saya bercerita tentang ketiadaan semangat kejiranan di sekeliling.
faktor utamanya, ialah kerana kita dah tidak merasakan kebergantungan kepada jiran.
lalu saya memetik kata UHAJ.
"dahulu orang makan ubi kayu..jadi bila disebut tentang syurga..mereka akan terbayang makanan yang enak-enak..."
"..tetapi..sekarang ini kebanyakan kita dah rasa makanan yang enak-enak, hidup yang baik-baik..pendek kata nikmat syurga dunia la..so apa lagi yang mendorong untuk kita merasai syurga kekal abadi itu?".
zauji menyambung, mungkin faktor semua sibuk kerja.
iya. mungkinlah juga
mungkin dahulu. asyik kita ke rumah jiran sebelah minta serai.pinjam cangkul.pinjam besen besar.
tetapi sekarang kita dah memiliki segalanya.lalu kita tidak rasa mahu berjiranan."aku tangan kanan, jiran tangan kiri, cubit tangan kanan, tangan kiri sakit".
lalu kami bercadang-cadang untuk:
1. keluar bersiar-siar bersama dua anak kami- zauji kadang buat.saya saja ni.sejak bersambung-sambung tugasan menjaga Fath, dengan alahan mengandungkan Wafa.ditambah dengan jumlah rumah jiran yang makin banyak pula, menambahkan suburkan rasa segan silu.
2. mahu membuat makan-makan.jemput semua jiran-jiran.
3. kena rajin ke masjid/majlis ilmu - cadangan dalam otak