12 November 2009

Ayam Jantan

seekor ayam selalu berkokok.
bersahut-sahutan sesama 'mereka'.

"ibu...jangan dipotong ayam jantan saya..nanti 'dia' tidak berkokok lagi..".
Si Anak berbicara.

"..nanti malam tiada siang..". Tuturnya. Mulut yang mungil mengatur bicara.

Si Ibu mengangguk. Setuju.


................................

"kenapa ayam saya tidak lagi berkokok..". Si Anak bertanya.

"...ayam sakit.. atau sudah dipotong..?".

Si Ibu senyum sedikit.

"...tapi siang tetap ada.. kan..".

Si Anak memandang luar. Menghadap pokok-pokok yang menghijau.
Kepalanya di anggukan.

........................................................

kur.kur.kur.

Si Anak memanggil manja. Ayam jantanya tidak muncul-muncul.

"ibuuuu...mana ayam saya..?"
Dia menjerit pilu.

"dia sakit..sebelum mati alangkah baik..dagingnya dirasa olehmu..".
Kepala Si Anak digosok lembut.

"...kenapa ayam saya sakit...?"

"..dia penat selalu berkokok...diintai musang..."

Si Anak mengangguk lagi. Pilunya terubat perlahan.


......................................

"...ibuuuu....hari sudah subuh..saya dengar ayam jantan berkokok lagi...". Si Anak menggerakkan Si Ibu.

"...iya..kerana 'dia' tidak pandai menjerit..".

Si Ibu bergegas bangun.
Merenung anaknya yang semakin bijaksana.







Wahai anak,


Cepat-cepatlah membesar,
ibu letih menjawab soalanmu,




No comments:

MASTER Pendidikan Awal Kanak-Kanak

salam. ramai tanya, camana eh nak sambung belajar dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak? soalan kan, nampak mudah. ok, saya share pengalam...