06 September 2013

Raya 2013




Tahun ni beraya di kampung Koyan. Turn sana. Kebetulan pula kandungan sudah mencecah 8 bulan. Ada risiko untuk menaiki flight.

OOh..gambar ini diambil pada 1Syawal, oleh Bang Long. Dia pernah jadi jurugambar semasa majlis walimah kami 2010 dulu. Dia berkerja sebagai jurugambar sambilan.

Semasa ingin mengambil gambar, kami baru selesai beraya di sekitar rumah Nenek Koyan. Budaya disana raya pertama semua orang di jalan rumah Nenek Koyan akan round beraya. 
Ada dua kelompok. Kelompok lelaki akan beraya selepas solat sunat Raya.
Kemudian selepas itu kelompok perempuan pula.

Aku sempat beraya di tiga buah rumah sebelah. 
#Pertama, sebab masa tu Fath tengah tidur dengan aman. Nenek Koyan pula kurang sihat, jadi minta tolong dengan Nenek Koyan tengok-tengokkan Fath.
#Kedua, aku tidaklah larat makan banyak, jalan banyak larat boleh kot. Hee
#Ketiga, dah tengah hari kepala aku memang telah terset untuk tidur. Hohoh.

Tahun ini, hanya aku yang ada baju raya, beli di PKNS Shah Alam. Zauji tiada, sebab semua kedai yang masuk, semua baju dia tidak berkenan. Fath pula, dihadiakan oleh Pacik Popoinya. Siap pos laju hantar gi Koyan. 

Tahun ni juga aku sudah boleh menganyam ketupat palas, nenek Koyanlah tu yang puji-puji. Aku memang kurang suka duduk lama-lama, tapi dah nenek Koyan sorang saja yang buat, aku bantulah. Dan hasilnya, aku pandai...*piraaaah

Raya tahun ni juga kami sekeluarga tidak sempat solat sunat Raya. Haha. Sebabnya banyak, antaranya parking jauh.

Oooh. Semasa gambar ini diambil. Fath buat perangai, berkeras tidak mau di dukung. Tidak mau duduk. Bila dah habis turn. Dia pula kemaruk mau bergambar, duduk atas kerusi sendiri. Padahal tu turn adik beradik yang lain.

Hee. Dua kali beraya sini, dua-dua bawa baby dalam tummy. Haaa