Showing posts with label perkembangan kanak-kanak 2 tahun. Show all posts
Showing posts with label perkembangan kanak-kanak 2 tahun. Show all posts

04 May 2021

Perkembangan Pergerakan dan Fizikal kanak-kanak 2 tahun

 bismillah.

.

sebelum ini, ada tulis tentang perkembangan budak 2 tahun dari aspek sosial dan emosibahasa dan komunikasi dan perkembangan kognitif . Untuk hari ini, kita mahu bedah sikit pasal perkembangan yang sangat penting selain 3 hal tadi, iaitu perkembangan pergerakan dan fizikal anak ini.

.

Perkembangan Pergerakan dan Fizikal 

1. Berdiri dan berjalan dengan jari kaki 

kredit gambar : StocksyUnited

kemampuan berjalan dengan jari jari kaki ini menandakan anak ini mempunyai betis yang kuat. Boleh juga kerana kebiasaan anak ini. Namun, dalam hal tertentu kekerapan berjalan guna cara ini, boleh jadi petanda anak ini ada masalah pada sensori dia. Ini kena periksa dengan lebih mendalam. 

.

2. Boleh tendang bola

ini kemahiran yang anak belajar sejak dalam rahim lagi ya...hee lama diorang latihan kan. Itu petanda anak ini punya refleksi bila nampak bola dikaki. Refleks ni dah mengakar 'rooting refleks' sejak bayi lagi. Petanda baik, bila budak ni boleh sepak bola, ialah mereka dah kuat dekat otot kaki, mampu berlari, melompat..

.

kredit gambar: bondwithkarla.com

3. Mula berlari

Bila dah 2 tahun, dia punya semangat mau berlari tu..padu. Kalau dikejar, lagilah kegembiraan terpamer. Jadi bila 2 tahun kena buat aktiviti berlari ni kerap dan banyak kali dalam sehari. Jangan biarkan duduk diam. Kemahiran ini kena asah...baru sentiasa dikemas kini.

kredit gambar: whattoexpert.com


4. Dapat memanjat naik dan turun daripada benda mudah dipanjat, macam  sofa, tangga , almari dan lain lain tanpa bantuan orang lain,

biasa kalau di kelas yang metod dia guna kaedah bermain, ada ruangan untuk memanjat disediakan. Kalau sekolah itu pula metod nature, ada aktiviti memanjat pokok. hah ...tengok...kenapa ada aktiviti begini wujud kan...bersebab.

kredit gambar: playgroupnsw.org.au

namun begitu,  ada sahaja cara dia untuk mengurangkan kesukaan budak ni memanjat. Antaranya bawa keluar rumah, main dekat taman. Sebab dekat taman tu, ada playground yang akan memerlukan budak ni memanjat...ya...begitu dong.

kredit gambar: sensoryLifeStyle.com

sebab itu, jika orang yang pasang benda alah mainan di taman, sejenis peka...memang mereka akan sediakan taman yang membolehkan budak memanjat

.

.

5. Dapat naik tangga dan turun tangga sambil memegang

budak umur ni dah hebat koordinasi mata dan kaki  tangan. Ada budak yang memang sengaja di ajar naik turun tangga ni, Sebab ini kan alah satu kemahiran yang diperlukan oleh budak ini. Jadi, jangan gelabah kalau 2 tahun, tapi tidak dapat kemahiran ini. Tapi, jangan biarkan pula...ia penting.

.

kredit gambar: bog.dinopt.com

.

6. Boleh campak bola guna tangan

sebab otot bahu, jari jemari dah kuat....itu yang budak dah mampu kuasai kemahiran ini. Lagi utama budak ni dah belajar mencampak barang lain kan.

.

kredit gambar : xunbin pan

.

