24 September 2013

Adik Fath yang pertama

Segala puji bagi Allah yang menciptakan dan menjadikan kita semuaaa.

Alhamdulillah pada 20 SEPTEMBER 2013, pukul 12.48pm. Adik Fath yang pertama berjaya melihat dunia.Waoooo..

Ketika dunia sedang menanti azan jumaat berkumandang, Angah telah lahir. Doktor Wan Ratna Iza memberikan peluang zauji memotong tali pusat. Doc ini jugalah yang menyambut kelahiran Fath dahulu.
kali ini sungguh manis kerana saya 'terberpeluang' melahirkan bertemankan Indo',Fath yang comel dan sudah tentu zauji yang sejak subuh sudah tidak kekeruang itu.

Terberpeluang ini adalah satu nikmat yang saya harap sangat, ketika saya telah memasuki labour room (LR). Ketika zauji sedang meneman menunggu 'bukaan' menjadi lebih sesuai.
Zauji bertukar dengan Indo' untuk memasuki labour room.
Prosedur LR hanya membenarkan seorang meneman.Tambahan Fath pun perlukan teman untuk menunggu di wad.

sampai ketika dengan berat hati, saya cakap dengan zauji
"bagi  mak dulu ya..nanti dah bukaan makin besar,abang pula".

eh, nantilah..saya sedikan entri untuk proses kelahiran Angah ni yang juga lebih hari seperti Fath.

Semoga anak perempuan pertama kami ini terus menjadi saham-saham yang berguna kepada agama,bangsa dan negara.aminnnnn

*rambut Angah lebih lebatla...heee..dulu Fath halussss sajja.



setelah 3 hari




*gambar-gambar telah diketik dan diedit oleh Yani kembar