16 January 2021

perkembangan bayi 18 bulan -- Perkembangan baby 1tahun 6 bulan (KOGNITIF- PEMBELAJARAN, PEMIKIRAN, PENYELESAIAN-MASALAH)

 bismillah.

.

kita masih, bincang pasal budak 18 bulan. Perkembangan yang lain yang perlu kita sebagai ibu bapa, penjaga seperti sosial emosi dan bahasa dan komunikasi  perlu ambil tahu. 

disclaimair:  apapun yang ditulis dalam ni secara umum sahaja ya.. nak huraian lebih, kenalah jumpa pakar budak,atau baca benda yang berkaitan biar jelas, biar jelas lagi benderang.

.

C. KOGNITIF- PEMBELAJARAN, PEMIKIRAN, PENYELESAIAN-MASALAH

1. Tahu kegunaan atau tujuan benda yang biasa budak nampak

- seperti telefon pintar (pintar ka?), berus gigi, sudu, 

- benda lain, seperti kasut, selipar, baju. Budak akan buat, pakai semua ni sebagaimana dia nampak dan faham. kalau nampak dia pakai tunggang terbalik, kasi biar. Budak baru nak faham kan...



kadang nampak ahli keluarga dia suka berikir pegang tasbih...pun budak akan buat. Nampak sejadah tiru solat. Ni semua dalam kategori inilah....

kredit gambar: Babycenter.com

walau nampak benda ni tidaklah hebat, tapi fasa inilah budak belajar bercakap, belajar memahami respon mak ayah dia, penjaga dia. Paling utama, budak sedang belajar untuk memahamkan orang lain, kesian kan...mereka sedang struggle, jika fasa ni banyak menangis...itu antara petanda mereka sedang kecewa..ya boleh jadi ya. Menangis bukan semata mengada-ngada, lapar, atau manja.

.

2. Buat sesuatu untuk minta perhatian dan mahu tunjukkan sesuatu yang menarik perhatian budak itu.

tentang ini, macam-macam kaedah budak itu. Ada jenis tarik tangan. Ada jenis pukul-pukul tangan kita supaya kita layan pandangan budak itu.


ada juga cara sakit, kita tengah khusyuk buat kerja, budak itu datang guna kaedah dia. Lastly dia tampar saja muka hang, biar hang stop buat kerja dan layan dia punya pemerhatian. Bab inilah, baru kita kenal...budak ni tak layan..dia main kasaq ya. Ni salah memang ada kat budak, salah kat kita la puncanya. Maka kita perlu bijak bertindak...supaya budak ni tidak buat begitu lagi...

.

'takpa, dia budak lagi'

hah... tentang hal ini tak boleh guna term ni. Tamparan kena dekat kita, kita boleh guna alasan itu..anak kita, Kena dekat orang lain, mendidih member..

kerana budak lagi, kita kena buat sesuatu supaya kelakuan itu tidak tumbuh berakar.

.

3. Tertarik dengan mainan dan haiwan, dan buat kelakuan'sedang' memberi makanan. 

kredit gambar SINI

3. Tertarik dengan mainan dan haiwan, dan buat kelakuan'sedang' memberi makanan. 




kredit gambar SINI

Tentang suap-menyuap ni,nanti kita cuba detailkan kenapa?, apa kebaikan? dan apa kaitan kemampuan menyuap ini kepada kognitif budak. Jangan main-main, hah...semua ini ada falsafah disebalikny.
Sebab itu, ramai kata bawa 6 tahun adalah usia EMAS. bukan semata 60 tahun keatas...


4. Boleh mengenal pasti dengan anggota tubuh badan

kredit gambar SINI


5. Boleh  dengar arahan, walau dengan bercakap. Dengan syarat arahan itu ringkas. Ini disebabkan budak dah selalu dengar arahan ini. contoh, "duduk", "bangun". 

boleh tengok video ni.