30 August 2015

balik kampung potong rumput!

bismillah.

lepas raya 6 balik tu..
kali ini balik lagi..8 Zulkaedah!

biasa beginilah..tiap bulan balik sekejap..lawat mak. 
mak [un bukan sihat.

biasa hujung minggu balik.
kalau rajin, balik Jumaat malam..balik Ahad

kali ini balik Sabtu petang. Balik Ahad lepas maghrib.

sebab Sabtu pagi ada urusan student baru masuk. Jadi SS kena kerja sekejap. Lawat kawasan jak kot. Tiada OT pun..hek hek.

cadang balik kerja tu...terus go.

tapi pagi tu, sebelum pi kerja sakit perutlah beliau..


Waafa ni memang sukalah tanya memacam..abi pulak rojin layan..
dah sarapan semua.
pi kerja.


yang kami ni..bila dah makan nasik pagi tadi..rasa lapar juga bila tengah hari.
tapi kat rumah lauk dah habis.
sabarlah.

lepas tu pi jemur kain..dengan bunyi eskrim.
apa lagi...ndak sabar.
sekali lambat pulaknya..
mungkin penjual tu round bahagian sana depan.

masa ni..Fath togel jak.
bila kita kata nak eskrim kena pakai baju.
tu diaa pi pilih seluar pendek dan baju lengan panjang di tengah hari.



beli 4..sebab main ambik jak duit..sekali tengok lebih pulak RM4..adalaha beberapa sen lebih..kita bagi jak semua...sedekah dan suppot


balik jak SS..kita ngadu lapar..lapar...
padahal dah makan nasik goreng sarapan pagi tu..
minyak pun dah licin habis.
dia bawa balik ikan bawal dan ikan termenung ka apa tu..
so masaklah kita ikang dan sup sayur bebola sapi bakso baki buat makan-makan masa raya dulu.


lepas makan..SS pulak kata nak rehat sekejap.
yola..lepas pack barang.
akupun rehat sama..terlentang bersama Waafa.

bangun-bangun sebab azan Asar dekat telefon.
terus siap-siap packing dan kemas rumah.

dah solat terus bersiap nak balik..

entah camana,bila ada anak ni..ada saja kerja tambahan..
tengok dah 6.30 masih dekat rumah..

adedeh.

keluar jak..masalah pagar..aku angkat..dengan engsel sekali tercabut.
memanas jak driver kita..
kita tolong tutup pagar..patut bersyukur tu..

singgah sekejap kedai..beli roti dan air kotak.
SS la..kalau aku perut masih kenyang.





wefie kami sungguh..sungguh sebab first time dapat duduk depan balik kampung. Biasa umy duduk belakang sempit-sempit dengan depa. Bila ada car seat baru untuk Fath...terus senanglah..sebelum tu train juga duduk kalau jalan dekat-dekat..kira dah biasa juga naik...sebab Fath belum tinggi...letak bantal bawa tu


terowong ni...biasa orang asal usul sini..memang legend...tapi macam aku ni biasa-biasa saja. :)

sampai Raub..nampak ada jamm sikit. Trafik Chek In...
hemm'

mak koyan mesej, kata tak masak.
haha..
kami pun suka..
sebab selalu rasa bersalah kalau balik lambat begini..mak pulak susah payah masakkan.
tapi mau juga makan kalau dah terhidang :p


esok pagi nampak asam keping ni..
mahal ni kalau beli kat kedai..
ni mak rajin buat, sebab pokok asam belakang rumah banyak buah..

ada juga pembeli tegar..
kalau nak ambik di pokok free..buat sendiri...kupas dan jemur..

asam keping...1 keping dah rasa kemasaman. Memang original asam keping!

bangun-bangun nak air hitam..air milo la tu

pagi tu goreng cekodok bawang sayur..Fath Waafa tak suka makan ada benda asing ni...
patut aku masak pagi tu untuk tengahari..
tapi aku masak pukul 11..memang letih jadinya..
lepas masak dan siap jemur dan sapu rumah dan bilik yang biasa kami tidur tu..
mandi..aduii..

mengantukkkkkkk.
terlelap.

bangun...sambung tido kat bilik..

SS dah terlentang kepenatan sebab pagi tu mesin rumput belakang rumah

Bawa Fath dan Waafa belakang, dah bersiap segala. Tapi SS kat belakang sambung potong rumput yang tinggi sama.

sebelum tu, masa aku tengah tidur..diorang boleh pulak pi kedai.
haha







Budak ni kalau bawa keluar rumah memang gembira.

