...heheh. pengalaman.

lepas makan, marilah kita teruskan perjalanan.

ambil la gambar banyak-banyak, buat kenangan

hai anak satu ni, sebab kena paksa ambil gambar, malas. Tapi kena juga..haha...maka kaki ayam sajalah. Sejuk tapi yalah....





ini kamera dia rosak, hai kecewa betul kita. Pinjam kamera Fath. Belakang sana tu bangunan ladang juga kot, banyak juga ladang sini. Termasuk ladang tinggal. 


puding ni sedap dan manis! kredit Fath.

masa ni ,tengah terik. Ramai dah orang pulang dari beriadah. Kebanyakan berkumpulan. Orang dewasa dan berusia. Budak tidak nampak. Kalau negara kita, jam begini alhamdulliah ramai orang dan banyak budak. Beza betul negara yang bermasalah angka kelahiran ni...huhu

ini ada sign kamera. Kami tidak singgah, Main snap sahaja

Jalan sini, jalan lama, jalan semalam 

sayu tengok. Sebab lepas ni, tidak dapat nampak dari dekat macam ni.

sayu , dalam masa yang sama teruja untuk stesen seterusnya... begitulah hidup, istimewa indah pun , kalau untuk menikmati yang lain, harus juga tinggalkan ia... mustahil kita dapat menikmati Yuzawa, tanpa meninggalkan Fuji ini....




16 September 2025

Jepun 15

bismillah.

Tips travel. Apa-apa hal tidur awal dan kena bangun awal. Inilah paling mencabar, sebab yang semalam punya penat belum diubati lagi. kena berpenat lagi.

.
lepas Subuh, semua kena kerah keluar rumah. Hehe

Semalam kita masih rasa berada dalam mimpi, kepala belum lurus lagi. Urat otak belum tersusun.

Apapun alasan. Lepas bangun, semua kena keluar...!

.
ada beberapa orang juga mengisi rumah penginapan. untuk rumah kami, kiri kanan kosong. Syukur banyak-banyak. 

Kita ni risau. Walau anak-anak dipaksa tidur awal... hai banyak lagi aktiviti naik turun tangga mereka itu.

Rumah kayu, mestilah bunyi jelas..



bangun pagi, minum air panas sahajala. Keluar begini. Menggigil. Minta anak test. Berapa lama air panas ni sejuk..hehe.

 .

masuk balik pakai yang ok sikit. Kita mahu menikmati sejuk beku ini. 

anak-anak tanya mana salji??..


haha. Salji kan macam hujan, ada waktu dia turun ada waktu tidak. Jadi, nasib kita disini, salji tidak turun, mungkin malam sebelum turun. Anak-anak pun kecewa,,



semua kesejukan tapi dipaksa berjalan. 

ini padang ragut. padang yang berembun. Embun dia beku. Bolehlah bikin rasa-rasa.


kita mahu sarapan lepas round-round padang. Mesti jiran tau kami ni hahaha...yalah mereka masih senyap sunyi, walau semalam ada dengar suara kanak-kanak juga.





15 September 2025

JEPUN 13

bismillah.

Bila kita ke tempat yang susah jumpa masjid. Mula-mula itu akan rasa berat. Bukan sebab kita ni orang masjid. Tapi dia ada rasa hati yang paling dalam.

NILAI pada tempat itu, rasa kekurangan.

eh 

Rasa kalau di negara kita, sunyi mana jalan, kampung itu atau apapun yang ada orang. Bila nampak masjid, kita akan rasa tempat itu HIDUP.

tapi, jalan Mt Fuji Panorama, dia rasa HIDUP dengan tengok gunung besar gedabak itu. Rasa BESARNYA KUASA ALLAH NI!

dulu pernah naik bas dari KK lalui Gunung Kinabalu, terkebil-kebil kita tengok besarnya gunung itu, bila dekat.

Bezanya gunung ni, kita lalu jalan di kaki gunung.

