01 February 2018

Perth- Penginapan Pertama

ok muka masih sama...penat dan mau melekat dekat heater ni..

penat jangan ceritalah.
lapar lagi.

pula makanan semua sudah dirampas..
lagi kita macam ndak pasti mau makan apa ni?



ok malam tu, kita makan nasi briyani ayam.
ya ampun, ingatkan nasi jak.

rupanya siap ayam. Alhamdulillah merasa makan daging ayam walau pun...

panaskan dalam ketuhar jak. makan macam kebulur tu tetaplah terlihat.
rasa marah makanan kena rampas tu tenggelam, sebab penat
dan terasa indah sebab makanan ni ada!
dengan rumah yang kami dapat. Ohsem la
rumah ni usia 100 tahun dah...

bilik pula dapat master room.
tanpa bilik air la tapinya...ngehh

rumah ni ada 4 bilik..rasanya bilik lain luas lebih kurang master room la juga.

2 bilik lain ada orang lain.

alhamdulillah.
solat..mandi air panas..hehe. sebab di luar sejuk kan dan sleeping.

sebab kelaparan...
bangun subuh tu..

SS sambung rehat.
Iols sudah kelaparann.

buka tingkap...uwahhhh nampak ni..
luas lagi nampak sebenarnya.
cuma kamera hp susah menangkap, berbanding mata kita..kan anggaran pixel mata manusia sekitar 576 megapixels...bapakk. Subahanallah.


bagi SS rest dulu.

siap mandi....berrr...
sejuk.

kita pun bersiap keluar..cari kedai. hahah
bajet macam rumah ni banyak kedai.
SS dah tanya malam tu dimana kedai dengan pakcik Phill...jadi kita macam ingatlah dimana kita akan pigi.

sebelum keluar, kunci dulu rumah...
kita tidak tahu tahap keselematan.
jiran bilik semua rasanya masih dalam selimut..ah atau jogging.
lupa kita siasat.

Waafa tiada jaket yang sesuai untuk suhu sejuk tu. jadi kasi pakai 3 baju jak.
jeans siap dengan skirt jak..hehe. Nanti kita belikan awak jaket yang darling I love U.


pemandangan hadapan rumah ni. Banglo tuuu.
ah tapi ndak ramai penghuni rumah sekitar sini.
Pakcik Phill kata..weekend akan ramai penghuni dan siap penuh parking kawasan tepi jalan..
agaknya orang ada-ada buat rumah sini, sebagai rumah weekend saja kot.




jalan kaki...cuba cari dimana ada kedai.
Fath masih penat la tu, minta berdukung.

sejuk tu jangan ceritalah.
lagi angin tu.
macam air ais menampar muka...gigil muka..keluar mukus dihidung..orang khatulistiwa kan..

Waafa, please time ni juga mau menguap dia ni..



jalan-jalan..dan jalan.

haha. saling yakin disini ada kedai.. di sana..

terjumpa orang terus tanya.




jauh juga jalan ni..
kawasan perumahan ni sebenarnya besar dan entahlah....
kenapa kedai runcit tadak..


sampai lampu simpang empat ni..
SS sudah capek.. Berat Fath tu lebih 13kg juga tu.. nasib Waafa semengat kesukanan..kalau tidak...habis I.

lagi kelaparan kan...
makanan sendiri habis kan..minum 3 in 1 saja mana cukup

kita bingung mau terus atau belok kanan.
dalam peta macam kena belok kanan tu.

alhamdulillah anak belum minta nasi.


sekali belok...memang deretan kedai...yahuu.
tapi kedai runcit dimana???

jumpa geng 7E.
siap jual indo mee gitu.
tapi kami mau pasar raya yaa.

jalan dan jalan. Tanya jugalah orang yang diyakini boleh bantu..

alhamdulillah jumpa.....

kedai situ macam lengang jugalah. Mungkin pagi kan..lagi weekdays.

