bismillah.
.
sebelum ini, ada tulis tentang perkembangan budak 2 tahun dari aspek sosial dan emosi, bahasa dan komunikasi dan perkembangan kognitif . Untuk hari ini, kita mahu bedah sikit pasal perkembangan yang sangat penting selain 3 hal tadi, iaitu perkembangan pergerakan dan fizikal anak ini.
.
Perkembangan Pergerakan dan Fizikal
1. Berdiri dan berjalan dengan jari kaki
kemampuan berjalan dengan jari jari kaki ini menandakan anak ini mempunyai betis yang kuat. Boleh juga kerana kebiasaan anak ini. Namun, dalam hal tertentu kekerapan berjalan guna cara ini, boleh jadi petanda anak ini ada masalah pada sensori dia. Ini kena periksa dengan lebih mendalam.
.
2. Boleh tendang bola
ini kemahiran yang anak belajar sejak dalam rahim lagi ya...hee lama diorang latihan kan. Itu petanda anak ini punya refleksi bila nampak bola dikaki. Refleks ni dah mengakar 'rooting refleks' sejak bayi lagi. Petanda baik, bila budak ni boleh sepak bola, ialah mereka dah kuat dekat otot kaki, mampu berlari, melompat..
.
3. Mula berlari
Bila dah 2 tahun, dia punya semangat mau berlari tu..padu. Kalau dikejar, lagilah kegembiraan terpamer. Jadi bila 2 tahun kena buat aktiviti berlari ni kerap dan banyak kali dalam sehari. Jangan biarkan duduk diam. Kemahiran ini kena asah...baru sentiasa dikemas kini.
4. Dapat memanjat naik dan turun daripada benda mudah dipanjat, macam sofa, tangga , almari dan lain lain tanpa bantuan orang lain,
biasa kalau di kelas yang metod dia guna kaedah bermain, ada ruangan untuk memanjat disediakan. Kalau sekolah itu pula metod nature, ada aktiviti memanjat pokok. hah ...tengok...kenapa ada aktiviti begini wujud kan...bersebab.
namun begitu, ada sahaja cara dia untuk mengurangkan kesukaan budak ni memanjat. Antaranya bawa keluar rumah, main dekat taman. Sebab dekat taman tu, ada playground yang akan memerlukan budak ni memanjat...ya...begitu dong.
sebab itu, jika orang yang pasang benda alah mainan di taman, sejenis peka...memang mereka akan sediakan taman yang membolehkan budak memanjat
.
.
5. Dapat naik tangga dan turun tangga sambil memegang
budak umur ni dah hebat koordinasi mata dan kaki tangan. Ada budak yang memang sengaja di ajar naik turun tangga ni, Sebab ini kan alah satu kemahiran yang diperlukan oleh budak ini. Jadi, jangan gelabah kalau 2 tahun, tapi tidak dapat kemahiran ini. Tapi, jangan biarkan pula...ia penting.
.
.
6. Boleh campak bola guna tangan
sebab otot bahu, jari jemari dah kuat....itu yang budak dah mampu kuasai kemahiran ini. Lagi utama budak ni dah belajar mencampak barang lain kan.
.
.
7. Budak dah boleh melukis bentuk bulat dan garisan
ini tengok kemampuan motor halus masa pegang pen atau pensel. Juga kemampuan faham arahan. Masa umur ni, kalau cari buku...boleh cari yang sambungkan dot dot tu... sebab budak usia ni dah layak ada kemahiran membuat bulatan dan garisan. boleh sudah ajar melukis.
biasanya, dinding lah jadi mangsa..kita kena bijaklah bab ni...mereka cuma menunjukkan bakat kan...