.
.
Walau SS sudah info, dalam group untuk hal-hal Jepun yang kami buat. Tetap tidak tertarik hati mau menengok atau mencari cari maklumat. Rasa dah bukan kita yang urus, kita nikmati saja nanti, bila sampai... begitulah...ala-ala suprise-kan diri sendiri...hi hi.

.
jadi, bila sampai sahaja di penginapa kedua kami itu. Fuji Milk Land, rasa teruja la.
selain sign dia yang biasa, tentu kerana dia terletak di kaki gunung!

ooh patutlah kawan SS syorkan tempat ni. SS kata kawan tu membesar di bumi Nihon. Dari ijazah 1, sampai 2, kemudian 3, siap buat kerja juga di bumi ini. Jadi, kalau dia syorkan, kira betul-betul la...begitulah alasanya.

yala.. yala.

.
cuma satu ni, Gunung tu cantik bila jelas. Bila berawan, jadi tidak nampak puncak. Biasa orang yang datang ke kawasan sini dalam tempoh pendek, mereka akan berharap penuh biarlah masa datang tu gunung tu nampak jelas.

di penginapan ini, na...full blast la nampak, dari petang ke malam. Kejap puncak di tutup awan, kejap jelas.
.
.
apapun sampai sahaja. Terus luruskan tulang-tulang. Yang solat, solat sama-sama, 4 rakaat sahaja, jamak dan qasar kan. Besar hadiah orang musafir ni.

bagi peluang rehatkan diri. Umy sibuk rakam dulu. Taulah ada anak-anak lincah dan aktif ni. Kena rakam bilik semua sebelum apa-apa. Tangga ni ni memang curam ya..seram juga mula-mula turun.


penginapan ini ada semua. Dapur, bilik mandi, tandas, mesin basuh, pengering!, alat main, diluar itu ada alat pembakar. Hailah, kalau 3 hari duduk sini, memang akan guna bakar-bakar tu. trep rajin la...

Rasanya 10 dewasa cukup. Walau tidaklah besar mana. Ada tilam nipis dibawah tangga, rasanya ada 4 atau 5. Ada 4 katil single untuk 2 bilik. Setiap bilik ada pemanas. Sejuk beku kan.

Masa kami dibawah ni, hanya buka pemanas dibawah. Memang tidak memanaskan sangat. Tapi untuk Ainul, ok. Dia pun mesti terkejut. Kita ni orang dewasa, sejuk beku juga, tapi banyak berjalan, panas sikit. Anak-anak lain, hemmm...mereka bukan kisah dimana berada, kalau ada mainan, kita main dulu....ada alasan buat berentem nanti.

Umy ada bawa makanan kan.. itulah penyelamat isi perut.
sini roti kira halal. Tiada sumber haiwan, tiada alkohol. Walau tiada cop halal...huhu.

.
cadangan SS banyak ya, sementera tunggu waktu malam. Tapi kita hanya manusia kan...

marilah kita menikmati apa sahaja yang dapat dicapai dari sini.

anak-anak mau main tempat main situ padang depan. Rupanya jam 5 tutup sudah. Ah kami lambat pula...

sudah dikempiskan balik.

Lepas tu ada teropong untuk zoom puncak gunung. Sayang, mau guna kena masukkan duit. Alaaaaa...kami tiada duit.

petang, bila musim salji ni, awal malam. biasa pukul 6.30 malam. ni belum pukul 5 kot dah gelap. Kredit, kamera Fath

ini pula pemandangan sebelah belakang, ada gunung ganang. Tapi sebab dia tidak punya sajli di puncak, dia tidaklah popular macam Gunung Fuji. Aneh juga kan. Musim salji , tapi tiada salji melimpah dipuncak.

Bulan penuh masa ni, sudah jelas

ambil banyak letak sahajalah



marilah kita siap-siap. kejap lagi mahu ke kawasan bandar. Situ ada Jusco. Mesti banyak barang makanan boleh dapat  situ.



09 September 2025

jepun 12

 bismillah.

