28 March 2018

PENGINAPAN KEDUA- HARI KEEMPAT


sambungan dari sini..


hari keempat ni.30 September 2016..hari jumaat.
aku dah ready tempah penginapan lain.
alasannya banyak, kenapa pindah randah ni..
walau
sebenarnya. kami sendiri tidak tahu dimana kedudukan rumah ni

tapi yang bestnya..punca utama, sebab kita punya itinerary ialah melawat univeristi, zoo dan lain-lain aktiviti esoknya tu. disekitar penginapan itulah...
.

sebelum tu aku ada tempah dan mesej host dalam Airbnb untuk tempah penginapan. dan diorang minta cas lebih sebab ada anak kan...jadi anak kena duduk dalam katil yang lain.
.
dan fikir-fikir, takpalah, kita cancel.
maka aku cari penginapan lain yang lebih murah dan..kalau tiada barulah kita balik semula dengan host tu.
..
inilah leceh bab travel ni, penginapan kena awal.
kalau lambat harga naik..
dan emmm..
sangat tidak best untuk persediaan mental.
.

kami naik train saja,
kami dah interview dengan pacik di stesen bas,
di kaunter train..
.
semua kata kami kena naik train dan turun di stesen tu.
.
untung buddy kita, sebab dia akan tanya sampai dia yakin.
kalau aku, bajet jak lebih..
padahal kan..manatau pun dan ragu-ragu.






naik train, ke bahagian bawah sungai Swan tu,
akan lalu Stadium Perth..
emm...akan naiklah saham Perth ni
.
train dia agak panjang.
sebab singgah singgah jadi,
banyak peluang cuci mata.
memang nampak bezalah suasana...
sebab kita menjauhi kawasan CBD.
.
sampai jak...
nampak eh macam suasana tempat kita jak..
.
kebetulan angin pun tidaklah kuat macam dikawasan CBD,
sejuk tu biasa-biasa saja la.


apa kami buat bila sampai..
kasi peluang Waafa tidur sebelum dikejutkan.
dan tengok peta dulu.
call jugalah dibuat sebelum ke sini.




ok ni kawasan perumahan marhaen kot.
dari pemerhatian akulah.
macam golongan sederhana la.
ya..
kami turun di Queen Park.
.
Waafa ambik gambar dulu...
kan mata kamu dah segar bugar tuuu..





ok jalan kaki ke mana kita ni..
emmm..
kena cari makanan dulu.
.
berdepan sign tu...ada kedai kan..
kami jalan kaki ke kedai tu..
nanti akan tanya lagi orang di kedai ka kan...
untuk arah ke rumah yang kita mau tuju tu.
.
pasar raya dia macam kita juga..
cuma buah-buahan dia lebih segarlah.
sebab bukan import kan..
pisang tu jaklah, ndak pasti diorang ambil dari mana...
.
kita beli yang bukan untuk dimasak.
sebab kita menginap pun satu malam jak kan.
.



hakikatnya travel ni,kita kena tahu..bila kos rendah..masa akan jadi limit la.
macam kami,
kami banyak ambil masa naik train untuk ke sini...sebelum sampai ke rumah tu..
.
sebab kita tahu, tujuan kita ialah merasai pengalaman dan membina pengalaman kan..
.
diorang punya sayur tu bah..
siap ada akar dan berendam yang akar ok.
tiada keraguan bab kesegaran konsepnya kali...

paling utama barang diorang,
murah tahap dewa ok.
bila kau bejet penduduk situlah..
kalau convert nilai mata wang kita, janganlah kau membuang masa membuat perbanding harga disitu...



beras berlambak ok diorang jual disana.
jenis yang sedap buat nasi arab pula tu..




..
ni antara pengalaman yang akan kita jumpa.
budak tu sudahlah pakaian pun bergaya..
dia pi lagi beraksi di situ..
mak dia rileks pilih barang.
.
jadi, kalau anak-anak kita begini..
jangan marah ya..
diorang mana suka shopping ni..
diorang suka beraksi jak dikawasan shopping tu.




anak-anak kami pun teruslah mendapat ilham gitu..
.
ok kita pun siap shopping.
marilah membayar bui..




mau ambil gambar lain..
selepas bayar tu..
kami kena bagi beg kami untuk diperiksa...
.
menunjukkan kawasan ni,
adalah berlaku kecurian.
mungkin muka kami ada nur dan kelihatan seperti orang mulia..
staf tu sekadar periksa..
siap sorry lagi.
takpa sis, kami ok.

siap beli kami pun,
memulakan operasi mencari rumah itu..
dimulakan dengan berjalan kaki dengan 2 biji luggag.




alhamdulillah perkhidmatan uber ada. jadi memang sangatlah memudahkan urusan.
.
amboi dalam peta, dekat dari situ..kunun la
rupanya bila bawa beg dengan budak, terus rasa macam bercinta punya jauh..suhu pun naik jugalah ..
penat jalan kaki..terus ambil uber.





bila kan sampai rumah..kami tekan loceng
tiada respon.. pintu ndak buka pun..
nasiblah diorang ndak pasang pagar kan..
jadi direct pi pi pintu jaklah.
.
akhirnya jumpa jirannya.. jiran pula boleh kata diorang pun tak tahu siapa jiran di situ…amboii la kan.




jiran dia sendiri mengaku ndak pernah bertegur sapa mereka...sad jugalah.


