Menjeling anak kecil itu. Saya sudah terbayang. Keadaan saya semasa kecil.
Semasa saya selalu menangis. Agaknya.
Saya selalu menganggu tidur kedua orang tua saya.
Menganggu masa rehat mereka.
Saya juga tidak kurang telah membuatkan ibu bapa saya menderita.
Atau membuat mereka berasa bahagia dengan kehadiran saya.
Saya merenung botol susu yang diajukan oleh ibu anak kecil itu.
Mujur, ibu saya bukan begitu.
"berapa umur kak..". Sejak tadi saya tidak tenteram. Mendengar tangisan anak kecil itu. Saya berharap. Apabila berada di dalam air bus ini saya harus melelapkan mata. Memberikan mata saya rehat yang cukup.
"baru 6 bulan...". Ibu muda itu menjawab. Walau sibuk menggosok belakang anak kecil itu. Dia masih menjawab dengan senyuman.
"agaknya..first time naik kot..". Saya mula seronok berbual.
"a'ah dik...mahu melawat ayahnya di sana...". Ibu muda masih tersenyum. Si anak kecil sudah memperlahankan suaranya. Mungkin mendengar perbualan kami mengata tentangnya.
Perbualan kami agak panjang.
Kemudian, dimatikan dengan arahan daripada driver. Mengatakan cuaca tidak baik. Bergegar rasanya. Seperti berada di jalan kampung saya.
Saya memandang ibu muda tadi. Anak kecilnya sudah lentok dibahunya. Dia memeluk erat anak itu. Mungkin risau melihat keadaan yang bergegar itu.
Mulutnya berkumat-kamit. Mungkin berdoa agar dapat berjumpa suaminya. Dengan anaknya yang kecil itu. Atau berdoa supaya, gegaran itu tidak menganggu tidur anaknya.
Masya Allah..mungkin ibu saya juga selalu begitu.
Lebih banyak cerita hebat ibu-ibu diluar sana.
Saya memerhati keluar. Melihat awan putih berlapis gelap.
Cuaca yang kurang baik!.