06 October 2009

PMR

Esok 7hb Oktober. Semua pelajar Tingkatan 3 akan berperang dalam dewan peperiksaan.

Betapa risaunya ibu-bapa.

Gusarnya guru-guru.

Sibuknya para penjaga peperiksaan.

Macam-macam ragam lagi.

........................................






"ada jugakah pahala menjawab peperiksaan tu...?". Si Ibu bertanya kepada anaknya.

"errr..."

"aah...lupakan sajalah...buat peperiksaan baik-baik...supaya skorr bagus...". Si ibu menutup perbualan.

.......................................................................


Sahabat berkata kepada Rasulullah,

“Wahai Rasulullah, apakah seorang yang berjuang kerana marahkan sesuatu puak itu dikatakan jihad fisabilillah?

“Tidak. Itu tidak termasuk jihad fisabilillah.”

“Apakah seorang yang berjuang kerana tunjuk berani itu jihad fisabilillah?” tanya Sahabat lagi.

“Tidak,” jawab Rasulullah.

“Apakah berjuang fisabilillah itu berjihad kerana bangsa?”

“Bukan.”

“Kalau begitu, ya Rasulullah, apa itu jihad fisabilillah?”

“Berjihad fisabilillah itu ialah berjuang di jalan Allah untuk menegakkan kalimah Allah hingga menjadi tinggi. Jihad itu ialah untuk meninggikan kalimah Allah.”
(halaqah.net)









..............................
nota I:

-buat apa sajalah untuk TuhanMu yang Maha Hebat.(asal tidak bercanggah dengan hukum syarak )
-sebaik-baik Jihad ialah perkataan benar dihadapan pemerintah yang zalim
(zalim : meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya)