Showing posts with label satu hari 2010. Show all posts
Showing posts with label satu hari 2010. Show all posts

13 December 2010

karunia





lama tidak menulis.


menjadikan otak segan merembeskan enzim.


eh.


idea makin malu.


wawa..




hari ini sudah hampir sebulan saya bergelar puan.


wow!.


saya teruja dan risau!.




dalam kelender,


banyak benda yang saya tinggalkan.


perlu tinggalkan.


perlu tambahkan.


perlu fikirkan.


perlu dan sangat perlu.




its..


mean I want to ba a perfect?.




ohh..tidakkkk.




saya malas berbicara tentang itu,


kerana saya menjadi lebih takut tentang masa hadapan.


eh..


jangan ikut cara saya ini.


saya bukan kamu..


saya bukan siapa-siapa.


saya adalah saya.


mahu menulis untuk mencetuskan sesuatu.


wooooo!!!.




bagai terasa semalam kehangatan sebuah majlis.


majlis yang penuh dengan kepenatan dan seribu senyuman.


belajar berbagai2 ilmu.


ilmu bijaksana tentunya!.




bagaimana membentuk majlis perkahwinan itu penuh dengan kesedaran.


eh..


paling tidak mampu mengikis pelbagai persepsi yang kurang-kurang manis..


lagi-lagi kalau boleh biarlah Syaitan meraung tanda kalah..


wow...yang paling utama bagaimana merasakan Allah bersama-sama kita walaupun pada sebuah majlis persandingan..


pergh!.


terlalu melangit barisan bahasa.


sedangkan pesertanya adalah diri sendiri!.




terlalu banyak pihak yang sudi memabantu.


memaknakan sebuah pernikahan hingga ke sebuah majlis persandingan.




bagaimana hiburan perlu di ajak kepada mencipta peluang kesedaran,


band tidak haram, tetapi lebih cantik jika tiada..


pakaian biarlah tercantik di muka bumi..tetapi lebih indah kalau menepati kehendak syariat..


jemputan biar bergerombolan..tetapi lebih indah jika pulang dengan sedikit kesedaran..


pengantin biar manis..tapi lebih indah jika...jikaaa..pengantin itu mengundang insaf dan sedar tentang hidup bertuhan buat dirinya dan juga orang lain.


namun...


selagi ilmu belum hebat,


masakan tindakan akan lebih hebat..


sekadar yang terdaya dilakukan..




tayangan filem Ketika Cinta Bertasbih,


mungkin hanya sebagai suatu permulaan..


anda harus berfikir sekarang untuk majlis yang akan meraikan diri anda sendiri!.








catatan ringkas untuk yang selalu bertanya, dan mungkin sedikit menyindir..:)


terima kasih kerana cakna.

18 October 2010

siapalah aku


doaku,
semoga Allah meredhai segalanya,
biarlah aku sakit,
tetapi masih di dalam dalam kasihNya,
jangan aku gembira,
tetapi jauh dari sayangNya.


andai aku salah,
siapkan aku menerima kekurangan diri,
andai aku betul,
siapkan aku dengan rendah diri,
alangkah malang,
jika aku senang,
tetapi Engkau tidak memandangku


setiap kali aku menyedut oksigen,
setiap itu,
sedarkan aku,
yang aku tiada apa-apa untuk dibanggakan,
tiada apa-apa untuk dimalukan,
melainkan ketika kehendakMu aku terlanggar,


sekuat-kuat aku,
tidak mungkin dapat memikul dosaku bertimbun,
semalang-malang aku,
aku masih ada sedar untuk dibaiki,


sekali aku terjatuh,
berkali-kali harusnya aku bangkit..