7.  Budak dah boleh melukis bentuk bulat dan garisan

ini tengok kemampuan motor halus masa pegang pen atau pensel. Juga kemampuan  faham arahan. Masa umur ni, kalau cari buku...boleh cari yang sambungkan dot dot tu... sebab budak usia ni dah layak ada kemahiran membuat bulatan dan garisan. boleh sudah ajar melukis. 

biasanya, dinding lah jadi mangsa..kita kena bijaklah bab ni...mereka cuma menunjukkan bakat kan...


kredit gambar: howwemontesorri.com


24 March 2021

Perkembangan kanak-kanak 2 tahun

 

bismillah.
hari ini kita kenali perkara  yang berkaitan dengan perkembangan kognitif (pembelajaran,pemikiran,  penyelesaian masalah) kanak-kanak di usia 2 tahun.
.
perkembangan kognitif  kanak-kanak 2 tahun.

.

1. Budak umur ni dah boleh temui benda yang tersembunyi, atau terlindung  dengan dua atau tiga penghadang atau penghalang



kredit gambar: cdc. gov.com

budak usia ni sedang menajamkan kemahiran berfikir dan melihat yang selama ini didedahkan. Teringat Madia ni, biasa memang akan tanya mana remote. Terkadang benda itu letak merata juga. Akan  nampaklah Madia akan jumpa. Sebab dia pun boleh agak tempat yang berkemungkinan benda itu diletak. 
.
kadang juga sembunyikan benda di tempat agak tersorok. Budak ni boleh faham dah benda tu ada disitu, cuma tidak pasti dimana, melainkan benda itu budak ni nampak kita sembunyikan.
ada waktu sengaja minta ambil sesuatu benda yang agak jauh dan tersembunyi, bila tidak jumpa. Ulang lagi bagitahu. Memang akan jumpa... jadi, itu petanda budak ni dah capai tahap normal yang perlu dikuasai mereka.
.
2. Dah mula bezakan bentuk dan warna
hah...biasa kita nampak benda-benda toys ni ada jenis yang bentuk bentuk dan ada yang jenis barwarna tertentu, mainan untuk budak 2 tahun ni perlukan bentuk yang pelbagai. Biasa yang juara dalam permainan budak ni Fisher Price lah...memang ada ada asas dan keperluan permainan yang mereka jual.

kredit gambar: fisher price  LAZADA

yang tukang copy produk mereka ni kurang peduli falsafah disebalik mainan ni, tu yang ada benarnya. Tidak semua mainan sesuai dibuat main. Selain bahan yang digunakan, yang buat mahal..sebab mainan diorang ni dibuat bukan sekadar mainan. 
.
kadang jumpa preloved Frice Price ni harga masih mahal dari yang baru copy punya.  Fahamlah kita, penjual pun mahu buat untung mereka, dengan kos-kos yang mereka keluarkan.
.
eh melalut pasal lain sudah kita ni..
.
nak ceritanya budak 2 tahun ni dah boleh bezakan bentuk, kerana sejak seawal usia diorang dah didedahkan dengan bermacam-macam bentuk. Ada juga yang mak ayah dah dedahkan sentuh dan budak usia awal tu dengan aneka jenis mainan yang ada bentuk ni. Jadi bila dah usia 2 tahun, budak ni dah mampu kenal dah. Kalau bagi jenis bentuk dan warna budak ni kenal dah. 
.
Tapi, kalau yang kita tidak dedahkan seawal usia. Jangan kecewa, manfaatkan kemahiran budak ni dengan ajar bentuk bentuk dan warna. Sebab usia ni emas ok.

walau masih ada pemahaman yang 'asyik main' saja budak ni. Hah...tengok apa yang dimain tu. Usia ni memang MAIN lah cara diorang belajar. Bukan duduk melanguk tengok youtube semata itu.... 


kredit gambar: cdc.gov.com


3. Boleh lengkapkan perkataan dan rima dalam buku yang budak ni biasa dibacakan bersama

kredit video : youtube cdc.gov.com


4. Boleh bermain make-believe 
walau budak ni 2 tahun mereka dah boleh tiru watak  dengan main ni, misalnya main cikgu cikgu, main anak patung,main apa-apa pun pekerjaan yang boleh dilihat oleh  budak ini. Misalnya, budak ni tiru barista buat kopi.

kredit gambar: notimeforflashcard.com


5. Membina menara dengan permainan blok 
dalam kelas modul montessori kita akan nampak benda benda ini wujud. Kerana benda ni dianggap sesuatu yang sangat membantu banyak hal kepada budak. Untuk budak 2 tahun, boleh susun 4 blok dan nampak stabil. Semakin besar budak tu, semakin banyak dan tinggi bangunan blok yang budak ini boleh buat.

kredit gambar : https://www.howwemontessori.com

ni boleh jumpa di LAZADA



6. kerap gunakan sebelah tangan, berbanding keduanya
boleh tengok masa budak ni tengah memegang sesuatu. Melempar benda.

