13 December 2013

ehsan

entah.aku harap orang yang baca blog ni kan tau erti EHSAN.iaitu merasa Allah sedang melihat. Macam aku ni la menaip..aku mesti yakin yang Allah sedang melihat .Dan dua malaikat itu pula sedang mencatat apa yang aku buat.

itu point yang selalu kan manusia lupa. atau malas nak layan.

sama ada sebab selama ini hidupnya kurang diberi penekanan makna hdiup bertuhan. atau selama ini asyik kena paksa buat sesuatu.(apa ntah makna ini) 

ok.
aku teringat seorang kawan. o
kawan aku ni kategori baik. cantik pun ada.
malah paling teror diminati ramai.titik.

aku malaslah nak bongkar keburukan. itu its normal untuk setiap manusia.
cer ko gi tanya orang yang selalu ko borak. 1 minit dia boleh keluarkan bertimbun keburukan ko.

hihi.

kawan aku ni kategori bangsa dijaga dengan baik.
mak bapa baik-baik.
maka anaknya dijaga dengan baik juga.
hatta mau pakai seluar panjang pun dilarang.wow. pakai kain dan skirt saja yang boleh. Ndak pun jubah, atau dress.ini aku yang tambah-tambah.

kawan aku ni kan ramai peminat. dan kebetulan jaman itu, orang punyai telefon tangan masih boleh kira dengan jumlah gigi geraham saja.
jadi, dia ni kiranya antara gigi geraham itu la.

biasa la.ada telefon mesti ada kredit kan.
dia punya semua itu.

tetapi amat dukacita, bila dia pun jenis suka berkawan dengan bangsa lelaki.
bagi orang kebanyakan,  itu dikira normal. 
ada juga yang berwasangka itu its gediks.
tapi bagi aku dia adalah wanita yang normal.erkk
.
semua nama dalam list telefon itu adalah jenama-jenama wanita.
HAKIKATnya..bukan.
kerana ibu bapanya tidak mengizinkan anaknya berkawan dengan lelaki, itulah sebabnya.

bagaimana hidupnya sekarang?
dia tetap wanita normal. Ingin disayangi. ingin berfesyen. ingin menjadi cantik.
dan sekarang dia pun telah punya lelaki yang bergelar suami.

pengajaran. Jangan ajar anak takut buat salah. tapi ajarkanlah kenapa salah itu perlu ditakuti.erk..