ok bila masuk kedai runcit begini...barulah boleh fikir mau masak apa nanti.
sayangnya harga seafood mahalllll giloo
Perth ni tepi laut..tapi kenapa?

sebab kebuluran...lagi tiada tempat macam taman kah apa di tepi jalan
kita duduk bus stop untuk alas perut yang kebuluran itu.


cover sikit bang, makan tuu..


macam panas terik, tapi sejuk menampar-nampar muka.


sini bas dia, berhenti jak walau tiada orang.
dan kalau bawa stroller atau luggage. bas akan menyenget turunkan laluan tu,


dah lah bang.
jom balik....cadangan asal hari ini, kita round CBD jak.
tapi macam rasa seronok tengok suasana local sini.
kami berlamaan lah situ menengok bas yang lalu lalang.

laluan ni lah rupanya menjadi laluan sepanjang kami menginap sini.

vandalisme tidak ketinggalan terlihat di situ. Ini bermakna orang gatal tangan ada dimana-mana...kena hati-hati dan jangan lupa minta Allah lindungi sokmo.



alang-alang ada nama jalan 'Kota Baru' ni..I pun maulah ambil gambar. Loya muak ni..kalau jalan rasa lain tu tetap ada, cuma segar banyak jugalah.

ok. kalau duduk sekitar Newcastle Road ni, jangan risau bab makanan yang mau dicoba..ndak payah pi Freemantle pun boleh makan sini..kedai kopi pun banyak


masa jalan pi cari kedai tadi, perasan ada kedai roti yang soudough ni.
tapi sebab kejar kedai runcit, kita kata nantilah balik singgah,

kena mendaki sikit, sign dia kecil jak.
banyak pilihan makanan halal dalam ni

SS macam ndak yakin. Dia tanya kalau ada guna lemak dari haiwan haram.
bang oi...sourdouh ni mana ada guna benda haiwan tu..arak pun tiada Sebab tu ni makanan bagus.
sebab teruja..marilah kita ambil gambooo.

kedai dia kan, macam eh kedai kaini dapur rumah kita?
sebab tiada ciri-ciri kedai pilihan keluarga gituuu..

Waafa sudah capek,
marilah umy dukung sekejap. Nanti jalan ya..



tengok sign dia...bajet berjimat cermat sesunguhnya


belakang tulah simpang terduduk kepenatan tadi...
simpang perdebatan mau terus atau ke kanan.





banyak lah kita ambil gambar sepanjang jalan.
mau tunjukkan suasana situ, macam negara kita saja.
cuma bersih
dan sejuk.

balik tu kita pilih jalan lain..sebab mau melilau tengok rumah orang sini,


sebab ni pokok lemon...kita pun kagum lah
hehe



pokok lain dah start kuning.

diorang ni parking  banyak ditepi jalan..
menunjukkan apa tu...
padahal ada jak garaj di tepi rumah...ehe



ok jumpa jalan balik rumah...marilah pulang kecewa sebab tiada haiwan boleh buat lauk dijual dikedai tadi.

terjumpa bunga levender di tanam, ya ampun wangiiii.

nama-nama jalan sini pun senang hafal...



bukan sajakan tunjuk kagum...tapi menunjukkan tong sampah yang rebah di tiup angin...gagaga
betapa kuatnya angin dikawasan situ.


sampai ruamhhh...
kita mau masaklah kunun.

cantik dapur uncle ni.


roti sourdough
yang tahan lama diperut..
cuma kena makan dengan jem buahan baru sedap..




siap makan kita macam mau buat apa ya..
mandi dulu om...


continue..




nota:
1. bawa makanan segera yang bukan berunsurkan daging. (nasi lemak segera, nasi briyani segera dalam kotak)

2. makanan halal..cari saja kedai sourdough, kedai runcit, fish and chips (ni buka sebelah petang sahaja),

3. rice cooker adalah wajib. Beras bawa sikit untuk makan hari pertama kedua. Next. boleh cari dalam kedai runcit mereka.