7. Boleh faham arahan yang mudah. Arahan 2 langkah yang mudah.
contoh, "ambik kasut, pakai ye".
.

8. Boleh menamakan benda atau objek di buku yang dilihat.
masa ni boleh carikan buku-buku yang berkulit tebal.Biasa buku baby memang tebal dan lasak, buku tu bila selalu digunakan. Budak umur ni akan kenal dah apa benda yang kita tunjuk itu.
.
untuk modul Montessori, idea buku diorang pun selain mengenalkan benda atau objek, ia juga bantu budak ini busy. Ya budak 2 tahun ni, jika kita dedahkan awal, kuasa fokus diorang memang terbaik. Dengan buku ni,diorang akan busy habis la..

buku inspirasai Montessori, boleh jumpa di LAZADA






14 March 2021

Perkembangan Kanak-kanak 2 Tahun

Hari itu Tentang sosial Dan Emosi
.
Kali ni tentang Bahasa Dan komunikasi.. iaitu Cara budak ni menunjukkan apa yang dirasa, dimahukan, atau apa apa yang budak ni mahu beritahu, Sama Ada kepada Kita..mahupun kepada orang lain.
..
.
Perkembangan Bahasa Dan komunikasi.
.
oleh kerana budak 2 tahun ini mula dah faham banyak benda, mereka akan menggunakan bahasa untuk berkomunikasi. Misalnya...

1. Boleh tunjuk Dan bagitau benda yang mereka tahu
Budak ni usia ini kan dah kenal benda, dah tahu Nama, jadi bila diorang nak tunjuk.. budak ni boleh sebut Nama. Contoh mana gambar Bola?.
.
kita boleh tunjukkan gambar-gambar benda yang mungkin budak ni suka.. Dari gamabr-gambar itu, budak ni akan  tunjuk pada benda yang budak ni tahu. Misalnya kita tunjuk gambar buah-buahan, budak ni akan tunjuk buah-buahan yang mungkin pernah dimakannya, atau selalu ada dirumah..
.
Untuk Madia, kadang-kadang dia jumpa buku dan akan tunjuk gambar benda yang biasa bagi dia. Macam gambar bola. Dia selalu main bola, jadi  bola terlalu familiar untuk dia. Lain-lain  benda yang saya biasa buat untuk tengok kemahiran dan tahap familiar dia, saya suka tanya mana remote, mana kasut dia..masa sidai kain, saya tanya juga....ni baju siapa... Sebab budak ni stay at home...Dan 98% hanya ahli keluarga dia kenal...jadi budak ni alhamdulillah kenal lah,macam tudung umy dia..baju abi dia..baju abam.
.
2. Kenal anggota badan
ni dah lama kan kenalkan, sambil sambil mandikan...sambil pakaikan pempes..sambil susukan... semua kenalkan masa-masa ber-aktiviti.
.
cuma, ada sesetengah orang gunakan istilah dan bahasa english, walau bahasa seharian bertutur adalah bahasa Melayu. saya tidak pasti apa alasan mereka. Tentunya mereka ada sebab sebab semua itu kan.
.
saya suka sangat  berkongsi kebaikan  menggunakan satu bahasa di dalam kehidupan anak-anak. Saya kongsikan satu huraian tentang kebaikan menggunakan 'home language', dari hasil kajian yang dinilai oleh Resourch Spring 2013 dulu. Tunjuk terlalu banyak kebaikan untuk budak-budak menguasai bahasa harian mereka..
.
kajian tu dorang cuba bongkar beberapa kajian yang diorang dah buat, tentang cabaran ajar English Learning Language. Dan diorang sangat galakkan penguasaan padu 'home language' untuk budak-budak, berbanding awal-awal dah gabung English dalam sebutan harian.
.
diorang buat andaian, seorang budak negara Inggeris datang China....budak tu nak masuk sekolah di China, dalam pada diorang kena belajar semua benda dalam bahasa Mandarin, budak tu perlu juga belajar English... (kepayahan diorang berganda-ganda).
.
Jadi, dengan penguasaan 'home language' yang baik, budak ini akan dapat belajar translate bahasa yang dah sedia master kepada bahasa lain.
.
kurangnya penguasaan bahasa pertama, kerana terlalu awal mengalih bahasa akan menyukarkan kefasihan budak yang aktif tu dalam English. (Goldenberg, 2008).
.
situasi ini merujuk kepada 'home language' yang 1 jenis. Dan keadaan budak yang sentiasa belajar..
.
.
laaaa... jauh kita pusing ya...padahal mau cerita, kalau mau kenalkan anggota badan...molek sangat kalau guna bahasa yang kita gunakan sehari-hari. Misalnya, kalau kita memang menuturkan Bahasa Melayu, kita kenalkan lah dalam bahasa Melayu.
.
banyak saja buku atau poster boleh dapat di kedai buku. Kedai maya pun ada.

