18 October 2009

dalam diam,
saraf-saraf otak ini membina lebuh raya minda,
perjalanan yang bersimpang-simpang,
lampu trafik yang berwarna-warni,
membina imiginasi yang berselang-seli,
melambatkan hala tuju yang sering terlindung,

dalam diam,
pembinaan lebuh tersekat-sekat,
pemihir sedang menanti setia disisi diri,
menyediakan khidmat dongeng,
memaksa diri sendiri untuk bangkit,
membiarkan serangan tinju menumbuk-numbuk saraf,
melebamkan setiap urat nadi,
mengeluarkan rembesan air mata tanpa emosi,

dalam diam,
jiwa dibasuh,
mencari-cari makna setiap telahan,
merobek-robek kegagahan yang semakin layu,
memohon perhentian R&R berdiri sendiri,
dipaut dengan satu rasa yang aneh,



dalam diam,
rupanya,
hati sudah makin teruji,
makna kata dalam tindakan,
kenapa perlu kasih Allah begitu jauh,
hingga habis akal untuk bertahan..?


dalam diam,
maafkanlah,
sang arkitek yang gagal membina palang-palang besi-besi,
penanda aras,
ruangan terapi,
untuk setiap penggunanya yang setia.





.............
nota I:
1. biarkan tulisan ini tidak difahami.

No comments:

MASTER Pendidikan Awal Kanak-Kanak

salam. ramai tanya, camana eh nak sambung belajar dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak? soalan kan, nampak mudah. ok, saya share pengalam...