Dulu Turki.
Kemudian..Jepun.
Kini. Gempa di Padang pula.
Cikgu Sop mengakhiri kelas Georafi dengan sedikit perbincangan tentang isu itu.
Kebetulan berita tv masih hangat dan hangit tentang bencana di negara jiran itu.
"apakah Malaysia selamat dari lingkaran gunung berapi pasifik...?". Cikgu Sop bertanya kepada anak muridnya. Seramai 35 orang semuanya.
"erkk...selamat cikgu...kan lingkaran itu disekitar Indonesia, Filipina...dan Jepun...". Suzanne. Pelajar bermata sepet menjawab. Sesuai dengan gelaran yang diberi. Gadis Jepun.
Dia begitu mahir dalam subjek Georafi.
"Betul!...paling pun kita hanya terkena tempiasnya...". Cikgu Sop terus menerangkan.
"adakah tempias itu tidak membawa kemusnahan harta benda atau nyawa cikgu...?". Natsir. Pelajar India muslim yang penakut itu bertanya.
"setakat ini...belum ada lagi...kecuali....". Cikgu Sop cuba untuk tidak menerangkan.
..................................................................................................
"cikgu... bencana sudah pernah melanda negara kita bukan sahaja kemusanahan harta benda, malah menyebabkan kehilangan nyawa....lihat sahaja banjir kilat kat Shah Alam...itu kawasan bandar terancang....Banjir kat Johor...Ribut Greg kat Sabah...". Nurul Akma bingkas menjawab.
"a'ah..tapi itu tidak termasuk dalam aspek gempa bumi..". Suzanne bingkas memotong. Dia memang sedikit tercabar. Isu itu sudah lama berlalu.
Nurul Akma diam. Memikirkan sesuatu.
"Mungkin...selamat untuk tidak terlibat dalam gempa...tapi bencana lain...mungkin tidak...malah nisbah kerugian mungkin sama..". Nurul Akma menarik nafas.
"betul tu Nurul...itu dinamakan bencana alam...". Cikgu Sop cuba menutup perbincangan sihat itu. Fail dan buku-buku di meja guru sudah dikemas. Tinggal untuk angkat kaki sahaja.
"ya cikgu...dan sebagai tambahana.....ada masanya bencana itu tidak pernah terlintas dalam ramalan manusia...". Nurul terus menerangkan.
pelajar-pelajar lain diam. Mungkin memberi peluang Nurul Akma menerangkan penerangan yang tidak nampak maksud lagi.
Mungkin juga mereka merasa isu itu sangat menakutkan.
"contohnya...?". Lim dan Bakhtiar serentak bertanya.
"Ribut Greg yang melanda Keningau dahulu...kedudukan Keningau teramat jauh dengan laut..Keningau adalah dearah pedalaman...bagaimana angin kuat dari arah pantai boleh sampai ke daerah Keningau...sedangkan daerah yang berdekatan pantai hanya mengalami kemusnahan yang sedikit...". Nurul Akma menerangkan begitu bersemangat.
"teruskan Nurul...". Akhirnya Cikgu Sop akur. Penerangan itu tiada dalam buku teks sekolah, juga buku-buku rujukan. Dia juga berminat untuk tahu.
"cikgu...Jarak Keningau dengan Laut adalah sekitar 1ooKM...sejam lebih jika menaiki bas dari Kota Kinabalu...Keningau itu telah musnah...tanpa ada amaran awal dari pihak pengkaji cuaca...banyak nyawa yang hilang..malah banyak peristiwa pelik yang berlaku....................
".........antaranya...sungai yang kecil seluas selangkah kaki, boleh mengalirkan batu sebesar rumah dan air sedalam sungai Pahang...".
antara laporan hari pertama kejadian. Disember 1996
(mana lebih dekat laut...Papar ataupun Keningau?).
...................................(mana lebih dekat laut...Papar ataupun Keningau?).
"bagus Nurul...". Cikgu Sop membelek jam ditanganya.
...................................................
"ok. pelajar-pelajar..kita kena banyakan membaca buku...". Cikgu Sop menutup sesi P&P.
"Boleh saya tahu....buku apa tu yang Akma baca...?". Suzanne bertanya.
"buku...?..banyak buku sebenarnya...". Nurul Akma diam sekejap. Cikgu Sop sudah berdiri di pintu.
"ok. Cuba Nurul bagitahu kawan-kawan mana-mana buku yang terbaik untuk membantu dalam mendapatkan maklumat..". Cikgu Sop masih berminat.
"erkkk.....cikgu..maksud saya...".Nurul Akma seperti kebingungan.
"maksud apa Nurul..?"
"buku tu bukan saya yang baca..."
"aik tadi kata buku...". Lim sudah mula tidak sabar.
"ya..memang buku..tapi bukan saya yang baca...".
Cikgu Sop mengerutkan kening. Sedikit pening dengan penerangan Nurul Akma.
"tak fahamlah akma...".
Nurul Akma diam. Kelas sudah sunyi. Sekejap lagi loceng balik sekolah akan berbunyi
"Nurul, cuba bagi tahu..". Cikgu Sob sudah seperti hilang sabar.
....................................
"semuanya saya dapat dari USRAH cikgu..."
"apakah USrah itu...". Lim cepat memotong.
"USRAH adalah bermaksud keluarga...tempat untuk berbincang dan berkongsi...".
"tak fahamlah.....". Bermacam-macam rugutan kedengaran. Cikgu Sop hanya memerhati dan terus melangkah keluar.
"Terima kasih cikgu....!!!"
....................................................
Nota I;
-usrah hanya istila Arab. Dalam Istilah Melayu, mungkin ia sesuai dinamakan 'family discussion'. hehe.
-sila beri tunjuk ajar. Juga Ajarlah mereka yang menunjuk-nunjuk, dan tunjuklah mereka yang tidak mahu dia ajar. (peribahasa yang sengaja membingungkan).