Semalam 11 September,
Aku ada apoimen dengan Klinik Kesihatan.
Eh..kalau dah mengandung, haruslah sentiasa ada apoimen.
Macam aku ni dihujung-hujung sudah.Kenalah setiap minggu gi Klinik. Chek tekanan darah, chek urin, chek kepekatan darah (HB). dan chek lain-lain. Macam janin dalam perut (scan).
Paling cepat dalam sejam, boleh settle.
Atau 4 jam.
har har.
Minggu lepas aku minum air gula. Sebabnya sebelum raya hari tu masa chek urin, ada something dalam tu. Doc sebelum tu kata tidak perlu minum air gula, sebad dah ambik darah dihujung jari, bacaan OK.
Bila pegi selepas beberapa minggu raya, Doc lain pula suruh minum.
Deng.
Kesimpulannya, minum air gula untuk chek paras gula dalam badan. Kalau keturunan tiada masalah kencing manis, insyaAllah ok. Tapi ada juga yang tiada keturunan kencing manis, tapi bila preggy bacaan gula KO.
ok abaikan.
Semalam aku target mau minta Scan. Iyalah sebelum ni boleh pula Hospital Suh aku beranak paksa. Bila aku Minta Putra Medical Centre, diorang kata buat pa beranak paksa kalau tiada masalah!.
Deng.
Jadi, aku teringinlah scan baby. Mau tengok ketuban, ok atau tidak.
Tapi the hari tu yang bertugas Doc Lelaki.India.Sasa.Tagap dan tinggi.
Telan lioq aku.
Cancel impian.
Masa Doc tu tanya macam-macam. Kebetulan bacaan urin aku bad, sebab semalamnya aku makan maghrib, minum pun kurang.
Aku doa banyak-banyak, janganlah Doc ni minta scan.Ulang-ulang dalam hati.
Lastly, Doc tu suh baring untuk scan. Pembantu dia yang macik India pun ready tutup pintu.
waaa.
"eh Doc, husband saya tidak benarkan saya di chek oleh Doc lelaki...sorry ya Doc".
aku rasa masa tutur ayat tu, aku macam buat salah. Lepas tu gaya aku macam eh..gedik-gedikan.
ei.jijik.
Puncanya sebab aku rasa apaka ayat yang bagus dan tidak membuat aku rasa bersalah dan aha..aku sebenarnya risau juga akan baby dalam rahim ni. (-__-).
Hasilnya tula...aku buat ayat amatlah susah.
Takpa Angah, nanti kita gi PMC scan ya. Harap ok semua. Walaupun Due besok, kalau Angah rasa mau stay lagi.Silakan nak, ada peluang kami kasi layan Fath dulu.