bersuaralah. Dari sudut mana suaramu timbul.
Saya berpesan kepada diri.
Pada waktu nilai2 iman masih ada bersisa.
Saya pernah bersuara. Tapi yang muncul bukan benda yang saya ingin katakan.
saya berasa sangat malu.
namun..
saya lawan rasa malu itu.
Saya bersuara lagi. Bukan di dewan seminar. Tapi di satu perhimpunan.
akibatnya bukan sahaja malu. Tapi hampir menitis air mata.
Kenapa lain yang saya fikir, lain yang keluar??
Saya memarahi diri sendiri.
Pelbagai makian saya lontar dalam diri.
Akibatnya saya, memilih untuk berdiam diri.
akibatnya terlalu banyak menelan rasa. Malu dan malu. Saya menjadi penakut untuk bersuara.
Apabila berada di kelompok budak-budak baik. Saya lagi rasa malu. Segan.
Saya pernah mencuba. Membawa fikiran 'kawan' saya. Mengenai Battle Of The Band.
Di hadapan saya pada masa itu, terdiri daripada orang-orang baik.
Lalu soalan saya dijawab sinis.
Saya dikatakan seolah-olah menyokong aktiviti itu.
Betul. Saya malu. Namun, entah bagaimana, saya masih seolah-olah sudah kebal.
Saya masih boleh duduk bertahan.
Saya tidak salahkan jawapan sinis itu. Saya salahkan diri saya. Saya tidak mempunyai umph untuk bersuara.
Namun, ini bukan halangan saya untuk bersuara.
Saya suarakan. Walau bukan dari isi hati saya. Namun, saya rasa lega.
Saya sudah mula belajar untuk berani.
Menyuarkan suara.
Saya masih belajar.
Saya akan cuba belajar.
Sehinggalah, saya bergelar arwah.
Bersuaralah. Itu juga nikmat yang akan disoal nanti. Semasa sesi penaksiran di hadapan Khaliq.
jepun 12
bismillah. Akhirnya, sampai tempat di tuju. Fuji Milk Land. walau SS ada bagitau nama tempat ni dari awal, sebelum bertolak. Tetap tidak be...

-
Assalamualaikum... Apa khabar adikku?? Lama bangat nggak mendengar berita tentangmu.. Ku harap dirimu sihat sejahtera. Bagaimana khabarnya ...
-
salam. ramai tanya, camana eh nak sambung belajar dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak? soalan kan, nampak mudah. ok, saya share pengalam...
-
masa ambil Master 2012 tu, aku plan lepas ambil bolehlah guna untuk jadi pensyarah mana-mana ipts kan. lagi masa aku ada jumpa lecturer aku...