Mereka berbicara. Sambil berbisik-bisik. Merenung-renung.
Lalu akal bertindak.
"ini mesti mengumpat.."
Sang Ratu. Dia. Senyap.
Memandang manusia, adalah memandang diri sendiri.
Daif. Naif.
Dua ayat untuk dirinya.
Mengagahi melangkah. Membiarkan mata-mata sekeliling.
"janji...hantar esok...ini dah berapa kali esokkk?". Amarah di dalam diri terdahulu menerjah telinga.
"maafkan saya..saya masih belum berjaya mengotakan janji..". Ting!. Terdetik rasa bersalah yang teramat. Amanah semudah itu, dia masih lambat menyempurnakan.
Sang Ratu. Bertafakur. Merenung dinding. Menerobos masa hadapan.
"orang mukmin itu...tidak akan mengulangi kesilapan lalu...".
Dia tunduk.
Sungguh daif ketika itu.
Melawan emosi. Melawan gerakan minda.
"Fokuskan ujian dahulu..selepas ini usahakan sebaiknya...". Akalnya membantu. Yang salah tetap salah. Cuma perlu diperbetulkan.
Sang Ratu masih membatu. Persediaan emosi yang belum pun sempurna.
"maafkan saya..maafkan saya...maafkan saya..". Dia masih merenung dinding.
jepun 12
bismillah. Akhirnya, sampai tempat di tuju. Fuji Milk Land. walau SS ada bagitau nama tempat ni dari awal, sebelum bertolak. Tetap tidak be...

-
Assalamualaikum... Apa khabar adikku?? Lama bangat nggak mendengar berita tentangmu.. Ku harap dirimu sihat sejahtera. Bagaimana khabarnya ...
-
salam. ramai tanya, camana eh nak sambung belajar dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak? soalan kan, nampak mudah. ok, saya share pengalam...
-
masa ambil Master 2012 tu, aku plan lepas ambil bolehlah guna untuk jadi pensyarah mana-mana ipts kan. lagi masa aku ada jumpa lecturer aku...