beberapa kali aku bengkak hati.
bengkak hati kerana keinginanku untuk bercoret-coret mati.
dimatikan oleh kerenah laptopku yang tiba-tiba mati.
bengkak hati oleh laptop zauji yang kurang assam.Tidak mahu menerima sign in yang aku buat.
sampai ketika aku mengadu dan mereport penuh jengkel.
"apa ntah masalah laptop tu, sampai tak boleh sign".
zauji tenang-tenang menekan butang huruf dan ya ampun.
mudah saja.
Aku rasa kalau waktu itu laptop ini sejenis manusia.Aku akan tuduh dia hipoktrik. Ataupun munafik kelas bawahan!.
Itu bunyi jika bengkak hati sedang berlaku.
sejak Fath pandai berkawan..aku lihat dia semakin berbahaya... |
aku bukan inginpun bercerita tentang perangai buruk itu. Iyalah apa kebaikannya kalau dilayan perasaan bengkak hati???
sekupang dua tiada kebaikan!.TITIK.
aku ingin bercerita tentang MITHALI.
satu perkataan yang selalu laaah terdengar.
Bunyinya macam sesuatu yang baik. Atau macam sesuatu yang boleh dibuat sindir-sindir orang.
Tapi aku berusaha untuk tidak menyindir. Kerana tiada langsung niatku begitu. Juga aku tidak mendapat secubit kebaikan apabila melakukan perbuatan itu.
Aku paling jengkel menulis kebaikan orang. Seperti aku bercerita tiada ruang satu pun kejahatannya.
Tetapi hidup ini ada pilihan, yang tiada siapa boleh menghalang pun.
Misalnya aku ingin bercerita tentang keMITHALIan zauji.
Walaupun bunyinya mungkin "aha..poyonya".
Tapi, bila dikenang-kenang. Apa masalahnya aku menulis kebaikannya?. Wang Malaysia hilang?
Aku kenali setiap orang dilahirkan bersama peluang untuk baik.
Dan akupun begitu.
Akupun ada peluang untuk menjadi baik.
Namun, aku tidak bolehlah 'poyo' sangat mengharapkan orang disekililingku akan baik-baik juga.
Itu seperti kau mengharapkan dirimu berkahwin dengan lelaki golongan malaikat. Lelaki yang sempurna tanpa ada cacat cela.
atau memiliki Anak-anak yang sempurna tanpa ada bunyik kerenah.
abaikan itu..
Sejak aku mengandungkan adik Fath ini, aku lihat bibit MITHALI zauji yang ketara.
Ada waktu, aku hanya baring-baring menutup mata. Sambil melayan gerakan janin yang sentiasa membuat ingin mengeluh dan mengesah.
Dan jam menunjukkan 2 pagi. Fath akan merengek-rengek. Aku rasa dia bangun untuk membuang air kecil di lampin pakai buang.
Kemudian mengharapkan mulutnya disumbat sejenis cecair bernama susu tepung.
Aku kadang bertangguh-tangguh. Jika tiada pilihan, aku akan bangun dan mengisi botol susu dengan susu tepung.
Tetapi yang selalu berlaku lain,
zauji yang kadang otaknya aku rasa dipenuhi dengan agenda-agenda hidup dan pekerjaan, akan bangun dan menghidupkan lampu picit handfonnya kemudia mengisi 6 sudu susu tepung sebelum menuang air sejuk ke dalam botol itu. Dan menyuakan ke mulut Fath. Kemudian menyambung kembali mimpi tentang agenda-agenda semasa bernyawa.
3 jam kemudian, anak itu kembali sedar bahawa dimulutnya telah kehabisan stok susu.
dan kejadian itu berulang.
itulah yang MITHALI nya.-har har har
nampak koman sungguh.
Tetapi jika nanti kau sendiri berada disaat itu. Kau akan merasa betapa deritanya apabila mata yang berat dipaksa dibuka.
Sedangkan kau boleh berkoloborasi dengan isterimu yang kerjanya tidak seberat dirimu.
Minta saja isterimu bangun, atas dasar kemanusiaan.
Dan kau perlu tidur atas dasar kepenatan melampau.
diulangi:
Tidaklah bila kita bercerita tentang yang baik-baik, kita seperti berumah tangga dengan manusia malaikat. Tidak!
Semua manusia hidup bersama kekurangan dan kelemahan.
Tetapi tidak semua kekurangan dan kelemahan itu menjadi penghalang membina MAWADDAH, SAKINAH wa RAHMAH.
*usap adik yang dah masuk minggu 40.bila-bila masa adik akan keluar melihat alam ini*