Lepas tolong kemas-kemas, sapu-sapu belakang ni...kita ambik gambar dulu..sambil tunjuk hidung!

lepas semua tu.
dah nak maghrib.

tadi lagi, mak suruh buka durian yang depa beli masa keluar tadi.
minggu sebelum tu, tanya SS ada jual durian ka dekat-dekat..
nampaknya rezeki ada...
murah pulak tu.
paling penting durian kampung!

lepas solat Maghrib jamak Isyak.
pi kopek durian, mak suruh guna pengopek kelapa...tapi ndak pula aku jumpa.
nampak ada parang kecil..

FIRST TIME! buka durian..sebelum ni...SS jak bukakan..aku just kopek begitu.

makan 3, 1 untuk BIL..sebab dia tak join makan sama. Mak makan juga seulas dua...mak kan diabetik.

balik jak.

SS mengadu tangan lenguh dan sakit.
Badan jarang kerja berat kan.
SS cerita mesin rumput mak dia beli tu harga sekitar RM1k.
sedap pakai...sesuai dengan harga.

mesin rumput kita...RM200++ jak..sesuailah untuk tanah tepi rumah... :)


sambil borak. Jadi tukang urutlah aku yang hensem ni.

masuk Karak...wow jamm..
la jamm dekat Tol Tunai.

suruh SS masuk lorong kanan sekali..sebab kita guna Plusmiles kan.
ragu-ragu SS.

bila dah lalu..baru yakin, memang yang jamm tu kawasan Tunai...sampai buat lorong tambahan.
#beliLah #KadPlusmiles kalau jenis sebulan sekali wajib lalu tol..


tahan mata. Sampai rumah ntah pukul berapa..
tapi memang penat yang amat!..

haha.

sekian.

19 August 2015

mask yang senang dan murah!

mari berkenalan dengan mask!.

ya ini mask yang hemo-hemo...sebab cara pakai sonang amat.

ni Sepet..owner Seqy Beauty.

SAKURA MASK by Seqy Beauty!

5 Step pakai...lepas tu bilas.
pakai tu dalam 15-20 minit.
mau pakai semalaman pun bagus amat. :)


Sebelum saya bercerita panjang tentang Sakura Mask, mari kita ketahui lebih lanjut apa itu Sakura? Pokok/Bunga Sakura amat disukai oleh masyarakat Jepun. Mereka suka rendamkan bunga Sakura dalam air garam dan beberapa lagi campuran lain kerana Sakura kaya dengan antioksidan dan asid caffeic yang mengukuhkan keupayaan badan untuk melawan kerosakan oksidatif.

Sakura memang sudah lama digunakan dalam perubatan dan juga dijadikan bahan utama dalam perlbagai kosmetik.



Sakura Mask adalah gel pelbagai fungsi kerana ianya mengandungi Sakura Plan Extract  dan Snail Extract yang terkenal dengan fungsi melembap, anti-penuaan, mencerahkan, dan juga mempunyai ciri-ciri anti-radang. Beberapa ekstrak tumbuhan juga ditambah untuk hasil yang lebih optimum.

isi kandungan yang membawa 16 kebaikan
testimoni oleh pengguna & blogger fofular. Khaty 

aku baru membuat pembelian ataupun investment haha.
lama dah mahu menjaga keadaan muka yang tidaklah seluas alam ini.
ditambah dengan faktor sendiri merasa hairan dengan kejadian muka sendiri.

dulu, rajin pakai toner. Pakai cuci muka , guna sabun mandi sahaja...bhahah,. student dan kurang mahu tahu.
lepas tu apply toner. Toner ni pakai standard 2 kali 1 hari.
pakai pun toner murah...bila pakai ada rasa angin tuuu..

peduli pun pasal ok ka..mesra kulit ka ..

tapi memang hasilnya kulit ok sikit.
mungkin segala sel mati telah terhapus.
sebagaimana tulisan Mrs Sepet disini..


boleh beli dari saya:

RM110-50g
RM80-3-g

(pos RM5-semenanjung/ RM10- Sabah&Sarawak)

sms/wassap : 0132001504

13 August 2015

29 Ramadhan dan Malam Raya 2015

Dalam hidup ini, kalau kita jenis rajin, Untung
tapi kalau spesis aku ni, yang kadaaaang jak rajin...emmmmph
termasuklah nak menulis dalam blog cap angsa ni....

ni semua dalam draf..
kisah ke Jepun dulu pun berlambak dalam Draf.
puncanya..banyak gambar dari kamera SS, jadi lambat dan malas mau tambah kerja mau kasi pindah.

sebenarnya bosan juga, life gini.
update asyik berkenaan sekitar diri.
tapi...dah nama blog personal kan...nanti-nanti anak aku dah besar..dia boleh baca tulisan umy dia dalam ni.
umyd dia bukanlah mujahidah punn..... pejuang melawan nafsu diri pun kadang saja memang..Selalu tertewas juga.

atau dalam bahasa mudah..kalau umur aku ni tak panjang ka..
ada gak benda yang dapat anak atau cucu aku baca.