15 October 2010

sensitifnya ibu

Kenapa ibu senang sekali menitiskan air mata.
sedikit dikata,
selautan dikatakan,
dia tidak penting lagi.

kenapa ibu,
mudah merasa hati,
aku katakan tidak baik berbicara hal aib kepada orang lain.
ibu katakan dia cuma ingin berkongsi cerita.

kenapa ibu,
semakin menjauh,
sedikit ditanya,
sepotong jawabnya,
katanya aku semakin gembira sekarang,
apalah perlunya dia lagi,

kenapa ibu,
semakin keras,
aku hanya berkata salah membanding-banding diri dengan orang lain,
katanya,
sebagai peringatan,
kita perlu mencontohi kehidupan si polan,

kenapa ibu,


semakin beremosi,
aku hanya menceritakan cantiknya hidup dengan Islam,
ibu kata, adat itu budaya, penyeri dalam taman,
katanya, aku melupakan darah yang mengalir dalam daging ini.

kenapa ibu,
tidak lagi seperti dulu,
sudi berborak-borak ringan dengan ku,
sekadar bertanya rancanganku setahun selepas ini,
ibu kata,
aku semakin besar, tahu membezakan yang mana intan mana permata,

aku..si anak,
silapku,
aku senang dengan ayah,
aku tidak perlu memuji ayah dihadapanku,
kerana ibu semakin beremosi,
katanya sesekali kenang-kenanglah jasa ibu,
ya Allah, ibuku terasa hati.
maafkan aku ibu.
betapa banyak kasih yang tidak terucap di hati ini.

aku..si anak,
silapku,
ketika ibu bersyarah panjang tentang ini, tentang itu,
aku hanya diam membisu,sambil tanganku mengenggam kuat,
aku sedang menahan amarah..
katanya,
cuba menjadi orang yang tangkas dan pantas,
aku cuba menjawab permintaan ibu,
bukan tidak tangkas dan pantas,
memang tidak tahu,
bagaimana mungkin boleh menjadi tangkas,
ibu diam kemudian mengomel panjang,
katanya,anakku semakin bijak,
kata orang tua tidak lagi di dengarinya,
aduhhh..maafkan aku ibu,
darah mudah ini cepat sekali mendidih.
ilmu ibu tetap lebih bernilai sampai bila-bila,

ibuku semakin berusia,
kerepot wajahnya semakin ketara,
tapi..tanggungjawabnya masih banyak,
ibu selalu penat,
ibu selalu tertekan,
ibu sering merindui,
maafkan aku ibu..
aku kadang lupa,
aku anakmu tempat ibu mencicip cerita.

ibuku semkin berusia,
pantang katanya dipangkah,
aku kata,
ibu always right!,
adikku mengeluh,
aku tahu,
mereka merindui ibu,
seperti ibu-ibu yang lain,
yan tuturnya penuh budi,
ingatan penuh pekerti,
adikku selalu kalah pada perasaan,
adikku,
diam itu sakit,
tetapi manis untuk ibu,
mereka menghentak kaki,
benci sekali pada permintaan tinggi ku itu,
maafkan aku adik-adikku..
ibu..semakin berusia..
biarkan dia dengan sikapnya,
jika kita sakit dibanding-beza dengan anak-anak orang lain,
begitulah juga ibu,
dia hanya satu di dunia,
biarlah dia berbeza dengan semua,
dia tetap ratu di hati kita.

adikku, mengangguk,
membuat jantung ini bagai tersiat-siat,
aku berkata untuk adik,
tetapi sebenarnya menembak sikap diri sendiri.

ibuku..
aku sentiasa mengharap,
suatu masa nanti,
ibu tidak akan penat lagi,
ibu sudah tibanya untuk berehat,
tetapi..
situasi selalu mengalahkan,
ibu masih perlu bertahan untuk seketika,
meneguk penat dicelah-celah rindu,

ibuku..
aku tahu,
semakin jauh aku melangkah,
sejuta risau mengigit hati ibu,
ibu..
izinkan aku berkelana lagi,
kerana rindu itu mengajar aku mencintai ibu jauh lebih dari segala cinta manusia.

ibuku,
redhakan segenap langkah kaki ini melangkah,
mencari setitik ilmu yang berterabur di luar sana,
juga mencurah sedikit cuma, kekuatan ini kepada anak-anak bangsa,
kerana apalah hidup tanpa memberi..

ibuku,
ku titipkan satu lagu cinta untukmu,
agar bisa ibu mengerti,
dalam kasar gerak dan langkah ini,
ibu tidak pernah luput dari ingatan,
percayalah ibu,
dikala kasar dan keras butir kata ini,
hati ini sedang rancak mengutuk diri sendiri,

ibuku,
baitul sakinah bukan bererti tanpa masalah dan cabaran..

