09 October 2009
Maret (1)
Aku. Pelajar Kesenian dan Budaya. Aku suka sangat belajar budaya, sebab aku nampak budaya Malaysia ini hampir hilang di telan budaya negara luar.
Buktinya, paling dekat, bila orang yang jaga Kementerian Budaya suka sangat buat majlis tari menari. Kalau tari menari gemelankah, kuda kepangkah aku apa kesah. Tapi ini tarian sebijik macam orang hilang akal menari.
Itu yang aku rasa bahagia bila dapat cuti kelas. Lantaklah sama ada cuti itu cuti wajib atau cuti yang aku buat sendiri. Tapi pokoknya aku memang rasa bahagia.
Walaupun aku bahagia. Ada juga problemanya.
sudah balikpun.
Ada juga yang aku malaskan.
Malas dan marah.
Balik jak rumah. Aku dah jadi pembebel hebat.
Memang kalah golongan ibu-ibu.
Aku rasa kalau Anita Sarawak dengar suaraku, konfom dia saman aku. Apa tidaknya aku mungkin boleh dituduh meniru suaranya.
Haha.
Balik jak. Dalam perjalanan telinga akan dibasuh dengan lagu-lagu yang aku fikir tahap sengau dorang layak masuk pertandingan suara sengau. Betul-betul aku hampir tersengau memberi salam depan tangga rumah aku. Asbab refleksi audio terlalu lama terdedah suara-suara sengau yang depa cipta.
..............................................
Masuk jak rumah. Aku lagi terpana. Kenapakah tiba-tiba Noh Hujan ada di rumah aku...?
PAs tu siap hulur tangan untuk bersalam.
Akupun buat-buatlah ala-ala Ahmadinejad tunduk hormat bila perempuan mahu bersalam.
Tapi, bila dia mendongak.
lahh...mahram aku rupanya.
Bajunya siapa tulis.
"Aku Sayang Mak Aku...".
Memang sama Noh dah... Tapi bila bagi gitar suruh petik lagu akustik Hujan. Yang aku tahu dia hanya tahu memutuskan tali gitar.
Lepas tu aku baring-baring boring dan penat depan TV. Aku nampak Cerita Si Cantik dan Si Buruk Rupa.
Aku tengok beberapa budak kecil sedang terlongo menengok cerita itu.
Akupun buat-buatlah kacau.
Aku tunjuk gula-gula lolipop. Dorang tunjuk muka kurang berminat.
Bila aku tunjuk gula-gula putar. Dorang masih buat muka yang sama.
Akupun terus malas tunjuk apa lagi. Baik tidur.
Bangun jak dari tidur. Dua budak perempuan dah duduk depan aku. Macam sedang membacakan Yaasin untuk aku.
Aku cakaplah. Aku belum mati lagi. Dua budak itupun kata dorang sedang menyanyi lagu pasal Malaikat. Sebab esok ada pertandingan nasyid di kelas dorang.
Lepas tu dorang tunjuk telapak tangan. Minta lolipop gan gula-gula putar. Akupun buat-buat macam bapa aku selalu buat.
Aku kata, kalau mahu kena mengaji 3 lembar. Kena kemas rumah. Kena sediakan aku kopi O yang kurang manis.
Aku tengok muka budak tu dah kelat mengalahkan pisang keling yang mentah.
Tapi dorang tetap setuju.
Akupun terus bercita-cita sambung tidur sampai ke petang.
Baru jak aku melayari mimpi . Aku dengar bapa aku memanggil namaku. Aku buat-buat tidak dengar.
Terus budak macam Noh Hujan tu pun sound dari dapur.
Dia kata, siapa yang buat ibu bapa memanas, nanti susah hidupnya.
Akupun terus buka mata dan berdiri. Buat gaya Hitler bagi ucapan.
pas tu ada pulak kucing kecil menjilat-jilat kaki aku.
Tanya kat budak 'Noh' tu. Siapakah nama kucing itu?.
Si Buruk Rupa!.
Budak 'Noh' itu lantang menjawab.
Akupun sambung. Lawa apa buluh kucing itu. Kenapakah perlu namanya begitu.
Lalu dua budak perempuan tadi serentak menjawab.
Sebab bulu kucing itu sama kalernya dengan buluh orang yang namanya si Buruk Rupa dalam cerita Indonesia.
lahh..
....