Muka pelik pakcik itu. Pakcik Bugis. Agaknya.
Si Pemandu berhemah Bas Sida berwarna kuning.
........................................................
Jumlah MAUT Opps...sikap.. masih banyak.
Ini Ops yang ke-20.
Bilangan kematian masih membimbangkan.
Antara sebabnya, pemanduan bahaya.
Mengundang pilu di hari Raya.
..............
Aku. Bukan manusia 'ulat buku'. Menonton wajah jalan Raya itu.
Pakcik Bugis itu masih mencuri-curi pandang.
Ahhh..
entah apa yang dipandang.
"mau kemana nak...?". Dia masih segak mengawal stearing bas automatik itu. Sebijik macam Bas Rapid KL. Just tekan-tekan untuk mengawal volume laju.
"mau ke...errr...". Aku diam. Malas untuk bercakap. Lebih senang menonton bedak tompok yang berlaga di jalan negeri kedua miskin ini.
...................................................................
Menunggu-menunggu simpang estet cinak. Memang lambat.
Siapa tidak sengsara duduk melongo di tangga bas.
"sekajap ya dik..nanti bila sampai di...err...adik boleh duduk..". Ahh..konduktor bas ini mengulang-ulang ayat yang sama.
Aku senyum. Membiarkan bunyi suaranya bertumbuk dengan audio Om Bak 2 di tv bas itu.
..........................................................................
"anak belajar lagi...?". Pakcik itu bertanya.
Aku angguk.
Kelajuan bas menjadi 40km/j.
"itu lelaki...asyik berjalan ..kemarin di sana...". Pakcik itu menunjuk ke arah van putih dan beberapa pengikut. Ramai juga pengikut.
"aa'ah...mau wat rekod Malaysia kan..". Aku sekadar menambah maklumat.
Pakcik bugis itu menambah.
"itu..orang cacat kan..".
Aku senyum.
"emmm...OKU..kurang Upaya..tapi kuat semangat..". Ah. Banyak pulak pujianku untuk Edward ini.
..................................................................
Kepalaku sedikit mual. Jalan ular berlenggang di area Kundasang memang mengundang mual.
Sedikit sebanyak bentuk jalannya agak baik. Tidak banyak bedak gomak yang bertampal. Mungkin malu pada pelancong yang datang.
...................................
"terima kasih pakcik...".
tabiat Pansikou ini terbawa-bawa.
Mungkin pemandu bas di Semananjug perlu berguru dengan pakcik Bugis ini.
...............................
pansikou-terima kasih(bahasa dusun)