Ibuku,
lagu ini untuk mu,
agar ibu tidak berduka lagi.

Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih ku zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
Tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
Melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
Tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan atur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan

-lafaz yang tersimpan by UNIC


11 October 2010

cadang-cadang

Ok.
kamu suka apa?.
ayam golek + nasik panas+ikan bakar.

haha.
tergolek-golek diketawakannya aku.
bagai lupa aku ada hak mengcadangakan kemauanku.

ari ini kamu buat apa sayang?
aku dtegurnya.
suka betul aku dengan soalanya cepu risaunya.
diingat aku suka.

aku sedang makan biskut kering.
kering kontang dengan teh tarik sendiri.
wah..wah..
dia bilang itu sudah menu istimewa.
tahap cipan aku senyum.
nampaknya ada orang senang dengan menu tiada pilihanku.

aku juga aneh,
apa cipan,dewa, itu tahap terrtinggi. Sampai orang senang faham dengan maksudnya.
kuah2..aku rasa macam mau letak Bahasa Melayu di taraf makin ke bawah.
rugi-rugi cikgu aku ajar Bahasa dulu.

kenapa aku menukil,nukilan sadis?.
kerana aku tau.
kamu tidak dapat merasai bagaimana serabut telampau yang aku sedang rawat.
huh!.
trep perawat handalan, kadang aku rasa.

aku memikir-mikir.
bagaimana aku harus menyiapkan kerja-kerja otak itu?.
sedangkan aku belum memulakan.
masa..aku belum bisa memulakan..sedang biskut kering..sudah berkeping-keping ku cicah-cicah tadi.

Asif dong,
perutku masih berlagu..
aku masih mahu mencari sesuap dua nasik putih yang panas dicicah kicap paling-paling tidak,
itupun kalau ada..

tidak sudah-sudah aku mencadang-cadang,


sedangkan masaku sedang enak menghiris-hiris.

"masa itu pedang..kalau kau ketinggalan..bermakna kau mengizinkan dirimu dihunus".

wah..
kelambatan aku sedar,akau sedang dihiris-hiris.

patutlah selalu pilu dihujung ulu hati ini.

(*_*).

08 October 2010

kaunselor

Semalam.
saya bertemu dengan kaunselor.
Sudah lama bercita-cita menemui.
Tetapi keyakinan untuk berkongsi dengan kaunselor selalu ditindan dengan ketidak yakin.
Tetapi oleh sebab mengenali sedikit sebanyak.
Saya cuba berasa yakin dengan beliau.
Saya berharap saya akan bebas mengunkapkan apa yang ingin saya ungkapkan.

saya bukan tidak tahu menyelesaikan masalah atau apa yang sedang berlaku dalam kondisi saya.
cuma saya berpegang.
"jika kita mahu,kita akan boleh dan dapat membuat apa jua".

Permasalahan yang membelenggu ialah
bagaimana mahu mencetuskan MAHU.
bermacam-mcam idea boleh dijumpa.



Jumpa sahaja sesiapa.
berborak sahaja dengan sesiapa.
Tetapi..
jarang sekali kita akan tercetus perasaan MAHU itu.
Hanya TAHU yang akan tercetus.
Right?.
blank..blank

Saya setuju.
Kerana berdengung-dengung orang kiri kanan memberikan semangat.
Memberikan kata-kata peransang.
Cetusan MAHU masih belum tercetus-cetus.

