14 March 2021

Perkembangan Kanak-kanak 2 Tahun

Hari itu Tentang sosial Dan Emosi
.
Kali ni tentang Bahasa Dan komunikasi.. iaitu Cara budak ni menunjukkan apa yang dirasa, dimahukan, atau apa apa yang budak ni mahu beritahu, Sama Ada kepada Kita..mahupun kepada orang lain.
..
.
Perkembangan Bahasa Dan komunikasi.
.
oleh kerana budak 2 tahun ini mula dah faham banyak benda, mereka akan menggunakan bahasa untuk berkomunikasi. Misalnya...

1. Boleh tunjuk Dan bagitau benda yang mereka tahu
Budak ni usia ini kan dah kenal benda, dah tahu Nama, jadi bila diorang nak tunjuk.. budak ni boleh sebut Nama. Contoh mana gambar Bola?.
.
kita boleh tunjukkan gambar-gambar benda yang mungkin budak ni suka.. Dari gamabr-gambar itu, budak ni akan  tunjuk pada benda yang budak ni tahu. Misalnya kita tunjuk gambar buah-buahan, budak ni akan tunjuk buah-buahan yang mungkin pernah dimakannya, atau selalu ada dirumah..
.
Untuk Madia, kadang-kadang dia jumpa buku dan akan tunjuk gambar benda yang biasa bagi dia. Macam gambar bola. Dia selalu main bola, jadi  bola terlalu familiar untuk dia. Lain-lain  benda yang saya biasa buat untuk tengok kemahiran dan tahap familiar dia, saya suka tanya mana remote, mana kasut dia..masa sidai kain, saya tanya juga....ni baju siapa... Sebab budak ni stay at home...Dan 98% hanya ahli keluarga dia kenal...jadi budak ni alhamdulillah kenal lah,macam tudung umy dia..baju abi dia..baju abam.
.
2. Kenal anggota badan
ni dah lama kan kenalkan, sambil sambil mandikan...sambil pakaikan pempes..sambil susukan... semua kenalkan masa-masa ber-aktiviti.
.
cuma, ada sesetengah orang gunakan istilah dan bahasa english, walau bahasa seharian bertutur adalah bahasa Melayu. saya tidak pasti apa alasan mereka. Tentunya mereka ada sebab sebab semua itu kan.
.
saya suka sangat  berkongsi kebaikan  menggunakan satu bahasa di dalam kehidupan anak-anak. Saya kongsikan satu huraian tentang kebaikan menggunakan 'home language', dari hasil kajian yang dinilai oleh Resourch Spring 2013 dulu. Tunjuk terlalu banyak kebaikan untuk budak-budak menguasai bahasa harian mereka..
.
kajian tu dorang cuba bongkar beberapa kajian yang diorang dah buat, tentang cabaran ajar English Learning Language. Dan diorang sangat galakkan penguasaan padu 'home language' untuk budak-budak, berbanding awal-awal dah gabung English dalam sebutan harian.
.
diorang buat andaian, seorang budak negara Inggeris datang China....budak tu nak masuk sekolah di China, dalam pada diorang kena belajar semua benda dalam bahasa Mandarin, budak tu perlu juga belajar English... (kepayahan diorang berganda-ganda).
.
Jadi, dengan penguasaan 'home language' yang baik, budak ini akan dapat belajar translate bahasa yang dah sedia master kepada bahasa lain.
.
kurangnya penguasaan bahasa pertama, kerana terlalu awal mengalih bahasa akan menyukarkan kefasihan budak yang aktif tu dalam English. (Goldenberg, 2008).
.
situasi ini merujuk kepada 'home language' yang 1 jenis. Dan keadaan budak yang sentiasa belajar..
.
.
laaaa... jauh kita pusing ya...padahal mau cerita, kalau mau kenalkan anggota badan...molek sangat kalau guna bahasa yang kita gunakan sehari-hari. Misalnya, kalau kita memang menuturkan Bahasa Melayu, kita kenalkan lah dalam bahasa Melayu.
.
banyak saja buku atau poster boleh dapat di kedai buku. Kedai maya pun ada.

kredit gambar:Goodreads.com
dapat anak pertama dulu,ada buku ni...memang kesukaanlah...walau English...kita guna bahasa sahaja...di Lazada ada jual. Tidak pasti la pula yang jual ni original atau tidak...dulu saya beli pun yang buku terpakai...10 tahun buku tu masih boleh pakai,walau dilenjan -_-. Boleh cari di mana-mana plaftform selamat nak beli,
.
poster pun menarik perhatian kanak-kanak. Selain guna cermin
kredit gambar: Lovevery.com



3. Boleh bertutur dengan gabungkan 2 -4 perkataan
ya, kebaikan bila kita selalu borak dengan budak ni secara dua hala... budak ni akan tingkatkan kemahiran berbahasa budak ini. Misalnya... dalam vidoe ni. Faham dah budak ni menjawab.
.
kerana benda ni penting untuk perkembangan bahasa, benda yang suka ulang-ulang tanya,nama anak...atau bila anak buat sesuatu, macam baju dia basah sebab main air, kita cakaplah 'baju basahhh laaa'. Nanti budak ni akan ulang cakap.
.
.
4. Faham arahan mudah
misalanya, kita minta angkat tangan ke atas. Sebut horey!
.
atau, kita bagi bola...minta sepak...
.
.
5. Ulang sebutan sama
hah, sama seperti no.3 di atas. Cuma misalnya kita main sama-sama, kita sebut yeaaa... budak ni pun sebut sama.
.
.
6. Boleh kenal dan tunjuk benda yang budak tahu
biasa di pusat jagaan, gunakan buku. Untuk tahu budak ni boleh ke buat atau tidak.
.
.
kesemua benda ni, asas sahaja. Wajiblah budak umur 2 tahun dapat buat. Jika tidak dapat..kita kena berjaga jaga, sama ada budak itu terhalang oleh kerana kegiatan atau aktivti yang kita bagi sehari-harian tidak membantu, atau ada ketidak upayaan yang selalu menjadi ketakutan ramai mak ayah. Semua ini hanya panduan asas, untuk lebih mendalam...jangan segan menuntut ilmu. Berlambak ilmu di dalam dunia maya...ada dengan pakarnya yang ramai diluar sana. Jangan pakai testimoni orang ..'anak aku lambat cakap....ok je'. ya mungkin anak dia ok, tetapi anak kita bagaimana....?... risau sahaja tidak mendapatkan apapun hasil. Tetapi bertindak, insyaAllah ada hasilnya...walau tidak sebesar mana.