selepas cuci mata di puncak Gunung Pesuruan...
singgah sarapan jagung bakar, goreng pisang+kopi 3 in1 di gerai kecil..
kami turun ke bawah sikit dan misi seterusnya ialah...ke Gunung Bromo yang tengah aktif membakar tu :(
dibelakang tu kawasan perumahan yang terletak di puncak pergunungan...bertingkat-tingkat gunung disini... |
barisan jip yang disewa oleh kumpulan kami...aada 3 semuanya |
SS duduk depan saya...dan ketua rombongan..saya sebaris dengan sepasang suami isteri...hee..muat jugalah... |
jalan ni bagus jak..kiri tu ada gaung...ketua rombongan ni kata..ala-ala Afganistan suasananya tu..dia dah pernah pi sana..dia cerita gaklah camana suasana Afganistan...rasa mau juga pi negara tu... |
jalan dan jalan..
nampak suasana berawan berkabus tu...boleh jak singgah ambil gambar.
tapi kami macam eh-eh...camana nak singgah.
terus turun jaklah menerusi lereng tu...
sebelum ke Gunung Bromo..lalu kawasan ni...atas ni memang berkabus...tapi bila matahari dah naik...agak kurang sudah |
kabus pun segan-segan sudah |
singgah ambil gambar..hahaha..peace ni macam aneh-aneh jak...gembira kot suasan sejuk tu |
ni pun gaya macam eh..eh apa benda tu gayamu |
ahli rombongan kami dengan banner |
mari kita ambil gambar dengan banner...eh-eh ada orang masuk lah.. |
jip parking sekejap... |
sekejap jak pun..ni bangga sebab naik depan jip orang..sabar jak pak supir tengok jeep jadi barang |
Teruskan perjalanan...pak supir cakap..nanti kita akan naik kuda untuk ke Gunung Bromo tu..
dan pak supir cakaplah..siapa nak naik kuda, dia nak hubungi kawan dia kat sana.
dalam jip kami..ada 2 orang yang kata nak naik kuda.
kami tidak.
sebab ada baca....#banyak kuda dekat sana menunggu...jangan risau habis..kalau habis pun jangan risau..tetap ada.
dan kos tempah awal kuda tu boleh dikurangkan bila kita dah kat sana.
dan jalan sikit..
sampailah ke kawasan kuda menunggu.
ahli rombongan pun naik kuda di chek point ni..para jip parking situ gak. |
ahli rombongan semua naik dan bergambar...kami dah mulakan berjalan kaki ke kaki gunung Bromo |
kita ambil gambar dengan kuda jaklah sebelum memulakan perjalanan kaki |
padahal..boleh saja jip tu lalu jalan ni...saja bagi kuda pula..hemmm |
mula Fath nak berdukung....pelan-pelan pujuk |
jalan dan jalan kaki...kami dan pasangan suami isteri 1 jeep tadi... depan ni ada bilik air...pasangan suami isteri tu singgah...sambil tunggu ambil gambar dengan gunung Bromo di belakang tu |
bahaya sulfur putih tu...sambil tu 3 orang tadi masih menunggu kami..eh-eh |
proses memujuk Fath..kata abi nak naik gunung sekejap..Fath dengan umy.. |
di gunung berapi gak...dah mati gunung ni..kalau hidup lagi...memang kawasan ni tidak selamat kot. |
SS dan suami pasangan tadi teruskan jalan kaki...jauh gak jalan tu..aku kata..kalau rasa tak larat...naik jelah kuda tu..anggap kita sedekah jelah kalau mahal tu.. #berbukit tu yang orang prefer naik kuda ni pun ambil gambar dari tangga...belakang tulah gunung Batok..gunung berapi yang tidak aktif suda
Diorang 2 ni naiklah ke kaki gunung.
lepas naik kuda..akan naik tangga ni.
kira masa naik kuda tu sebab simpan tenaga untuk naik tangga ni.
kawan tu pakai topeng..sempatlah tengok kawah yang keluar asap tu..Sulfur ok..berbahaya sebenarnya.
SS kata dia nak naik puncak...tapi sebab asap tu jadi susah nak bernafas..
dia cepat-cepat turun.
baguslah begitu..
kang pengsan pula..1 hal pula.
lagi pun kawasan tempat keluar kawah tu..sangat tidak 'safety first'.
memang peluang jatuh tu besar.
