bismillah.
lepas raya 6 balik tu..
kali ini balik lagi..8 Zulkaedah!
biasa beginilah..tiap bulan balik sekejap..lawat mak.
mak [un bukan sihat.
biasa hujung minggu balik.
kalau rajin, balik Jumaat malam..balik Ahad
kali ini balik Sabtu petang. Balik Ahad lepas maghrib.
sebab Sabtu pagi ada urusan student baru masuk. Jadi SS kena kerja sekejap. Lawat kawasan jak kot. Tiada OT pun..hek hek.
cadang balik kerja tu...terus go.
tapi pagi tu, sebelum pi kerja sakit perutlah beliau..
Waafa ni memang sukalah tanya memacam..abi pulak rojin layan.. |
pi kerja.
yang kami ni..bila dah makan nasik pagi tadi..rasa lapar juga bila tengah hari.
tapi kat rumah lauk dah habis.
sabarlah.
lepas tu pi jemur kain..dengan bunyi eskrim.
apa lagi...ndak sabar.
sekali lambat pulaknya..
mungkin penjual tu round bahagian sana depan.
masa ni..Fath togel jak.
bila kita kata nak eskrim kena pakai baju.
tu diaa pi pilih seluar pendek dan baju lengan panjang di tengah hari.
beli 4..sebab main ambik jak duit..sekali tengok lebih pulak RM4..adalaha beberapa sen lebih..kita bagi jak semua...sedekah dan suppot |
balik jak SS..kita ngadu lapar..lapar...
padahal dah makan nasik goreng sarapan pagi tu..
minyak pun dah licin habis.
dia bawa balik ikan bawal dan ikan termenung ka apa tu..
so masaklah kita ikang dan sup sayur bebola sapi bakso baki buat makan-makan masa raya dulu.
lepas makan..SS pulak kata nak rehat sekejap.
yola..lepas pack barang.
akupun rehat sama..terlentang bersama Waafa.
bangun-bangun sebab azan Asar dekat telefon.
terus siap-siap packing dan kemas rumah.
dah solat terus bersiap nak balik..
entah camana,bila ada anak ni..ada saja kerja tambahan..
tengok dah 6.30 masih dekat rumah..
adedeh.
keluar jak..masalah pagar..aku angkat..dengan engsel sekali tercabut.
memanas jak driver kita..
kita tolong tutup pagar..patut bersyukur tu..
singgah sekejap kedai..beli roti dan air kotak.
SS la..kalau aku perut masih kenyang.
terowong ni...biasa orang asal usul sini..memang legend...tapi macam aku ni biasa-biasa saja. :) |
sampai Raub..nampak ada jamm sikit. Trafik Chek In...
hemm'
mak koyan mesej, kata tak masak.
haha..
kami pun suka..
sebab selalu rasa bersalah kalau balik lambat begini..mak pulak susah payah masakkan.
tapi mau juga makan kalau dah terhidang :p
esok pagi nampak asam keping ni..
mahal ni kalau beli kat kedai..
ni mak rajin buat, sebab pokok asam belakang rumah banyak buah..
ada juga pembeli tegar..
kalau nak ambik di pokok free..buat sendiri...kupas dan jemur..
asam keping...1 keping dah rasa kemasaman. Memang original asam keping! |
bangun-bangun nak air hitam..air milo la tu |
pagi tu goreng cekodok bawang sayur..Fath Waafa tak suka makan ada benda asing ni... |
tapi aku masak pukul 11..memang letih jadinya..
lepas masak dan siap jemur dan sapu rumah dan bilik yang biasa kami tidur tu..
mandi..aduii..
mengantukkkkkkk.
terlelap.
bangun...sambung tido kat bilik..
SS dah terlentang kepenatan sebab pagi tu mesin rumput belakang rumah
Bawa Fath dan Waafa belakang, dah bersiap segala. Tapi SS kat belakang sambung potong rumput yang tinggi sama.
sebelum tu, masa aku tengah tidur..diorang boleh pulak pi kedai.
haha
Budak ni kalau bawa keluar rumah memang gembira. |
Lepas tolong kemas-kemas, sapu-sapu belakang ni...kita ambik gambar dulu..sambil tunjuk hidung! |
lepas semua tu.
dah nak maghrib.
tadi lagi, mak suruh buka durian yang depa beli masa keluar tadi.
minggu sebelum tu, tanya SS ada jual durian ka dekat-dekat..
nampaknya rezeki ada...
murah pulak tu.
paling penting durian kampung!
lepas solat Maghrib jamak Isyak.
pi kopek durian, mak suruh guna pengopek kelapa...tapi ndak pula aku jumpa.
nampak ada parang kecil..
FIRST TIME! buka durian..sebelum ni...SS jak bukakan..aku just kopek begitu.
makan 3, 1 untuk BIL..sebab dia tak join makan sama. Mak makan juga seulas dua...mak kan diabetik. |
balik jak.
SS mengadu tangan lenguh dan sakit.
Badan jarang kerja berat kan.
SS cerita mesin rumput mak dia beli tu harga sekitar RM1k.
sedap pakai...sesuai dengan harga.
mesin rumput kita...RM200++ jak..sesuailah untuk tanah tepi rumah... :)
sambil borak. Jadi tukang urutlah aku yang hensem ni.
masuk Karak...wow jamm..
la jamm dekat Tol Tunai.
suruh SS masuk lorong kanan sekali..sebab kita guna Plusmiles kan.
ragu-ragu SS.
bila dah lalu..baru yakin, memang yang jamm tu kawasan Tunai...sampai buat lorong tambahan.
#beliLah #KadPlusmiles kalau jenis sebulan sekali wajib lalu tol..
tahan mata. Sampai rumah ntah pukul berapa..
tapi memang penat yang amat!..
haha.
sekian.