31 October 2009

teman kecilku




Serimbun doa. Untukmu teman kecilku.

Kematianmu tidak mampu ku tebus.

Moga Roh mu Aman di sana.
Doaku ada pahala JIHAD untukmu.

Terbayang kenangan kita,
dikejar lembu.

Mendaki
pokok rambutan bersama,

memancing ikan bersama,
bermain di dusun tua milikmu,

Berbaju hapak ke sekolah,

di rotan bersama,

Cerita kita terlalu manis untuk diulang.


Bawalah cerita-cerita kita bersama,


Aku belajar untuk redha,

teman kecil ku ini sudah tiada,

meninggalkan sebuah batu nisan untuk dijadikan iktibar,

teman kecilku yang pergi dalam cerita sadisnya.

Pergilah...aku pasti akan menyusulmu
.




...........................

nota I: -semoga ada segerombolan taubat kepada pembunuhmu~al-fatihah Almarhumah Nuraidah Saripal~born 1987-2002


No comments:

MASTER Pendidikan Awal Kanak-Kanak

salam. ramai tanya, camana eh nak sambung belajar dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak? soalan kan, nampak mudah. ok, saya share pengalam...