Akhirnya, sampai tempat di tuju. Fuji Milk Land.

walau SS ada bagitau nama tempat ni dari awal, sebelum bertolak. Tetap tidak berminat mahu tahu. Yang pernah hadap perasaan di abaikan dengan idea sendiri, mungkin tahu kenapa ada sampai level kita ni, tidak kisah apa yang berlaku, hanya follow the flow.


aku dah cakap, bila sampai Tokyo nanti, kita harus pergi tempat yang anak-anak kenal. Tokyo mereka tahu bandar besar. Tapi Gunung Fuji lebih popular. Dan kami pun pernah sampai area kaki gunung itu 2014 dulu.

sesuatu yang tidak lengkap untuk dirasai.


walaupun 2014 itu kita zero pengalaman berjalann di negara asing, tapi kita gembira kerana kita tahu kita boleh!

Bila ingat kembali 2014 itu lagi lucu, sebab hampir semua pelajar Malaysia sana boleh cakap, tidak boleh ke Gunung Fuji kalau tiada kereta.


Bukan semua orang Jepun ada kereta kan?.


Maka, kami berani kan diri ke Fuji dengan menaiki kereta api. Mustahil tiada kenderaan awam untuk sampai sana.





2014 punya kamera. Canggih habis da

macik dan anaknya cuba swafoto bersama gunung Fuji yang dilitupi awan. Masa ni musim luruh.


ni hah...rezeki kami. Budak Indonesia,...namnaya Gari...sebab orang Jepun tidak pandai sebut L...dia kata dia belajar sekolah Tinggi area sini.

dia bawa kami ke tempat dia main bola setiap petang.

di halaman tokong ni

masa ni SS menyirap habis, aku ni asyik swafoto....kah kah

ni tasik kecil mengalir di kawasan tokong

makcik ni gigih swafoto... air belakang tu dari Gunung Fuji

diaaa ada...akhirnya namoak gunung tu, setelah terpeleot pinggang swafoto. Masa ni belum berani minta orang asing ambilkan gambar...suatu yang tidak patut berlaku bila kita pergi negara orang yang dikenali dengan perangai jujur.

Abam Fath yang penat didukung abi. Kesian abi terpaksa latihan angkat berat sepanjang kami di kaki gunung ini.


..

kembali kepada Fujimilk Land!

Penginapan di dalam ladang, tepi jalan. Dan buka tingkap akan hadap Fuji. Sebesar mata. Memang terjojol mata kita tengok gunung itu.


Ni kalau meletus, risiko tu 99.99%. 


Oleh kerana terjojol biji mata, kita lupa ni kita ni penat. Bukan....bukan.


kita mesti harus ingat, setiap saat adalah berharga!




gambar morning briskwalk, dihadapan penginapan. Semua kena paksa bangun untuk tengok ais atas rumput yang mati, eh mematikan diri dimusim salji.

04 January 2018

ke Gunung Fuji dari Toyohashi

lepas lebih 2 minggu duduk Sanbongi-Cho, Toyohashi nun.
kita pun, boleh adapt dengan suasana disini.
Kawasan perumahan Sanbongi-Cho ni pun boleh tau, hadam dimana kedudukan pasar kunjungan lokal, taman utama, taman permainan..ya itu paling utama.
ya semua dengan bantuan Google Map.
apa yang disitu...sebijik dengan yang dinampak..adalah seketul dua yang menambah.

Jadi hari jumaat itu SS kata dia cuti.
Kawan-kawan semua jalan ntah kemana merayap.
jadi, cadangan mau ke Gunung Fuji!

yeehaa.

sebab kekurangan maklumat dan memang tiada kot orang tulis cara ke Gunung Fuji dari Toyohashi ni..di ruangan sosial atas talian.
I memang jadi blurr dan ..berhuhu.

I told SS, mesti ada cara ni...
laluan Shinkansen dari Tokyo kan ada lalu sini untuk ke Osaka.

terus..
ya.

pepagi I dah muncul di situ.
malam sebelum tu
SS singgah rumah. Main dengan anak.
last bas, barulah dia balik hotel di bandar Toyohashi ni.

