saya sudah lupa subjek tu. Cuma setiap minggu kami dimestikan membuat review dan respon terhadap beberapa isu yang berlaku disekeliling.
pada awalnya isu yang menjadi sebutan ialah "isu kurung OKU".
Pensyarah saya sangat bengang. Katanya wartawan tu main tulis sahaja, Padahal jiran-jiran semua tahu yang anak OKU itu pernah terlepas dari kurungan dan mencederakan orang lain. Jadi mahu tidak mahu anak itu terpaksa dirantai untuk mengelakkan masalah itu.
malah ada juga waktu anak OKU itu terlepas dari kurungan dan tidak pulang ke rumah.
jadi banyak kemungkinan boleh berlaku.
so..perbuatan merantai itu sangat releven pada masa itu.
lagi-lagi anak itu masih dibawah jagaan ibunya.
kalau ditempat dipusat penjagaan, mungkin memudahkan ibunya untuk kelur berkerja.
NAMUN...berapa banyak pusat jagaan di Malaysia ini?
bayangkan tempat itu jauh dari rumah..dan untuk melawat mungkin perlu travel 4-5 jam.
lagi sedih jika itu anak OKU itu adalah anak tunggal.
jadinya..memang tiada penyelesaian yang mudah melainkan ada bantuan/sokongan dari orang yang terlibat dalam hal kebajikan.
tindakan wartawan itu, mungkin menyedarkan masyarakat atau membuka mata..tetapi..jika 'menokok dan imiginasi semata" atau "sangkaan semata".
salah satu isu yang pernah ditanya masa belajar dulu..
"ibu tunggal OKU keluar kerja, anak OKU dikurung dirantai".
alasan: ibu miskin, anak OKU berbahaya kepada orang lain.
jawapan saya.
1. Perbuatan merantai tetap salah. Tetapi jika membawa lebih kebaikan kepada keluarga itu. Ia dikira terpaksa. Bagaimana jika anak dibawah asuhan orang, pengasuh mana sudi menjaga OKU yang ganas dan dan mampu memebri kecederaan kepada anak-anak lain?
2. Bantuak kebajikan sebanyak beberapa ratus..untuk sewa rumah, bila air+api, makanan, perubatan, (cth: 200+50+400+100= RM750). . Itu untuk anak seorang, atau anak yang lain tidak bersekolah.
3. Pihak media sepatutnya mendapat komen dari kedua ibu bapa sebelum membuat sebarang pendedahan, ulasan jiran terdekat, ahli kariah masjid, ahli rukun tetangga.
4. masyarakat kena menerima pendedahan tentang hal-hal minoriti ini -tambahan idea. Kaunselor perlu keluar mencari client.
ulasan pensyarah:
idea yang bagus. Tahniah <--------- ciputnya="" span="">--------->
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. [al-Hujurat 49:6]