bismillah.
Oktober 2016 kita ke Perth,
cadangan bukan disusun baik sebenarnya.
mau ke Busan- Jeju impiannya..ada niat lain mau ke situ.
tapi harga tiket pi negara tu kejam betul
ternampak tiket ke Perth..RM199 sehala untuk pigi.
apalagi...kita tempahlah.
awal 2-3 bulan dari tarikh mau pigi.
masa tu SS sudah siap hardbound tesis dia
SS bukan jangka mau ke negara tu.
langsung tidak terfikir.
dan malas jugalah ke sana kalau sekadar berjalan.
itulah, visi travel orang bukan jutawan ni..kena adam misi visit Dan tujuan 3in1 dan parking utama jelas. Kalau boleh biar 10 in 1 misi.
baru ngam dan berbaloi baloi.
2 minggu sebelum, kita mau urus passport dulu. ok ini bukan
contoh yang bagus. Australia bukan dapat visa on landing..jadi kenalah urus awal pasal ni..kena selesai awal pasal visa. Barulah lega banyak.
.
Tapinya, SS kerja kan..
Ingatkan sekali pigi selesai lah renew passport. Yola last pakai pi Surabaya 2015 tu.
.
jadi pigi Imegresen KS 2 kali pun. Masih belum selesai.
1 habis nombor.
1 lagi pun sama..mbahah.
Lucu pula kisahnya.
kata pegawai, nombor terhad.
laaa...kalau tahu susah begini..baik kita buat awal kan,
Kata SS anak Tuan Haji pi Raub untuk buat passport, sebab n guna segera. Bermakna imegresen kawasan Lembah Klang ada, masalah la ni...
Petang pi UTC di Pudu pun sama, habis.
besoknya, Sabtu pigi lagi UTC tu..awal pagi boleh juga kita berbaris panjang,
sekali..dalam 5 orang ke depan tu nombor habis.
sedihhhh....
tapi lagi sedih pasangan di belakang kami. Tiket laki bini terpaksa burn, sebab urusan passport. Rasanya mau balik kampung di Indonesia dengan bawa baby dalam 3 bulan atau kurang.
sedikit sebanyak, kami kurang sedih. Redha.
ada lagi orang lebih hebat ujian dari kita.
maka...kita pun terus pi kenduri kawan, di Senawang.
Akikah.
anak sulung.
pula BFF SS, datanglah,
.
siapa sangka. Habis kenduri..kami masih terfikir pasal passport. Dan kita cadang ke UTC Melaka..dekat dah Senawang ke Melaka tu..
.
Seperti biasa, leader mesti yakin sebelum bertindak..
SS call UTC Melaka..nombor ada.?. heran kot pegawai tu. Dengar soalan gitu..
maka... disitulah kita membuat passport yang sudah sampai ajal. Sebab sudah habis umurnya si passport,kita pun buat barulah. Terus 5 tahun umurnya. Lama la sikit. Kalau jenis everyear travel...memang melompatlah happy. Kalau macam kita ni....pasrahla.
lepas siap urusan Passport baru. #UTC memang best..sebab senang dan waktu operasi panjang..sampai pukul 8 malam.(update 2019: 8am-5pm everyday).
Passport ada nyawa barulah kita boleh pohon visa.
pohon online.
kita pohon visa online Australia di sini bayar dalam RM20-30 seorang. Kita tawakkal.
lagipun ramai kata ( dalam tulisan blog etc
bab VISA Aussie ni...jangan risau. Diorang memang sediakan agen-agen untuk tu.
yalah..pengunjung kan akan bagi duit dekat negara itu.
.
dan dalam 3 hari, diorang respon dalam email.
dan visa tu akan on, bila kita tiba di imegresen sana nanti.
jadi, pohon awal adalah bagus. Supaya ndak kalam kabut. Ingatkan kalau pohon awal,masa Tu juga akan hidup...jadi risau waktu hidup sekejap,itu yang lambat lambat urusin.
sebab akan lebih 10 hari disana,
maka bawalah periuk karan.
kita beli yang kecil.
dan segala makanan yang berunsurkan haiwan.
nasi impit pun, gula eh eh. berat semua ni dalam 2 kg la juga.
bawa mangkuk. Pinggan macam ada juga.
