bismillah.
.
.
Oleh kerana ada kajian dibuat, yang kata usia 18bulan, autisme boleh dikesan. Cara untuk mengesan, langah awalnya, kerana ada budak yang pada usia ini, mereka tidak dapat capai tahap itu. Bukan vf semata-mata fikir BMI anak. Hal yang harus kita cakna ialah ciri-ciri yang sepatutnya budak itu kuasai dari beberapa aspek.
ok, aspek ini hanya berbentuk umum ya..untuk lebih faham, tentulah mereka yang hari-hari jumpa benda ni. Mereka yang terpaksa telan kenapa perlu dipelajari yang benda yang perlu dipelajari, dan benda yang tidak perlu. Berbeza dengan orang awam, kita hanya mahu belajar benda yang kita rasa kita 'mahu', dan sangatlah jarang mahu belajar benda yang 'perlu' dipelajari.
.
ok, next. Perkembangan budak di usia ini ada beberapa bahagian.
.
A. SOSIAL DAN EMOSI
1. Suka bagi barang dan ambil barang kepada kita atau orang lain, sebagai tanda dia sedang bermain dengan kita.
perbuatan ini nampak remeh, namun ia adalah kayu ukur untuk tahu budak tahu otak budak sedang digunakan. Budak ini sedang membuat satu petanda atau skema, sebagaimana menurut Piaget (1952).
Skema apa tu. sejenis pengetahuan tentang 'sesuatu'.
i. Skema, tentang sensimotor budak sedang membangun
-sensimotor merujuk kepada motor kasar dan motor halus.
.
2. Kemungkinan ada sifat pemarah dan buat perangai
- budak kan sedang mengenal dunia, mereka cuba 'deal' perasaan yang mereka mula dapat rasakan. Misalnya, bila 'frust' sebab keinginan untuk main sesuatu tidak tercapai, bagaimana budak urus perasaan itu. Sudah pasti ada deal dengan cara 'marah' atau hempas barang dan menangis sambil memukul, atau tidak mahu disentuh. Pokok pangkal, buat perangai yang biasa kita nampak. Ala selalu kita nampak. Malah, mungkin perangai ni boleh nampak jugalah pada orang dewasa ni. Bukan main kalau orang dewasa, bila dia kena hon sikit, sebab memandu slow sambil bawa fon...dia punya amukan...kalau bukan tunjuk jari tengah, dia kejar orang yang hon tu...ehhhh , melalut dah ke dunia orang dewasa.
.
3. Kemungkinan ada perasaan takut atau tidak selesa dengan orang asing.
biasa budak yang 24 jam duduk dengan mak misalnya. Senang boleh nampak perangai ni. Orang nak pegang, dia tidak senang.
.
4. Mudah menunjukkan kasih sayang kepada orang orang yang budak tu biasa
misalnya, mak ayah dia atau penjaga dia. Ini mungkin juga kerana budak rasa selamat dan selesa
.