Itupun kalau blogspot ni kekal la sampai kiamat nanti.




ni gambar masa 29 Ramadhan
masa ni mak koyan dah sattel buat ketupat palas. Malam sebelum tu, aku pulun bagi habis. Sebab mak koyan gi terawih.

siang tu aku duduk melongo jak.
tesis aku biar bersadai sana..walaupun aku risau aku lupa nak start nanti..tapi jiwa aku peduli apa katanya..

sekarang rasa nyesal setinggi gunung Fuji pun tiada guna.
Rugii.

kalau SS balik Raya Rabu ka..memang boleh jak siap bab 4 tesis tu..boleh.
tapi dia berkobar nak balik Selasa.
jadi dari malam ke petang..kerja aku urus rumah dan dan segala macam.

jadi Selasa tu balik dengan harapan...lepas Raya aku sambung..aku sambung..hati bersih kata...bukan senang nak sambung tuuuuuuuuu kalau dah stopppp :(


Ni tengah hari. Sebab Waafa ni baik sikit perangai. Mai lepak umy layan jiwa kosong sebab puasa tidak...tapi zikir lah apa yang bagi pahala tanpa banyak gerak.


Masa ni abi ada..jarang kan ada..selalu dengan umy jak..mereka semua menempek kat abi. Bila keluar rumah baru mari dekat umy mau BF la tu..buat suara merayu lembut..ni style Wafa yang aku perasan

Petang tu sasaran, memang nak masak jak. Tapi aku ni penyakit kalau kak ipar duai ada di rumah, Segannya nak buka langkah. Padahal lebih 4 tahun pun sudah...hailah..kena berubah ni...mana boleh begini perangai macam hantuuu.


petang tu ipar tengah masak, kami keluar. Tepu juga duduk mencongak jak kan..
dalam hati dah rasa sayunyaaa..Ramadhan nak tinggalkan kita.
Tahun depan boleh jumpa ka juga ni..


Fath ni main sorang jak...semua tidak sanggup main dengan dia. Jenis suka belasah orang. Penat juga kata "jangan buat orang". Tapi itu jugalah yang selalu dibuat :(.
kasihan anak ini. Umy kena toup lagi ilmu ni

masuk jak kereta...terus tu diaaa....lentok
masa tu..SS gi Baazar. Hailah...tahun ni Ramadhan aku tak jejak pun baazar Ramadhan, walaupun ada dekat rumah. Rasa tiada kepentingan.,rasa macam tiada apapun mau dibeli.
dihujung Ramadhan ni..SS jugalah yang pi...sebab Fath tido kan..kami tunggu dalam kereta jaklah.


lepas tu...rasa nak balik jak. Tapi fikir kak ipar ipar semua ada. Depa kot ada sediakan makanan. Kalau aku ada pun. Aku bukan bantu apapun. Hahah...

terus gi lawat kubur arwah abah koyan. Abah ni meninggal mengejut..sakit tiada..
tak sempat pun jumpa.
jadi bila ziarah ni mesti ingat "mati anytime".

kenapa nak melawat Kubur bulan Ramadhan..entahalah...ada pendapat ulama galakkan kita melawat Kubur untuk muhasabah diri.
setakat bacakan 3 Qul, alfatihah dekat mana-mana pun boleh.
Tapi 'rasa' bila lawat kubur dan baca depan tu..lain.. inilah masanya muhasabah diri.

SS tunjuklah kubur kawan sekolah dia yang eksiden motor dan meninggal masa sebelum Ramadhan baru ni.
Hidup kawan tu senang gak.
harta semu tinggalll...

sayu jak rasa.

perasan juga mata SS berkaca-kaca masa ni.

sedih la kan.




sebab dah nak maghrib, jadi bergegas balik juga.
Nampak ada gak beberapa orang ziarah kubur..eh lawat..eh ziarah...
mana-manalah kan..
yang penting bila kita mari kubur..kita perhatikan dan kita muhasabah diri.
jangan pasang macam-macam kat kubur..kerusilah apalah...yang tu bukan untuk kebanggaan.
sunat pun bukan.
tapi ramai jak yang tiles semua tu..:(


.............................................



