06 October 2010

1.

aku berikan namanya Apon.
Atau senang-senang dan malas-malas boleh juga disebut Apung.
Seorang wanita!.
Sejak tadi duduk menunggu bas di hentian itu sendirian.

"kenapa namamu begitu buruk sekali?". Seorang lelaki menegur,bertanya,mungkin juga sedang mencari pasal.

Apung memandang sekilas ke arah lelaki berhidung mancung dan separa hodoh perangai itu.
"encik dah kehabisan zikir untuk dilantunkan?..atau encik dah banyak stok pahala untuk mengharap syurga Allah nanti?"

Lelaki itu terdiam.
Apung bukan menjawab soalanya.
Apung bukan merasa rendah diri dengan soalanya.
Tetapi Apung membalas dengan peringatan yang cukup membuat hatinya malu semalu-malunya.

Ahzam. Si lelaki malang saat itu. Berlagak biasa dengan kata-kata Apung.
Dia menahan-nahan perasaan membuak.
"alaa..Aponnnn..ponnn..awak ni memang sesuai menjadi penceramah bebas tau..".

Apung hanya diam. Artikel percuma berwarna unggu berkali-kali dibelek-belek. Seperti sedang mencari harga dan jenis kertas yang digunakan.

"Apung..marilah..kita ke lebri..kau kan nak siapkan kerja-kerja kau yang banyak tu..aku dah siap..tinggal tunggu lecture bagi A jak ni". Sepenuh ego Ahzam melontarkan ayat-ayat pedas kepada Apung yang terkenal dengan sikapnya yang memang lewa dalam soal menyiapkan kerja-kerja. Pelik juga Ahzam melihat. Bukan sekali dua dia diberi amaran, malah berkali-kali terdengar bisikan umpatan rakan sekelas terhadap sikapnya itu.

Apung tersenyum.
Bas Zon A sudah mendekat.
Sebentar lagi Apung akan balik ke kolej.
Meninggalkan Ahzam yang sejak tadi menunggu buah hatinya pulang dari kelas.
Ahzam hanya melihat Apung berbaris menunggu giliran menaiki bas.
Kadang terdetik lucu melihat sikap penumpang-penumpang bas yang selalu bersepit-sepit.

"Untungnya aku..ada motor kapcai ini". Ahzam sedikit sedar. Dia perlu bersyukur.

Apung sudah selamat menaiki bas.
Syukur!
Tetapi dia terpaksa bersepit-sepit.
Dengan aroma wangian yang sangat menyusuk hidung.
Lagi-lagi diwaktu matahari sedang meninggi.
Artikel Unggu tadi disisip di kocek baju kurungya.
Terbayang-bayang wajah penuh hampeh Ahzam tadi. Siapa tidak kenal Ahzam. Bijak. Selalu mendapat pujian oleh pensyarah-pensyarahnya.
"kalaulah aku menjadi kawan Ahzam,mesti aku juga boleh skor tinggi-tinggi,tidaklah asyik mendapat ayat-ayat sinis".
Apung mengeluh sedikit.
Tiada siapa ingin berbincang-bincang denganya.
Mungkin juga kerana sikapnya yang masih belum pernah dipuji oleh sesiapa.
"woooi Apung..ko nak manusia puji sangat kah?".
Apung tersedar.
bas melalui selekoh. pakcik pemandu berbaju biru memandu bagaikan sedang membawa bas Ambulas ke kawasan kemalangan.

"aku memang nak berubah,..tapi..".

Creeeeet!.
bas berhenti mengejut. beberapa pelajar terdorong ke hadapan.
Apung hanya mengurut dada. Hilang semangat mahu berubah sebantar tadi.