I gatai jak nak bawa anak pi hotel penginapan diorang tu...kira hotel depa duduk tu lah yang tercanggih disitu.
cuma risau Fath ni menganggu orang bilik lain. hee
kan material dinding hotel diorang ni jenis suara sebelah, atas luar semua boleh dengar dengan baik dan sempurna.

Pagi bangun awal tu.
terus naik bas lah kita.
bas dia senang. naik dari pintu belakang tu... ambil tiket di mesin dekat pintu..dan duduklah. Mudah cara naik bas Jepun ni.


Hotel diorang menginap memang dalam Stesen Toyahashi tu kan.
dan di bawah tu ada mall Jusco tu.
harga barang situ memang label marhaen jugalah.
terutama barang makanan.
jadi, bercadang mau beli makanan disitu dan bawa sekali.

barangan lain pun samalah....murah ok. Lagi kalau musim mau bertukar.
brand Jepun tu lah.
syukurlah bukan selera poket kita.
jadi, selamat dari terjebak dan menjebakkan diri.


ya SS bagi kamera dia.
kita banyakkan gambar dalam SD dia.

ala...comelnya dahi Fath ni.

sampai jak dibawah bangunan ni..ala-ala KL Central...
kita naik dan terus intai kedai Jusco bahagian makanan tu macam tengah kemas-kemas, sedia untuk dibuka.

sebab awal lagi.
kita duduk jaklah tunggu SS siap.
ke dia pi breakfast dalam hotel tu..
lupa .......


SS kurang berkenan dengan kaedah I yang beli makanan di mall ni.
hee. Macam dia rasa makanan situ kurang segar etc. I jak kebulur makanan macam seafood bergoreng tuuu.

dah siap..mari kita gerak. Gerak pi kaunter tiket dan tanya camana mau ke Fuji dari Toyohashi ni.




ya..masalah utama ialah komunikasi.
dan masalah utama kami ialah, kami 1st travel pi tempat orang.
padahal kan... boleh jak kita ambil peta dan biarkan staff kaunter tolong tuliskan di situ.

Alhamdulillah.
meh kita menerbang dengan Shinkansen.
hee.
keretapi laju ni ada kelas juga.
kalau kelas marhaen..sila tunggu dikawasannya. ada platform tu.

tapi, kalau tersalah pun..bukan satu kesalahan besar.
enjoy you mistake....terimalah hee



i is sangat kepenatan mengurus budak comel dua ketul.
eh tidak berdosa ya memuji anak sendiri comel.
yang berdosa puji anak sendiri comel dan merendahkan anak orang lain...gitu mufti Maje membuat hukum.
kopiah tu, tujuan dia menahan kesejukan juga ya.


Gigihnya dia ni ambil gambar. Kita tengah membuta pun diambil.
kejut kan bagus.
biar menikmati pemandangan yang indah dan entah bila boleh nampak lagi.


scane padi ni biasa.
sebelum winter..padi ni kena menguning.
jadi boleh dipotong.
dan winter nanti, tanah tu akan kesejukan dan siap untuk ditanam next musim lagi..
sedap aku membuat rancangan padi...
padahal tiada kepastian bab tu.




i rasa ni sudah melepasi Sizuoka sebab jambatan ni ..
ah I mamai masa ni.

peta banyak di stesen tu..kami kutip dan cuba baca.


penat dan penat
ahhh.
sayangnya penat telah membuat I terlolap banyak.

dalam Shinkansen ada jual-jual macam kapal terbang tu.
boleh bawa bekal.
makan bento sendiri.

kerusi tu boleh pusing.





mata dah segar sikit...kita pula ambil gambar muka sebesar alam.

comelnya rambut Waafa, hidup segan gituuu


jarak Toyohashi ke sini jauh ala KL JB kot...
sebab keretapi laju..jadi kuranglah 3 jam boleh sampai.
kah dalam 2 jam..eh lupa I

Jepun 23

 bismillah. Ya sebenarnya tadi tu, SS jalan-jalan sebab dia menyiasat... saya pula layan Ainul di tingkat atas, sebab situ saja ada tempat d...