11 November 2009

sang kekuatan

Saya sedang mencari kekuatan saya.
Saya sudah menembak kelemahan saya.
Walau tembakan saya selalu tersasar. Saya terus menembak.
Kelemahan inilah yang membuatkan saya kehilangan kekuatan.

Saya selalu meronta dengan kelemahan yang membelit-belit diri.

Tolonglah. Saya sedang mencari kekuatan saya. Di manakah dia?.

Saya selalu bertemunya. Kemudian dia menghilangkan diri.
Kenapa dia datang bertemu sekejap?.
Kenapa tidak seperti kelemahan. Yang datang selalu. Sehingga saya menjadi biasa.

Kemana kau kekuatan. Kenapa pergi begitu sahaja.
Kau biarkan kelemahan membelit-belit.
Tidak ini suatu yang kejam?.

Saya ada kuasa sebagai ibu.
Saya ada kuasa sebagai ayah.
Kuasa sebagai kakak.
Sebagai abang.

Cuma kuasa sebagai adik. Saya gagal mendapatkannya. Kerana kekuatan selalu melibasnya.

Saya bukan tidak pernah. Meredakan tangisan adik-adik saya.
Mengusung mereka. Dengan penuh kasih sebagai ibu.
Mempertahankan mereka sebagai wira seorang ayah.

Kemana kau wahai kekuatan?.

Saya bukan tidak dilatih menjadi kebal.
Seorang kakak yang prihatin.
Memeluk adik-adik disaat mereka ketakutan.

Semangat abang telah lama wujud.
Semenjak menyaksikan kelahiran adik-adik saya
yang comel dan manja.

Kami sama bermain-main di pentas sawah yang becak.
Dikebun tua yang bernyamuk dan berduri.

Diwaktu sawah menjadi laut.
Kami sama bermain rakit.
Ke hulur dan kehilir.
Hujan rahmat yang membelah suasana.
Menyaksikan kami kesejukan bersama.

Melihat ibu meleteri kami.
Melihat walid merotan pedih.

Berbalam-balam dan hampir luka.
melahirkan kami dengan semangat.

Kenapa kekuatan melupakannya?

Ketika rumah bergegar oleh angin kuat.
Kami sama-sama melaungkan azan dan iqmah.

kekuatan...kenapa biarkan kelemahan mengcengkam saya?

Ketika hati berdenyut riang.
kekuatan melenyapkan dengan amaran.
Amanah belum sempurna.

Cinta manusia itu selalu menipu.

Wahai kekuatan..
kembalilah..

Rayuan ini..berbunyi simpati..

Bergema-gema disetiap alam..