tapi kalau spesis aku ni, yang kadaaaang jak rajin...emmmmph
termasuklah nak menulis dalam blog cap angsa ni....
ni semua dalam draf..
kisah ke Jepun dulu pun berlambak dalam Draf.
puncanya..banyak gambar dari kamera SS, jadi lambat dan malas mau tambah kerja mau kasi pindah.
sebenarnya bosan juga, life gini.
update asyik berkenaan sekitar diri.
tapi...dah nama blog personal kan...nanti-nanti anak aku dah besar..dia boleh baca tulisan umy dia dalam ni.
umyd dia bukanlah mujahidah punn..... pejuang melawan nafsu diri pun kadang saja memang..Selalu tertewas juga.
atau dalam bahasa mudah..kalau umur aku ni tak panjang ka..
ada gak benda yang dapat anak atau cucu aku baca.
Itupun kalau blogspot ni kekal la sampai kiamat nanti.
ni gambar masa 29 Ramadhan |
siang tu aku duduk melongo jak.
tesis aku biar bersadai sana..walaupun aku risau aku lupa nak start nanti..tapi jiwa aku peduli apa katanya..
sekarang rasa nyesal setinggi gunung Fuji pun tiada guna.
Rugii.
kalau SS balik Raya Rabu ka..memang boleh jak siap bab 4 tesis tu..boleh.
tapi dia berkobar nak balik Selasa.
jadi dari malam ke petang..kerja aku urus rumah dan dan segala macam.
jadi Selasa tu balik dengan harapan...lepas Raya aku sambung..aku sambung..hati bersih kata...bukan senang nak sambung tuuuuuuuuu kalau dah stopppp :(
Ni tengah hari. Sebab Waafa ni baik sikit perangai. Mai lepak umy layan jiwa kosong sebab puasa tidak...tapi zikir lah apa yang bagi pahala tanpa banyak gerak.
Masa ni abi ada..jarang kan ada..selalu dengan umy jak..mereka semua menempek kat abi. Bila keluar rumah baru mari dekat umy mau BF la tu..buat suara merayu lembut..ni style Wafa yang aku perasan |
Petang tu sasaran, memang nak masak jak. Tapi aku ni penyakit kalau kak ipar duai ada di rumah, Segannya nak buka langkah. Padahal lebih 4 tahun pun sudah...hailah..kena berubah ni...mana boleh begini perangai macam hantuuu.
petang tu ipar tengah masak, kami keluar. Tepu juga duduk mencongak jak kan..
dalam hati dah rasa sayunyaaa..Ramadhan nak tinggalkan kita.
Tahun depan boleh jumpa ka juga ni..
masuk jak kereta...terus tu diaaa....lentok |
dihujung Ramadhan ni..SS jugalah yang pi...sebab Fath tido kan..kami tunggu dalam kereta jaklah.
lepas tu...rasa nak balik jak. Tapi fikir kak ipar ipar semua ada. Depa kot ada sediakan makanan. Kalau aku ada pun. Aku bukan bantu apapun. Hahah...
terus gi lawat kubur arwah abah koyan. Abah ni meninggal mengejut..sakit tiada..
tak sempat pun jumpa.
jadi bila ziarah ni mesti ingat "mati anytime".
kenapa nak melawat Kubur bulan Ramadhan..entahalah...ada pendapat ulama galakkan kita melawat Kubur untuk muhasabah diri.
setakat bacakan 3 Qul, alfatihah dekat mana-mana pun boleh.
Tapi 'rasa' bila lawat kubur dan baca depan tu..lain.. inilah masanya muhasabah diri.
SS tunjuklah kubur kawan sekolah dia yang eksiden motor dan meninggal masa sebelum Ramadhan baru ni.
Hidup kawan tu senang gak.
harta semu tinggalll...
sayu jak rasa.
perasan juga mata SS berkaca-kaca masa ni.
sedih la kan.
sebab dah nak maghrib, jadi bergegas balik juga.
Nampak ada gak beberapa orang ziarah kubur..eh lawat..eh ziarah...
mana-manalah kan..
yang penting bila kita mari kubur..kita perhatikan dan kita muhasabah diri.
jangan pasang macam-macam kat kubur..kerusilah apalah...yang tu bukan untuk kebanggaan.
sunat pun bukan.
tapi ramai jak yang tiles semua tu..:(
.............................................
Lepas balik Kubur terus balik.
Beli buah naga murah.
sedap.
kupas dan hidang.
lepas tu mandi, Berlengas badan.
lagipun tak puasa.
kalau mandi lepas maghrib...ramai pulak nanti.
Tapi...segan pula bila ramai-ramai dah bersila..kita baru siap mandi.
join jaklah..
janganlah nak plastik situ...hahaha.
habis buka...aku tolonglah kemas. Iya kan tadi tidak menolong masak pun..ipar masak tempoyak ikan patin..kak ipar buat air koktail..kami beli kuih sikit..dan buah naga.
tu lah menunya.
malam tu..rasanya nilah kot baru dengar pengumuman raya.
seebelum ni...sejak dari duduk UKM mana ada tengok tv kalau nak raya nya.....
kak Ipar petang tu keluar gi shooping dekat Raub. Adalah beli kek ais krim SR ni..
sedap.!
bila tanya harga sebiji tu...terus telan liur!
tapi memang berbaloi..sebab semua dapat makan sampai kenyang.
terutamanya aku ni si pencinta dessert!..hmmm
sebab dah mandi sebelum keluar tadi...jadi baju tu masih pakai la...kebetulan masa iftar jamae tadi Fath tido lena..jadi masa ni emosi masih ok |
bila sepupu dia potong kek... |
Fath masih perhatikan lagi...masih boleh.. |
Lepas tu...dia pun mau jugaaaaaaaaa...menangis kalau dilarang...ikut fath ni kek ni dicincangnya :( |