21 June 2014

Belajar Pendidikan Awal Kanak-Kanak di UPSI


iklan belajar.

[gambar hiasang:ini bukan homeless]


2 minggu lepas. mereka menunggu umy. Umy sedang berdiskuss dengan SV yang osem.
alhamdulillah niat datang petang Khamis.
biasa datang jumaat.
dan..takdir Allah jumaat SV ada hal di Putrajaya.
OMG..

kenapa patik beriya mau buat iklan ni?.
padahal berbayar pun tidak..hi

sebabnya.

ada tanya. "maje ko buat apa?cikgu eh?".

Sebenarnya..
patik sedang belajar Earlychildhood Education. (bahasa Bugisnya). atau Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

baru sem 4. *patut dah last sem ni
Ramai dah kawan-kawan patik dah habis. Tinggal konvo.
kebanyakan mereka dari golongan guru-guru Malaysia (support yuran sendiri).

ok. terus.
camana tentang kerjaya??? cabarann??
1. Ok. Serius sekarang banyak kerjaya dalam bidang ni. Tidak percaya mung gi buka portal kerjaya. Kerjaya ni memang banyak. Dari sekecil-kecil pengasuh kepada yang lebih besar iaitu buka bisnes sendiri. Tadika la..

2. Dari aspek lain. Serius. Bidang ni bukan senang. Bukan belajar camana cuci najis budak semata. Cara suap bubur pun bukan. Kalau nak tahu lanjut boleh buka web Earlychildhood dimana-mana web.

3. Jika nak kerjayanya dalam bidang akademik. Sedikit cabaran. Sebab biasa 'mereka' nak yang berlatar belakang 'pendidikan'. Tapi rezeki itu atas usaha, usaha atas kehendakNya juga.. kalau pengalaman jadi taruhan mungkin..atau kebetulan memang perlu sangat.. usahakanlah

4. Patik bila nak habis??? (ok patik nak habis sekarang.boleh?). Patik ada pilihan habis semester ini atau anytime yang patik sukaaaa..vhavha.
ok serius mahu habis sebelum sem depan bermula.aminnnn


5. Yurannn? Ok setakat ni yuran paling rendah untuk IPTA.. di UPSI.
Dan UPSI antara IPTA otai dalam bidang ini.
Patik? patik guna MyBrain..
My Brain bagi sampai 2016..tapi setakat RM10 000.

My Brain ni syaratnya mudah..kerja 5 tahun dekat Malaysia. Kena lulus sepanjang belajar. Hantar laporan pengajian setiap semester. Elakkan kes Polis (^_^). Untuk kakitangan kerajaan tidak boleh la..hanya untuk selain dari itu. Buka Web MyBrain untuk lebih faham.

6. rasanya 89% pelajar post di UPSI adalah mak-bapa budak..so hal itu bukan 'hebat'. Tapi kalau anak kecil bawa 4 tahun...patik antara yang terkena tempias sentiasa dicabar..bhehbhabha. SS pun sekali (baru fair).Percaya dan mahu. Juga fikirkan bolehhh!. Rilekss..yang bujang pun ada cabaran kan..so...

ok.Tapi patik masih kecewa sebab bidang ni ramai pompuan. Sedangkan dalam tarbiyyah aulad, kena ada lelaki dan perempuan kan.
Dah memang bidang pendidikan dimonopoli oleh bangsa pompuan kan.. lagi sedih bila digree dulu bidang lain, lepas tu ambik bidang ni. Sangat rugi sebenarnya..tapi dah mereka minat kan.
padahal dalam bidang mereka tu, masih boleh mengkaji kanak-kanak. Misalnya dalam Lakonan dan Teater tu..dalam perubatan..malah dalam ekonomi pun boleh.
tapi mungkin sebab dorang minat kot.
tidak pun mereka seronok.
ataupun sebab bidang mereka tu stress lebih.

jadi berubahlah mereka ke bidang ini.

macam patik juga..dari bidang pend.khas..
namun..dalam pend.khas memang ada belajar tentang kanak-kanak. dan dalam kanak-kanak ni pun ada belajar pasal pendidikan khas.
pi mai pi mai tang tu..

ha..kiranya tidak lari jauh.
cuma kadang ada yang terpaksa patik bermula zero juga. Pasal kurikulum misalnya..

jadi..jika ada adik-adik nak masuk bidang ni. Keranaminat dengan kanak-kanak, patik sangat galakkan. Terutama bangsa lelaki. Tapi kena percaya "menuntut ilmu bukan benda senang lenang".
Buang saja apa orang cakap. Diorang tak tahu..





Yang benar: pelajar yang jadi singa, bila anak sibuk bantu menaip :D