SALAM KASIH.
buat sahabat-sahabat yang sering meluah rindu.
becce/Ar/ Icha- UPSI
Minaq-UDM
Boy- UPM
Wataq- Uitm S.A
Juvy/Bola/Slay- UUM
dan yang malu ditulis namanya.
Sesiapa yang mengaduh lemah,
sering menitiskan air mata rindu,
selalu meneropong kapal terbang di angkasa,
perut yang selalu berkeroncong rindukan sambal di rumah,
yangg sering membelek harga promosi di ruangan AIR ASIA. COM atau MAS AIRLINES,
yang rindu dengan loghat mesra masa sekolah,
dan semua sintom-sintom yang sewaktu dengannya.
Abu Bakar Ellah seorang pejuang muzik,
yang tidak pernah merubah style rambutnya,
pernah bertanding sebagai calon bebas masa PRU12 dahulu,
suaranya...masya Allah..
lakonanya..tengok sahaja dalam ORANG KITA.
pernah terserempak di luar bangunan urusetia Kinabatangan sambil menghembuskan asap rokok.
pakaiannya sepesen sahaja.
Berfikir-fikir, mungkin masa MARSIS wat rumah terbuka, dia boleh dijemput. Harga boleh dirunding,
Atau semasa program-program PSS dia sebagai penyeri majlis penutup.
Ahh..melawan tarbiyyah bunyinya.
Apapun belek-beleklah di laman sesawang,
cuci-cuci telinga dengan lagunya,
KHABAR DARI GUNUNG,
bisa meruntun kalbu.
Seberang arah tuju
Tanah Besar Semenanjung
Sampaikan salam rindu dariku
Untuk anak cucumu
Khabarkan diri ini
selalu saja sepi
kadang terigau kadang termimpi
mengapa terpisah begini
Dipisah Laut China Selatan
namun kita sehaluan
sama ingin merasakan
pembangunan dan negara aman
Rinduku, rindu saudara
rindu untuk semua
salam sayang salam sejahtera
esok khabar kukirim lagi
............................................................
nota I:
- sesekali memuji bakat pemberianNya.
nota I:
- sesekali memuji bakat pemberianNya.