.
Sebelum ini, Saya Ada tulis perkembangan secara umum untuk perkembangan Sosial Dan Emosi Dan Bahasa Dan komunikasi.
.
Mari kita periksa dari segi perkembangan kognitif.
C. Perkembangan Kognitif.
Perkembangan yang selalu menjadi fokus ramai orang. Malah Pendidikan yang dipilih kebanyakan bangsa ibu bapa akan lebih kepada memilih kesan kepada perkembangan kognitif inilah. Bahasa biasa dengar perkembangan otak...
.
Ia berkaitan dengan pembelajaran, pemikiran dan penyelesaian masalah.
.
1. Boleh namakan Dan faham tentang warna, tentang nombor.
Contoh Dalam video ini Tentang Warna . Boleh juga Tanyakan warna Yang Ada pada benda wujud depan mata budak, seperti langit, laut, pokok,kereta....itu lebih dekat dan selalu ada.😊
.
Bila cakap tentang pokok, baru teringat Yang Ada pusat pembelajaran ni...siap ada modul untuk budak ni belajar tentang pokok. Tak main kenal warna saja...terus belajar tentang pokok yop... Begitulah kan Cara nak belajar mengembangkan kemahiran Kognitif ni. Ada peluang Kita share pasal modul ni. Massachusetts Ada buat modul pasal ni..
.
bila tau pasal warna, sekaligus budak umur ni tau serba sedikit pasal nombor. Selama ni mungkin main sebut sahaja kan. Bila dah masuk umur ni budak dah faham nombor dah. Diorang dah boleh didedahkan konsep nombor tu juga...sebab Tu bila umur ni orang push pasal nombor memang menjadilah.
.
Namun, ini hanya contoh umum.
.
Banyak 'ahlinya', iaitu mereka Yang selalu mengkaji dan menyiasat kehidupan seorang budak.. setuju bahawa
Pasal Bab ni sepatutnya budak itu tahu makna di sebalik nombor...
Ada yang tahu tulisan nombor 1, sebelum tahu 1 itu apa..
.
Ada pula tahu 1, itu adalah seketul benda.
tapi, tidak tahu kaitan seketul Tu dengan tulisan nombor 1.
.
.
sebenarnya banyak cara Kita nak pastikan budak ni faham...bukan hanya kenal bentuk tulisan nombor itu. Ni akan kita huraikan dalam tulisan seterusnya.
.
.
2. Faham idea tentang pengiraan nombor.
Macam huraian atas tadi. Budak dah kenal nombor...dan pada umur ni budak dah faham idea nombor. Yang ni sikit...yang ni banyak.
.
.
3. Faham tentang masa
Masa ni merujuk kepada 'waktu'. Misalan "bila boleh main kat luar??".oh selepas solat Asar...Kita boleh main kat luar.
.
Cuti nanti Kita boleh balik kampung.
.
Ada peristiwa yang menjadikan 'waktu' itu ada makna.
.
4. Boleh ingat tentang bahagian cerita.
Bila budak dah boleh faham tentang waktu...mereka pun boleh faham akan cerita. Misalnya Kita bercerita semula tentang kejadian jatuh di Taman permainan. Kejadian itu budak dah umur ni dah boleh ceritakan.
.
Atau semasa balik kampung beraya. Diorang ada bahagian yang diorang dah melekat faham.
Kerana ITU adalah sesuatu yang menggembirakan, ia akan membawa makna kepada kehidupan mereka seterusnya. Maka, itu sebab kena berhati hati lah Kita semua Dalam memaknakan hidup anak-anak😔.
.
Kalau boleh biar Yang gembira untuk mereka..Dan semestinya benda itu betul dan tidak menyakitkan orang lain.
.
5. Boleh faham tentang benda "Sama" Dan "berbeza".
Biasa kalau Dalam buku, diorang akan belajar benda ni... misalnya benda yang Sama bentuk. Bentuk ikan...Sama dengan bentuk ikan. Bentuk ikan tak Sama dengan bentuk katak.
.
Ni biasa Kita jumpa Dalam buku budak budak tadika..
.
Dalam kehidupan, budak dah boleh lihat kesamaan mungkin Dari segi rambut, warna baju..
.
.
6. Melukis orang dengan bentuk badan manusia.
Istilah dia tadpole.
.
7. Boleh dah guna gunting
masa ni hah...hati barulah dengan gunting, selain budak ni boleh gunting benda benda yang bagi dia releven.. tentulah kita risau akan benda tajam Tu.
.
Sekarang Kita boleh carikan gunting yang sesuai untuk mereka. Biar diorang terus menerus guna Dan makin memahirkan diri.
Credit gambar : growinghandonskids.com