Penerbangan pagi.
Seperti biasa,mesti awal sampai airport ya. Check-in awal adalah lagi bagus untuk keselesaan.
Bawa 2 luggage. Sebab musim sejuk (bukan winter) jadi sudah pasti lebih banyak pakai jaket saja kan. Yang dalam tu bawa baju nipis saja.
.
Budak paling happy bila sebut nak naik kapal.
#datangawal pi airport.
walaupun sudah chek in online.
penerbangan antarabangsa kan banyak betul mau dibuat. Prosedur tu la
.
Mata bengkak..pun kena swafoto.
up lebih sikit gambar budak-budak baru bangun ni. Masa ni musim apa tu..perhiasan tu la jadi PROMO nya.
ok jak diorang cuma chek benda bahaya.
bila next chek...
memang lah kan..
semua makanan kita ni dirampas oleh kastam KLIA..kah kah. punya kasihan.
kami ndak masukkan barang dalam kargo sebab kedekut.
dan ya...
kalaupun selamat di KLIA.
sampai Airport Perth tu...wassalam jugalah jawabnya.
#barangmakanan dalam satu beg-senang kerja kita, senang kerja orang mau periksa
sebab sudah tempah online awal nasi,
kita senyum banyak dalam kapal.
warna dan kertas adalah toys budak ni.
senang.
bila berat..boleh buang jak.
kurang beban.
.
walau selalu jugakan naik kapal.
tapi Airbus ni sedikit banyak kerusi kan. dapat seat tengah, duduk untuk 3 orang..kita 4 orang.
rezeki dapat family India mau kami tukar seat. yang 2 saja. SS dan Fath duduk belakang. I dan Waafa depan depa.
naik jak, keluarkan barang diorang ni. Mata diorang sangatlah segar bugar.
jadi bolehlah duduk..2 depan ni...
2 belakang.
senang urusan kalau anak mau ke tandas kan.
doa orang bermusafir ni makbul kan.. jadi #sentiasa pasang doa
lagi kan..kita pigi negara yang kita ndak tahu camana keadaanya.
yang kita macam terfikir juga..bolehkan kita survive dengan tanpa makanan yang dah kena rampas tadi...
sedihhh. :(. Habis budget burn....
Untuk online, AA ni, ulang siar..
makan kena tempah, paling lewat 2 hari sebelum terbang.
24 jam sebelum fly sebenarnya.
tapi biarlah awal.
.
lagi pula..makanan tu boleh simpan dan bungkus nanti bila sampai..
manalah tau kan kenyang,
sebab di airport sana, totally lain keadaan.
.
dan ya..selepas 7 jam di dalam kapal.
Mohlah kita mendarat..
dapat tengok suasana dibawah tu.
rasa macam kita pigi bumi yang sama jak.
cuma lain culture dan orang.
suhu pun tentulah lain. (masa ni musim luruh)
lainlah dunia akhirat barulah totally lain suasana kan.
insaf banyak.
dan..
I rasa ini macam sesuatu sangat.
staff AA sembur untuk pastikan kita bersih dan selamat sebelum keluar kapal.
macam lain kan...ekkkk. macam kita sejenis berpenyakit pula...
ye..sampai. Alhamdulillah.
muka malas disiapkan...dan berkejaran sebab kita kan antara last keluar. memang kalau dating muka macam ni, kena pangkah awal-awal...heeee.
menandas dulu kita.
bawa spray untuk urusan mencuci mudah.
tapi, selesanya pakai botol jak pun boleh.
elakkan basah lantai tu ya..budaya orang sana kan suka yang kering-kering.
di Perth Aiport ni...
