Semasa makan di tepi jalan Kuala Lumpur.
Sebijik kereta BMW lalu.
Betul-betul dibelakang saya.
Terkejut orang disebelah.
Hampir terbang ayam goreng yang dipegangnya.
"masuk makan sini...". Dia memberi arahan. Jelas dia lebih terkejut daripada saya.
Saya tidak rasa. Jalan itu Jalan Utama.
Namun, kelajuannya sengguh membuat selera makan terus matik.
"besa tu dek...orang-orang kaya kan...".
Jawapan ringkas si penggerai.
Mungkin sedar reaksi saya.
"apa...di sini tiada lesen berjualan..". Entah loghat apa yang keluar. Yang pasti saya masih terkejut dengan deruman kereta tadi.
"takkanlah tiada lesen...itu...opisnya..orang Melayu juga dek..selalu juga lalu lalang di sini...orang Melayu..mana ada opis sini..dia jak....mungkin ada masalah jiwa...kan orang muda". Panjang lebar jawapan. Penggerai yang sibuk mengelap meja.
Opis yang dimaksudkan hanya 30 langkah untuk sampai. Sungguh dekat.
Melayu?. Sudah pasti Islam. Islam itu sahaja yang belum pasti Melayu.
Kasihan.
Kalaulah saya menjadi mangsa derumannya?. Atau yang duduk di situ adalah orang tua. Orang perempuan yang mengandung, atau orang yang berpenyakit jantung?.
Hilang rasa hormat.
Mujur ayat penggerai itu membawa rasa kasihan.
"...mungkin ada masalah jiwa...kan orang muda.."
........................................
Imam Al-Ghazali menyatakan: “Perasaan ujub adalah kecintaan seseorang kepada suatu kurnia dan berasa memilikinya sendiri, tanpa mengembalikan keutamaannya kepada Allah.”
01 November 2009
Jepun 2
bismillah sampai sahaja, semua pun teruja dengan katil 2 tingkat. rumah diorang memang maksimum ruang ya. begitu, ada 2 bilik mandi, 1 tand...
-
Assalamualaikum... Apa khabar adikku?? Lama bangat nggak mendengar berita tentangmu.. Ku harap dirimu sihat sejahtera. Bagaimana khabarnya ...
-
salam. ramai tanya, camana eh nak sambung belajar dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak? soalan kan, nampak mudah. ok, saya share pengalam...
-
bismillah. . banyak kajian sahih kata usia bawah 6 tahun ialah EMAS. . kali ini, saya nak berkisah tentang umur 4 tahun. Biasa usia begini,...