sama ada haiwan baik pekerti mahupun yang liar.
maka pada suatu masa, aku sengaja menunjukkan kepada Fath seekor kucing yang kecil dan ditinggali ibunya.
Fath teruja langsung menekan-nekan perut kucing itu sebagai tanda sayang.
Ya.. begitu gamaknya otaknya memproses cara menyanyangi haiwan.
sebagaimana dia menyukai patung-patung mainan yang tiada emosi.
Ada suatu masa, Fath memicit perut kucing sehingga kucing itu tercirit. Ya Ampun, sangat comel kamu nak..
Ada juga semasa kami sibuk bersentap makan-makan di kedai kecil. Fath tidak dapat duduk diam kerana di bawah meja yang lain terdapat seekor kucing sedang enak meratah hasil makanan yang diberikan orang.
Aku juga begitu semasa kecilku. Kucing ku ibaratkan sebagai adik yang perlu disayangi dan dimanjai selalu.
Seketika ibuku selalu mengulang-ulang cerita, bahawa aku sangat mencintai kucing. Sehingga memanggil kucing-kucing peliharaanku sebagai adik.
Tetapi satu detik peristiwa pun aku tidak ingat tentang itu.
Yang aku ingat, semasa aku bersekolah rendah, tinggal pula di rumah yang sentiasa dipenuhi karung-karung padi. Kami ada memelihara berkawan-kawan kucing. Dan kucing yang berbuluh putih kami gelarkan si Putih, sentiasa kami jadikan penjilat muka diwaktu malam.
Tiada terfikir bahawa si Putih itu mungkin baru selesai meratah tikus-tikus yang menyerang padi-padi di sawah mahupun yang sudah cantik bersusun di karung.
Kini, aku tinggal di rumah yang tiada memelihara kucing, tetapi naluri menyanyangi kucing tetap tegar berbugar. Malah terturun kepada Fath pula.
aku harapkan suatu masa nanti, aku akan memelihara beberapa ekor kucing sebagai penyubur rasa sayang pada haiwan di dalam diri kami.
aminnn.
lohhh..kucing ini sudah tiada di dunia |
ini dia juga |
anggaplah bear hanya sebesar itu dan secomel itu, walau hakikatnya beza.. |