Diorang peduli apa kan..asal ada.
tapi ramai gak aku nampak dari jauh..selfie dengan asap sulfur itu...ajaibnya mereka.
tengok gambar tu..pun nampak orang selfie dengan asap sulfur tu.
kalau untuk kenangan baguslah.
kalau untuk kebanggaan..memang menakutkan.
SS dah sesak nafas...
dia turun dan tunggu kawan tu dekat tangga.
kami pula...lepas keluar bilik air..kami cari port menunggu.
semua tidak selesa.
kami pi lah kawasan keliling kuil tu.
ingatkan ada tangga...boleh lepas bawa pokok.
tapi tiada
gambar kuil ni dari puncak Bromo..
bulatan hitam-bilik air
bulatan biru..tempat tunggu dan ambil gambar :D
kami u turn gi kuil..cari-cari tangga.
jumpa tangga di pintu kuil.
disitulah kami menunggu SS dan kawan tadi. Bulatan hijau tu
tertidur-tidur Fath di tangga tu menunggu
sumber gambar di sini
bulatan merah..tempat jeep parking.
boleh saja jeep tu ke kawasan kuil tu..
tapi...mungkin kawasan tu banyak habuk ..or sebab mau bagi kuda 'sumber duit'.
jadi parking dikawasan merah..dan seterusnya orang naik kuda..
kalau larat nak naik tangga..lepak bawa pokok di tepi kuil..tapi tinggi
lepak di tangga ni jaklah.
sejuk pun terasa gak..walau matahari dah naik. Kredit gambar
sambil tunggu berboraklah..
dan nampaklah ada orang tu bawa karung dan kutip najis kuda.
ada alat dia.
dan seorang pacik offer kami naik kuda..
"pusing-pusing buk".
aku tanya harga.
30 000Rp.
mahal gaklah..dalam RM10 tu.
kami gitau kami tunggu suami masing-masing.
dan pacik tu menunggu sama.
memang ayat kami tu..menunjukkan peluang 'kuda dia'.
maka bila SS dan suami kawan tadi turun dari gunung naik kuda.
SS ambil Fath dan naik kuda lah aku dan Waafa. Kuda ponny oklah rendah jak,
tapi pacik tu tolong tolak naik.
segannnn den.
boleh jak naik sendiri sebenarnya.
huhu.
tadi ayat pakcik tu "pusing-pusing buk".
mana ada pusing pun.
dari kuil ke kawasan parking jeep saja.
dekat saja pun.
tidak apalah. Peluang naik kuda tu jak yang dimahu.
kawan tadi dia preggy. So follow husband dia naik kuda...dia jalan kaki
|
sempatlah bergambar sama. |
pengalaman naik kuda ni rileks jak.
cuma nak imbangkan badan tu sebab Waafa tengah tidur kan..
tengah jalan, aku tarik tali kuda...stop la kuda tu berjalan :)
lepas tu naik jeep.
ingatkan nak pulang dah.
rupanya gi kawasan pasir hitam.
mana lah ndak hitam..habuk gunung tu kan hitam :)
pi kawasan yang agak lawa sikit.
memang subahanallah...cantik vew gunung belakang tu..cumanya..
musim kemarau dan..
tidak pro ambil gambr..
jadi hasil pun 'biasa-biasa saja'.
:)
masuk jak jeep lepas naik kuda...buka carrier...budak ni masih tidur ok. huhu lah kita dukung dia |
saja ambil gambar dengan sampah dekat situ..sebab situ ada orang berniaga makanan kan... diorang main buang situ saja :( |
menu dia apa ntah..makanan ringan..ada mee segera diorang siramkan air panas.
ada ahli rombongan yang makan.
kami tidak makan pun.
tapi menarik hati, penjual baju follow ke situ naik motor..
maka terjebaklah kami membeli baju 'Bromo'.
beli yang kain cotton.
dapatlah murah sikit dari harga jual di homestay.
jalan pusing naik jeep.
eh singgah lagi..
ni kali padang pasir hitam luas ok.
tapi ahli rombongan dah kurang aktif bergambar
ada gaklah hasil gambar diorang share dekat wassap.
belakang tu gunung Batok...dekat kawasan bilik air tadi :) |
lepas ambil gambar situ.
naiklah balik jeep dan balik ke homestay untuk chek out keluar
bersambung,