kredit gambar:Goodreads.com
dapat anak pertama dulu,ada buku ni...memang kesukaanlah...walau English...kita guna bahasa sahaja...di Lazada ada jual. Tidak pasti la pula yang jual ni original atau tidak...dulu saya beli pun yang buku terpakai...10 tahun buku tu masih boleh pakai,walau dilenjan -_-. Boleh cari di mana-mana plaftform selamat nak beli,
.
poster pun menarik perhatian kanak-kanak. Selain guna cermin
kredit gambar: Lovevery.com



3. Boleh bertutur dengan gabungkan 2 -4 perkataan
ya, kebaikan bila kita selalu borak dengan budak ni secara dua hala... budak ni akan tingkatkan kemahiran berbahasa budak ini. Misalnya... dalam vidoe ni. Faham dah budak ni menjawab.
.
kerana benda ni penting untuk perkembangan bahasa, benda yang suka ulang-ulang tanya,nama anak...atau bila anak buat sesuatu, macam baju dia basah sebab main air, kita cakaplah 'baju basahhh laaa'. Nanti budak ni akan ulang cakap.
.
.
4. Faham arahan mudah
misalanya, kita minta angkat tangan ke atas. Sebut horey!
.
atau, kita bagi bola...minta sepak...
.
.
5. Ulang sebutan sama
hah, sama seperti no.3 di atas. Cuma misalnya kita main sama-sama, kita sebut yeaaa... budak ni pun sebut sama.
.
.
6. Boleh kenal dan tunjuk benda yang budak tahu
biasa di pusat jagaan, gunakan buku. Untuk tahu budak ni boleh ke buat atau tidak.
.
.
kesemua benda ni, asas sahaja. Wajiblah budak umur 2 tahun dapat buat. Jika tidak dapat..kita kena berjaga jaga, sama ada budak itu terhalang oleh kerana kegiatan atau aktivti yang kita bagi sehari-harian tidak membantu, atau ada ketidak upayaan yang selalu menjadi ketakutan ramai mak ayah. Semua ini hanya panduan asas, untuk lebih mendalam...jangan segan menuntut ilmu. Berlambak ilmu di dalam dunia maya...ada dengan pakarnya yang ramai diluar sana. Jangan pakai testimoni orang ..'anak aku lambat cakap....ok je'. ya mungkin anak dia ok, tetapi anak kita bagaimana....?... risau sahaja tidak mendapatkan apapun hasil. Tetapi bertindak, insyaAllah ada hasilnya...walau tidak sebesar mana.

Jepun 23

 bismillah. Ya sebenarnya tadi tu, SS jalan-jalan sebab dia menyiasat... saya pula layan Ainul di tingkat atas, sebab situ saja ada tempat d...