Sebelum Post Graduate

 2017 dulu, lepas saja habis Konvo Master Pendidikan Awal Kanak-Kanak, aku terus lupa banyak benda yang kena tulis.

Sebelum tu bukan main kan, macam-macam mau tulis tentang pengalaman.

Pengalama dia biasa saja. Tapi sebab aku hanya nikmati time tu, thats time bilang, aku pun malas sudah mau bawa ke depan. Jadi niat terkubur begitu saja.

Yang best masa tu, aku start Master masa anak aku 7 bulan. 2012 tu. 

1. Aku mohon mana-mana sahaja, masa tu pohon tidak perlu apa-apa. Sebab aku ambil kos campuran. Bukan full research.

2. Bila aku dah pohon. Aku cari maklumat di MyBrain. Sebab masa tu SS pun pohon MyBrain untuk PhD dia. Itu nantilah aku cerita. Dia macam ndak update pasal tu, jadi dia kena bayar untuk beberapa sem seterusnya.

3. Mybrain wajibkan, untuk pohon kena ada surat tawaran dan sudah start belajar.

4. Lepas dapat surat tawaran, kena daftar semua. Aku lawat fakulti untuk kelas-kelas ku nanti.

5. Surat tawaran tu kena buat check up, ni aku buat di klinik swasta jak, dalam 60 begitu. Masa tu rasa mahal jak, tapi demi untuk memenuhi syarat, buat jaklah. Tahanlah makan sekejap.

7. Lepas aku start ka begitu, aku hantarlah syarat yang MyBrain (MyMaster) minta. Online jak masa ni, masa ni kami sudah ada wifi, bukan Unifi, dia low sikit dari ni. Masa ni unifi hanya dikawasan besar dan bandar besar.

8. Wifi ni nyawa selepas laptop.

9. Tapi SS dia guna laptop dan pc. Pc best sebeb laju sikit. SS guna perisian kan, dia perlukan la yang space besar sikit.

10.  Masa ni rumah kami sangatlah minimalis.

11. Bila dapat mybrain, terus deposit yuran semua. Pihak Bendahari Upsi pulangkan. Saya tidak ingat pasal ni, rasanya saya ke pejabat Bendahari juga untuk urusan dia.

12. Kena cakna hari-hari apa yang web post graduate bagi info.

13. Kita ada email sendiri. Upsi bagi

14. Masalahku, aku tidak pandai memandu. Jadi bermasalah untuk jumpa supervisor selalu.

15. Supervisor pula, masuk semester tiga, kalau tidak silap... buat tesis dia berhenti kerja. Masak aku!. Dia boleh pindah kerja pi Jepun ya. 

16. Bila aku send update tesis aku, barulah dia bagitau dia tidak sudah jadi staff upsi.

17. Aku manalah kenal pensyarah jabatan aku, aku kenal 3 orang saja, sebad diorang pun jadi supervisor kawan-kawan yang sama dengan aku. 

18. Aku ke pejabat untuk hal ini. Termasuk aku kena bagi amaran akhir sebab dah hampir expired sudah. Aku belum siap siap buat tesisku.

Pi Pejabat macam biasa, kena sidai. 

19. Dari sini dapatlah aku supervisor baru, hah...bila orang sini, masaklah aku. Pensyarah yang ada dipejabat ni, diorang ndak terlibat dalam hal-hal research. But rezeki, SV baru ni masih bantu aku juga.

20. Aku start buat tesis tahun 2014 ya...wow...sem last 2015-2016 baru aku dapat supervisor baru... aku lupa, tapi ada sem tu aku hanya buat bab 2 atau 3 saja. Sangat tidak optimum. Lembab!

21. Saat semua kawan-kawan sudah konvo aku masih stuck.

22. Itu yang bila dipejabat tejumpa lecturer yang kenal, dia tanya kau buat phd ka? Senyum jaklah.

23. Bila dah jumpa SV baru, nampaklah sudah jalan sikit.

24. Dari sini, aku nampaklah masalah aku sebenarnya bukan  Masalah Kenderaan!, tapi aku sendiri tidak tahu kena buat apa!.

24. Sebenarnya untuk tesis, kena fokus bab 1 dulu, lepas tu bab 3, barulah bab 4.

25. Bab lain settle bila dah lulus Viva!

26. Aku ni lulus viva 2016 ndak silap. Masa belum mengandung. Bila mengandung aku lupa pasal tesis. huhu.

27. Aku betul-betul follow 6 bulan untuk untuk correction. Padahal dia boleh siap 16 hari saja kot. Aku bukan kerja pun. Aku CUMA FULL TIME MOTHER. Huhu.

28. Patut 2016 tu, SS konvo aku boleh konvo sama-sama. Harapan tinggal harapan, bila tiada usaha.

29. Mujurlah SS konvo, dia pun menyindirlah, hahah.

30. Alhamdulillah, setelah banyak pembetulan dibuat. Terutama bab space yang leceh tu. Gaya Penulisan tu. Patut kan, masa ditegur oleh pejabat Tesis, ko terus betulkan di situ. Ini nanti balik baru teringat apa ya?


banyaklah kesalahan yang common. Yang sepatutnya tidak menjadi halangan besar, tapi menjadi besar pula.



Popular Posts