Kita perlu berusaha lebih.
Kerana setiap kita ada 'stail' yang berbeza.
Mungkin ada yang senang untuk menerima dan memperbaiki kelemahan diri.
Tetapi perlu disedari ada juga yang seperti saya.
yang kadang-kadangnya,
setiap amaran yang diterima hanya umpama angin lalu dan terus berlalu.

Alhamdulillah,
saya masih diberi kekuatan untuk mencari konklusi terhadap kelemahan saya.
"Allah masih sayangkan kita..sebab itu Allah bagi kita sedar".
Tergiang-ngiang ayat kaunselor itu.
Saya juga selalu mengunkapkan.
Selalu mendengarnya.
Tetapi saya juga selalu 'terlupa'.

Untuk semua.
Saya berpesan untuk diri saya.
Untuk anda.
jangan segan berjumpa kaunselor.
Jangan malu bermula dari lantai.
jangan malu mengaku silap dan salah..mungkin juga dosa.
itu lebih baik,
daripada kulit-kulit ini nanti terkoyak di depan Allah, dek kerana malu dengan dosa-dosa di dunia.

"jangan lupa..balik nanti solat taubat nasuhah".
Kaunselor memberi ingatan lagi.
Terasa tertampar diri ini, bila beliau mengingatkan.
Selama ini kita sibuk memberi peringatan.
Bukan bermakna kita terlupa dengan diri kita,
tetapi;
Bumi mana yang tidak ditimpa hujan, manusia mana yang tidak melakukan silap.
Bukankah baik, ada orang memberi peringatan yang sama.

Jumpalah kaunselor,jika rasa kita terlost control.
Mereka bukan mengubah kita,
melainkan kita yang mengubah diri sendiri.
Tetapi mungkin mereka akan mencetuskan MAHU kita.
Siapa tahu..

25 September 2010

"akak risau..nanti akan tiada..macamanalah nasib di sini".
seorang kakak mengeluh.
seperti sengaja membiarkan aku berfikir sama sepertinya.
betulkah kehadiranku memberi kesan kepada gerakan di situ?.
aku bertanya-tanya.
cuba menghitung-hitung kerat sumbangan yang pernah dilakukan.

pelbagai kemungkinan menyusul.
aku seperti takut menghadapi pelbagai kemungkinan.

"kamu perlu tahu..kamu adalah hasil tarbiyyah di sini..maka kamu harus ingat kamulah yang wajar berkhidmat untuk di sini".
ada suara-suara seperti mengegarkan jiwa.

"di sini..kita kekurangan tenaga..di sana sudah terlalu ramai".
suara itu juga kadang menjenguk.

ada masa aku seperti termakan dengan kata-kata itu.
akulah harapan.
akulah yang akan menyinarkan kawasan ini.
aku dan akulah yang akan membiakkan kawasan ini seperti kawasan di sana.
tetapi..
'kalau takdir aku pergi sebelum sempat mengeyakan semua ini?'
apalah maknanya.

"mati itu lain..pergi dan ke sana itu lain".
ada suara-suara halus mempersendakan.

aku cuba mencari releven dan asbab aku mengeyakan 'aku harus ke sana', bukan kerana terpaksa,bukan juga kerana suka, ada pelbagai kemudahan, tetapi aku MAHU ke 'sana'.

aku merenung garis-garis kenangan yang terlukis.
aku akan meninggalkannya.
kawasan yang telah mula berputik.
kemudian,juga mungkin akan berbuah.
atau tidak sempat berbuah langsung terus mati terkubur. nauzubillah.

"insyaAllah akan ada mata-mata rantai yang akan menyambung..asal saja kamu ingat kamu bukanlah pemula..atau pengakhir".
terima kasih penyebut ayat ini.

kenapa perlu kita berdebat tentang itu.

sedangkan tempat jatuh lagi dikenang,
inginkan tempat 'bertatih'.

terima kasih wahai Tuhan.
yang memiliki sifat Maha Penyanyang

Jepun 23

 bismillah. Ya sebenarnya tadi tu, SS jalan-jalan sebab dia menyiasat... saya pula layan Ainul di tingkat atas, sebab situ saja ada tempat d...