bismillah.
.
setelah periksa, semua kategori budak, itu dari kemampuan sosial dan emosi, bahasa dan komunikasi dan pergerakan dan perkembangan fizikal.
Jangan lupa buat tindakan segera dengan memaklumkan kepada doktor kepada anak kita, boleh dibuat semasa chekup dibuat diklinik. atau kita sendiri buat temujanji di klinik yang kita pi..
.
1. Tidak berminat menunjukkan sesuatu benda kepada orang lain, terutama kepada penjaganya. (kita sebagai ibu bapa, atau pengasuh budak).
ni, kitalah yang kena prihatin tanyakan kepada penjaga jika semasa dalam jagaan diaorang, budak tu ada perangai ni. Manalah tahu kan, dengan kita budak tunjuk,tetapi dengan orang lain , budak jadi penakut atau apan kan...keutamaan, kita CAKNA, AMBIL TAHU akan kelakuan budak itu walau mungkin kita hanya ada bersamanya dalam jam yang terhad.
.
2. Dah 18 bulan, tapi tidak boleh berjalan.
kena maklumkan dengan doktor yang merawat dan periksa. Biar doktor buat sesuatu tindakan, biasanya doktor memang prihatin tentang ni. Doktor akan buat surat refer kepada doktor kanak-kanak di hospital misalnya.
Lagi untung dan baiknya, kalau kita ada panel ada kad medical. Gunakanlah, terus bawa anak jumpa pakar yang sewajarnya.
itu mungkin bukan petanda anak itu ada kekurangan (atau kecacatan), tapi tidak mustahil. Kelebihan dia, bila maklum awal, tindakan awal pun dapat dibuat. TERLALU BANYAK KEBAIKAN bila intevensi (campur tangan pihak membantu) dibuat awal. Sekarang terlalu ramai pakar-pakar yang sediakn program untuk bantu budak yang ada masalah awal ni.
bahasanya orang sebut EIP,
ada yang jenis berbayar, ada yang kos tidak tinggi pun ada, yang kita boleh buat sendiri pun ada. Pokok pangkalnya banyak benda boleh buat untuk bantu budak itu.
.
3. Budak tidak tahu kegunaan benda yang biasa digunakan seharian
contoh sudu, benda ni biasa budak tahu saja guna dia, kita bagi budak akan ambil dan buat 'makan'.
tetapi ada budak yang tidak tahu. Ini pun banyak sebab budak tidak tahu, mungkin terlalu selalu dibagi gadjet, makan semua tidak pernah sendiri. Paling orang takut, budak itu sebenarnya ada ciri-ciri autisme. Tapi, semua ini hanya boleh disahkan oleh ahlinya. Yang utama, mak ayah atau penjaga kena tahu jangan BUAT TIDAK TAHU . Yang rugi, BUDAK itu kalau dapat mak ayah begini.
.
4. Budak tidak meniru perbuatan atau kelakuan orang lain
5. Tidak tahu bercakap. Perkataan tidak ada keluar dari mulut
6. Tidak tahu sebut perkataan, sekurang-kurangnya 6 perkataan
contoh perkataan mudah: mata, kaki, makan, dahaga, jom, nak
7. Tidak peduli atau bertindak balas bila penjaga pergi atau datang
8. Kemahiran budak yang ada, berkurangan atau menghilang.
.
ini kerana, kesedaran dunia tentang autisme semakin membaik. Boleh rujuk poster ini untuk lebih kesedaran tentang autisme dalam kehidupan kita. Banyak ciri-ciri autisme ni. Ini kena belajar lebih lagi. Apapun keutamaan mesti tahu 8 perkara di atas. Jika ada, terus bertindak. Jangan biarkan .