Lepas balik Kubur terus balik.
Beli buah naga murah.
sedap.

kupas dan hidang.

lepas tu mandi, Berlengas badan.
lagipun tak puasa.
kalau mandi lepas maghrib...ramai pulak nanti.

Tapi...segan pula bila ramai-ramai dah bersila..kita baru siap mandi.
join jaklah..
janganlah nak plastik situ...hahaha.


buah tu ntah dari mana..haha...sebab rambutan ni lah SS telah kecewa di malam raya...HP nya telah mati!
sebab masa Waafa makan buah di pangkuan SS...air rambutan mengalir jatuh dekat hp.
tak banyak pun...
tapi dah nasib Samsung tu...belum sampai setahun dah buat hal..
kecewalah SS


habis buka...aku tolonglah kemas. Iya kan tadi tidak menolong masak pun..ipar masak tempoyak ikan patin..kak ipar buat air koktail..kami beli kuih sikit..dan buah naga.
tu lah menunya.


malam tu..rasanya nilah kot baru dengar pengumuman raya.
seebelum ni...sejak dari duduk UKM mana ada tengok tv kalau nak raya nya.....

kak Ipar petang tu keluar gi shooping dekat Raub. Adalah beli kek ais krim SR ni..
sedap.!

bila tanya harga sebiji tu...terus telan liur!

tapi memang berbaloi..sebab semua dapat makan sampai kenyang.
terutamanya aku ni si pencinta dessert!..hmmm


sebab dah mandi sebelum keluar tadi...jadi baju tu masih pakai la...kebetulan masa iftar jamae tadi Fath tido lena..jadi masa ni emosi masih ok
bila sepupu dia potong kek...

Fath masih perhatikan lagi...masih boleh..

Lepas tu...dia pun mau jugaaaaaaaaa...menangis kalau dilarang...ikut fath ni kek ni dicincangnya :(

08 August 2015

idea- idea untuk Island Table Di Dapur

hai..Salam alaik.

untuk dapur yang kurang luas.

kita boleh gunakan idea Meja Pulau sebagai meja buat kerja dan meja makan sekali!.

paling penting...kita makan pun rasa osem!..lebih nilai dari makan di luar. gituu.


ni antara idea-idea omputeh yang kita google...dan awww...rasa mau bertukang sekarang juga!..

1. Idea renovasi almari atau kabinet  yang telah ada
-ya di rumah ini, ada almari kabinet untuk dapur gas. Walaupun bukan kayu jenis mantap. Tapi masih ok. Kalau letak wall paper, boleh kelihatan masih baru..hihi. Mau dibuang...bunyi nafsu mazmumah betul.

mau bagi orang, agaknya orang pun tak lalu.

jadi idea ini sangat manis!

1. Ni memang idea yang paling jatuh hati tengok.  eiii maunya bertukang segala macam ni...haha

kredit


2. Ni pun bagus juga..... cari papan/pollywood

ini yang sudah siap..bawah tu gambar sebelum kena renovate

kredit
 3. Ini..rasanya tambah tiang jak..cat lawa-lawa..varnish...



 4. Ini buat baru...pakai papan dan beruti. Tapi buku tu kejam juga kalau letak di bawa


 5. Ini idea nanti balik kampung. Panas jak mataku tengok kayu ni macam wooow..






7. Ini pun cantek. Adikku ada buat, tapi dia punya siap letak untuk singki...tapi macam ini lagi mengancam!...kih kih..cuba lagi pai. yang ni siap cat lawa-lawa.




8. ini pon lawa...kena tengok kredit untuk cara dia buat tu...rajin bertukang kalau alat ada.. :)
kredit
9.  Ini pon menawan....

10.yang ni memang siap macam ni...bukan idea menambah baik...best juga ni...tapi macam ndak ngam dengan keadaan rumah kami.
kredit
11. ini macam pagar pun ada...simple..tinggi sikit...tengok kerusi pun boleh agak ketinggiannya..dengan ada anak ni...huh..risau beta




12. ok...yang ini idea kena bawa balik kampung...banyak jak kayu kayan disana aku rasa. :P
kredit


13. Last sekali..tapi ni kena beli baru pulak kan...manyak cantek muka lho!






ok. Sekian idea yang mencuci minda. Mau kuasa visual lebih baik...google jak "Island Table"...macam-macam boleh jumpa.

paling penting. Fikirkan ruang. Bajet.

bye.

MASTER Pendidikan Awal Kanak-Kanak

salam. ramai tanya, camana eh nak sambung belajar dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak? soalan kan, nampak mudah. ok, saya share pengalam...