17 March 2010

Ya,kamu memang pemikir

"akak banyak masa...banyak free...itu yang rajin menulis...rajin menaip.."

Aku sengaja mengangguk.

"...tulisan akak best-best...tapi ada sedikit mengarut...hehe"

Aku tahu. Akan muncul kata-kata begitu.


"...adik ni...memang suka menulis ya..atau itu memang kisah benar?".

Aku hanya menunjukkan riaksi biasa. Senyum dalam bingung. Apa perlu aku menjawab. Aku pun tidak tahu kenapa ada kisah begitu yang ditulis.

"akak rasa...adik ni memang cerita kisah benar...cuma sedikit tambah-tambah supaya nampak cantik.."

Aku setuju. Cakaplah apa sahaja. Aku tahu, jawapan yang jujur ada jika kamu tahu kenapa perlu aku menulis.

Aku menulis walau sebentar lagi aku harus tidur.
Walau bas hampir meninggalkan aku.
Walau air mata mengalir deras.
Walau sakit mencengkam.




Sebab ideaku mudah keluar dan terus terbang.




No comments:

MASTER Pendidikan Awal Kanak-Kanak

salam. ramai tanya, camana eh nak sambung belajar dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak? soalan kan, nampak mudah. ok, saya share pengalam...