ada jak orang..diorang kurang bertegur sapa dengan tentangga kot.kan..
tapi kes ni sangatlah kebetulan..jiran pun ndak tau siapa jiran disebelah ni..
emm.
.
bila tekan balik loceng,
terbukalah pintu oleh pacik tu.
masuk jak, pasangan chinese berusia sekirat 50-an kata diorang ndak perasan kami tekan loceng tu
emmm..
tekan loceng tu banyak kali kot..
.
alasan diorang dalam proses kemas barang dan mau blah balik negara diorang..ntah negara Singapura atau Malaysia..janji diorang ndak menyusahkan kita ni sudahlaa..
.
ada beberapa bilik rumah ni.
masuk jak dah jumpa 3 bilik..
barulah ke kawasan living room,
dan ke ke bilik mandi,
bilik air,
barulah ke bilik kitaorang menginap..
so stress aku masa ni..
.
haha.
.
ntahlah kan..
.
masuk jak tengok bilik biasa,
ngam-ngam untuk Queen bed,





 dan sofa bed ni..

ruangan menyimpan kain pun ada..jangan risaulah..



aku saspek, rumah tu owner dia adalah anak tuan rumah.
anak katanya mcm belajar di kolej.
takkan rumah sebesar tu kan..budak kolej..
sempat lagi bersangkaan segala aku masa ni...

caranya, cari duit dengan sewakan bilik dalam booking.
bagus juga.
cuma tak bagusnya…hahahahahah. kami kena paw. pula... :(
gara-gara katanya kami guna sofa bed, ehe..sofa tu dah memang dalam tu kot.
ahhhh..
.
tapi begitulah kan kebiasaan disini,
budak kena ada katil sendiri tidur.
.
dan diorang kata sebelum tu ada jak pengunjung yang macam buat rumah ni happening, diorang siap masak.
.
kami tidaklah boleh happening
macam kecewa sebab penat terjalan kaki tadi..
dan penat menunggu pintu dibuka..
ini semua sebab KPI kami masih rumah uncle P sebelum ni..
kami ndak perlu tambah katil pun masa stay sana..
tapi untuk bilik yang bukan master room ni, kami kena pula...
.

macam sedikit kurang happy kami stay sini..
mungkin sebab stress.. aku lah tu.
dengan alahan kan.
.

tandas pula, kena kongsi dengan tuan rumah..sebelum ni host duduk lain..jadi semua kemudahan semua pengunjung berkongsi lain keadaanya.

yang ni, macam kita stay rumah orang lah...
uhuk

bukan tidak mau happening semua..cuma risau tuan rumah pening dan naik sheiiiih..
aku risau sebenarnya, kalau aku keluar bilik..anak akan main dan aha…tentu tidak menyenangkan tuan rumah nanti. atau aku jak sebenarnya terlebih beperasangka terlebih penakut ni.
.
sebab stress dan kemudian moody,
SS jaklah keluar sesekali borak dengan owner rumah..
.
aku stay dalam jak..
panas pun ya juga..
eh..kah sejuk..
haha lupa sudah.
.
anak-anak keluar juga tapi sorang sorang,
nanti penat SS urusin.
.
kalau dua orang kepala diorang akan naik kan..macam-macam idea.
.
jadi, malam tu aku dapat sleep awal kali.
kan sebab mandi malam,
eh..
.
SS kata gitulah kalau travel, sesekali terimalah keadaan yang bukan expectation kita.
dari ayat ni, akupun belajar ..kena cari hikmah.
dan pasti ada hikmah semua ni.
supaya kita lebih berhati-hati,
elak berperasangka,
paling utama konsep TAWAKKAL.
.
jadi, esok tu kami chek out dan aku dah ok sudah..
cuma segan silu pi makan di kawasan dapur situ..
dapur dia sebelah living room.
kira sambil masak boleh tengok dan join borak dengan orang di living room.
.
mesti owner rasa aneh kan ada pengunjung macam ini..
heee.
sakit hati bah bos, ko paw kami.
.
bila dah nak balik,
emosi jadi kembali ceria..
diorang offer biskut kot,
ada air kopi 3 in 1.
anak-anak makan,
kami lagilah makan..
.
aku rasa owner ni bukanlah teruk.
tapi ntah, aku masih gagal tenangkan diri bab paw tu saja.
.
rumah semua ok pun.
kalau jenis biasa hadap.
siap boleh pi round-round keliling.
.
sangatlah buruk perangai ni..
buat aku datang hanya untuk stay.
.
pengajaran besar.
kalau travel, kena cepat cari solution..dan redha..
redha walau pedih..hehe.
.
siap sarapan, SS dah tempah UBER.
so, kami pun naik untuk ke stesen keretapi.
.
hari ini kita akan kembali ke CBD untuk ambil kereta sewa dan akan turun ke bahagian bawah Wastern Australia.
.
happy pun boleh dibina,
kita pun boleh ambil gambar banyak sikit.
.
setting sikit untuk bergambar dengan sign tu..






dapat toys dari owner tadi...
Waafa dapat cow, Fath dapat baby punya..
rezeki kamu la.
mau tunjuk juga, ditepi laluan tu ada laluan pejalan kaki dan laluan basikal..
jadi ndak risau kalau mau berbasikal disini..
.
tenangkan diri jap,sejuk tu lit lit la.



.
stesen dia, 
seketul pondok diantara 2 platform.
tiket beli guna mesin jak.
kalau tiada duit, naik jaklah.
manatau rezeki kena cekup sebab ndak punya tiket..
hu..
janganlah gitu..
walau tiada siapa kisah pun,
jangan buat k.
saja tadi buat iklan salah.



untuk pengguna kad kredit, ada juga rasanya masa ni.

sambil tunggu train ke Perth.
suruh diorang bergambar..
entah bila kita akan sampai pondok ni lagi..

  


ok ni mesin dia,mesin masa kena menunggu..

orang pun tiada, 
marilah kita berswafoto beramai ramai.









next...cerita pasal kereta sewa pun..