Lepas keluar. Dari kawasan check passport tu.
ada pray room. senang. ada tempat wudhu.
walau semua agama boleh pakai bilik ni,
ketersediaan ruang wudhu ni nampak diorang tahu, kita muslim perlukan.
siap solat,
cari kad untuk telefon. untuk urusan call tuan rumah.
lepas tu macan blurr. camana mau keluar ni mau ke rumah penginapan.?
silapnya. kita ndak bertanya dengan staf di kaunter camana mau ke CBD Perth. Sebab dalam map, rumah kita tu luar sikit dari CBD
ok. sebenarnya yang kita buat..keluar jak dari ruangan ketibaan. Cari pondok bas.
situ akan ada orang lain yang menunggu.
bolehlah tanya.
bas sini bayar,
tapi jangan risau, ndak juga mahal. Banding naik UBER atau seumpanya.
owner rumah sudah call tanya.
chek list bila sampai.
1. cari simkad.
2. solat
3. cari flys yang ada peta kawasan situ (kita mahu tuju)
4. tanya information counter.
5. Barulah tanya orang yang kita rasa boleh bantu.
6. Tanya driver bas.
7, Print semua berkenaan penginapan. Manatau hp kong
untung jadi budak. senang duduk.
bas ni ada laluan sendiri, jadi senang betul lah dia bergerak.
jakun kita.
budak satu ni pun untung, senang untuk duduk.
sementara SS tanya, kita selpi.
chek list dalam bas
1. Tanya pacik driver, bas ni kemana.
2. mau selamat, minta pacik tu turunkan di stesen bas utama. sampai situ senang lah pergerakan
syukur, pacik tu tahu sikit tempat kita mau pigi.
tapii, dia bukan expert bab jadual perjalanan bas sini, walau kerja bawak bas,
dia suruh kami naik bas lain. Yang kebetulan last bas.
bas CAT, nanti kena jalan kaki sikit..begitulah katanya.
sebelum naik bas tu.
kami tanya lagi dimana alamat ni. bas ni tidak lalu situ,
tapi ada cara ke situ bila dia turunkan nanti di bus stop mana-mana.
dapatlah cuci mata tengok kawasan CBD Perth yang ndak juga risau kalau sesat.
sebab ndak juga luas dan boleh faham sign dia.
pacik tu turunkan kami di bus stop yang tiada pondok.
maka kami makanlah angin disitu dan malam pula. kan sini awal malam..
dia suruh kami jalan kaki ke kanan dan nanti situ ada bas akan lalu.
masalahnya kami tidak yakin dan macam jauh kot mau jalan dengan budak dan beg 2 ketul ni. dengan sejuk angin dan malam...uh. Perth ni malam jadi macam suasana kampung ok. Senyap banyak. lagi hujan dah start turun.
yang boleh guna 2 sim, hanya hp I.
sim sana pakai dalam hp I
masalahnya hp I tu mana ada app yang penting
macam UBER tuuuuu..geram
kita sekarang perlukan UBER sebab sini dah dekat rasanya.
hp SS apantah masalah. Dia ada apps tu.
dengan hotspot. akhirnya berjaya booking UBER.
dan kena bayar guna kad kredit.
tu yang macam kejutan juga buat kita ni.
UBER tu warga Indonesia, Chinese kot. Dia dah menetap situ.
ooh ya. Sebab ada budak 2 ni.
punya risau yang driver tu, sebab undang-undang budak kena pakai baby seat tu. Dia ndakda benda tu.
kita kata, insya Allah ok kot.
risaulah kalau kena denda kan...
sampai jak Uncle Philips tu dah ready tunggu dan siap sediakan payung extra untuk kami
sebab dalam tempahan kita maklumkan ada budak. Uncle tu sediakan lah kereta niiii.
sebagai tuan rumah, uncle tu pun bawa kami round rumah dan kenalkan keperluan dalam tu, segala makanan di peti ais. ada beras, sardin...
sebab sejuk melampau kan...
dapat api palsu ni...terasa indahnyaaaaa.. jadi up lebih sikit muka garang diselubungi teruja.
.
Masa ni..lapaaaaarrrr. penat. Dan paling utama, solat duluuuu..
.
be continued...